Ayam Kam Heong (versi berkuah)

Tak ingat dah first time makan kam heong ni kat mana. Tapi memang suka rasa dia. Dah makan terus in love gitu 😍
Sekarang memang selalu masak kam heong ni. Bila jemu makan ayam kita buat ikan masak kam heong. Sedap oiii. 😋
Resepi asal dia jenis macam kering2 je tak de kuah. Tapi biasa la kita derhakakan dia kita buat versi berkuah pedas2. Kita ejas la ikut tekak kita kan?
Macam ala ala lauk kari tapi jenis kering dan takde santan. Bila makan pun tak rasa muak. Nanti korang cuba la masak mesti jatuh tangga. Eh jatuh hati. 😋
SELAMAT MENCUBA! 😘
Ayam Kam Heong (versi berkuah)
Tak ingat dah first time makan kam heong ni kat mana. Tapi memang suka rasa dia. Dah makan terus in love gitu 😍
Sekarang memang selalu masak kam heong ni. Bila jemu makan ayam kita buat ikan masak kam heong. Sedap oiii. 😋
Resepi asal dia jenis macam kering2 je tak de kuah. Tapi biasa la kita derhakakan dia kita buat versi berkuah pedas2. Kita ejas la ikut tekak kita kan?
Macam ala ala lauk kari tapi jenis kering dan takde santan. Bila makan pun tak rasa muak. Nanti korang cuba la masak mesti jatuh tangga. Eh jatuh hati. 😋
SELAMAT MENCUBA! 😘
Cara Memasak
- 1
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Saya suka goreng garing sikit.
- 2
Keluarkan minyak goreng ayam tadi dan tinggalkan dalam 1 senduk je. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau dan masak sebentar.
- 3
Masukkan sos cili, kicap manis, kicap cair (kalau ada), sos tiram, bawang bulat dan daun kari. Kacau dan masak hingga pecah minyak dan sedikit pekat. Jika nak kuah boleh tambah air sikit. Saya memang buat kuah lebih.
- 4
Akhir sekali masukkan ayam goreng tadi dan capsicum. Kacau sebentar bagi rata dan boleh tutup api. Tadaaa! Ayam masak kam heong versi berkuah siappp! Sedap tau. SELAMAT MENCUBA! 😋
Resipi Sepertinya
-
Daging Kam Heong Daging Kam Heong
Selalu masak ayam atau udang kam heong. Faa cuba pulak Daging Kam Heong. Memang terangkat habis.#goldenapron2020 Kakak Faa -
Sotong Kam Heong Sotong Kam Heong
Sotong buat masak ala ala kam heong memang terangkat.Simple dan sedap.Confirm licin 💜 Kakak Faa -
Udang Masak Kam Heong Udang Masak Kam Heong
Yeyy! Dah siap masak untuk dinner . Udang Masak Kam Heong . Pedas, manis, cukup rasa . Memang umphh lah ! 😋 Bahan simple dan cepat ja siap. #simpledishmadammezu#goldenapron2020#cooksnap Azura Hamid -
Ayam Masak Kam Heong Versi Senang Ayam Masak Kam Heong Versi Senang
Ini adalah versi yg paling senang iatu hiris2, tumis2 dan siap.. Sy tak gunakan cili kisar. Sy hanya gunakan sos cili utk rasa pedas.Ayam kam heong ni lebih kurang macam resepi ayam masak bali. Noor Atika Mahamood -
Ayam Kam Heong Ayam Kam Heong
Resipi ni memang banyak lalu lalang kat wall cookpad ni. Tertanya-tanya jugak lah apa mende lah Ayam Kam Heong ni 🤭. Ni pun tertarik dengan resipi Sis Nor Zahida Aini. Tu hakak masak jugak tu. Nak tau apa rasanya. Hokey bila cuba buat, baru tau yang ayam ni macam masak kicap tapi letak rempah kari. Sekali rasa macam kuah shellout je, tapi lauk dia ayam 😬. Actually not bad rasanya. Sedap juga ehh untuk pertama kali mencuba. At least, adalah variasi sikit dalam masakan ye dak..😘 Salina Jalaludin -
Ayam Kam Heong Ayam Kam Heong
#goldenapron2020Makan dengan nasi panas-panas ni memang menyelerakan. Baru tahu maksud Kam Heong itu "Wangian Keemasan". Patutlah harum masa menumis dengan bau rempahnya lagi. RH Kitchens -
Kam Heong Chicken Kam Heong Chicken
107/365Trick to a yummy Kem Heong recipe is udang kering. Must have udang kering barulah boleh namakan resipi Kam Heong. Kalo tak rasa macam ayam masak kicap je. Audrey J -
Daging Kam Heong || { Kam Heong Beef } Daging Kam Heong || { Kam Heong Beef }
#goldenapron2020 #cookpadmalaysiaRaya Haji esok ni tapi tak tahu nak masak apa? Setiap tahun makan yang sama saja. Mungkin inginkan kelainan dan sesuatu yang istimewa? Pernah cuba masakan kam heong? Haaaa okay kali ni saya nak share menu istimewa iaitu Daging Kam Heong.Raya korban tahun ni tak dapat balik ke mana2. Tak dapat balik Kelantan mahupun Johor. Tersekat di ibu kota yang padat bersama anak bini. Takpe la mungkin takde rezeki tahun ni nak berkumpul dengan sedara mara. Jauhi covid, patuhi sop. Kita jaga kita.Apa-apapun terima kasih kerana sudi simpan dan cuba resepi saya ni. Saya suka share dan saya juga suka ambil ilmu dari org lain. Belajar dan terus belajar.Ok dah jom masak! Dapur Chef Husnil -
Lala Kam Heong Lala Kam Heong
Sedap..kalau nak ber shell out pun ok sangat resepi ni. Beza dengan kam heong biasa, yang ni guna tambahan sos cili thai. Memang naik rasa dia.Tq @NOADZ17 Sesimple Loralin -
🇨🇳 Udang Kam Heong 🇨🇳 Udang Kam Heong
Biasa buat gulai atau sambal ja..Kali ni try masak ala chinese style. Udang Kam Heong nama dia..Sedap.. Anak-anak suka sebab dia tak pedas sangat..Recook & cooksnap resepi daripada @erma_yusnida79 . Norashikin Rahmat -
Ayam Masak Kam Heong Ayam Masak Kam Heong
Tertengok cookpadies masak ayam kam heong ni kan, sedap la pulak. Saya pun buat juga la 🤣🤤. Resepi olah sedikit cara saya😍. Jom masak ✌🏽🥰. Ain Mohd Kitchen -
Kam Heong Lala Kam Heong Lala
#goldenapron2020 #minggu12Nak dijadikan cerita, hari tu ke rumah mak mertua, mak masak lala tapi versi sambal, sedap pula bila gaul dengan nasi panas-panas, nak menambah tapi segan pula😂, saya ni kalau jumpa lala kadang-kadang tak ingat orang belakang, jadi gigih la suami carikan lala untuk saya, haaa sekali suami balik, bawa sekilo terus, apalagi puas la makan🤩😋, jom tengok cara saya masak Kam Heong Lala, boleh juga ditukar dengan udang,ketam,dan kerang @Nana Sabrina Sarsan
Lebih Banyak Resipi
Komen (11)