Ayam Berempah Crispy

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#ayamcrispy
Minsha bagi tahu, ayam crispy adalah task terakhir bonus golden apron 2020.
Semalam masak goreng tapi bukan crispy.
Kalau nak masak ayam crispy biasanya saya lebih suka ayam goreng berempah sebab rempah yang digoreng tu menyebabkan ayam tu crispy tapi lembut didalam.

Sebenarnya tepung beras yang menjadikan ayam crispy.

Anak-anak memang suka sangat kalau ayam goreng apatah lagi berempah. Meratah jea la kerja mereka.

Jom cuba 😘😘😘

Ayam Berempah Crispy

9 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020
#ayamcrispy
Minsha bagi tahu, ayam crispy adalah task terakhir bonus golden apron 2020.
Semalam masak goreng tapi bukan crispy.
Kalau nak masak ayam crispy biasanya saya lebih suka ayam goreng berempah sebab rempah yang digoreng tu menyebabkan ayam tu crispy tapi lembut didalam.

Sebenarnya tepung beras yang menjadikan ayam crispy.

Anak-anak memang suka sangat kalau ayam goreng apatah lagi berempah. Meratah jea la kerja mereka.

Jom cuba 😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2ekor ayam
  2. 1sudu besar serbuk lada hitam
  3. 2sudu besar sos tiram
  4. 5 ulasbawang merah
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 1inci halia
  7. 5sudu besar serbuk kari
  8. 5sudu besar tepung beras
  9. 5sudu besar tepung bestari
  10. 1/4 cawanair
  11. 3tangkai daun kari

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram ke atas ayam yang telah dipotong ikut citarasa. Gaul sebati. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga hancur

  3. 3

    Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi, serbuk kari dan tepung beras ke dalam ayam yang digaul tadi. Saya tak letak garam sebab sos tiram dan serbuk lada hitam ajishio tu dah masin.

  4. 4

    Masukkan juga tepung bestari dan air. Kacau sebati. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap.

  5. 5

    Goreng ayam bersama daun kari hingga ranggup. Boleh dihidang bersama nasi panas atau dimakan begitu saja😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya