Kacang Peas Goreng

#cooksnap
Recook resepi asal Cookpader @theduch.ess "Garlic Sugar Snap Peas".Ratah pun sedap,manis dan ranggup kacangnya.
Derhaka sikit dari resepi asal.K.ha tambah daging cincang dan gantikan lobak merah dengan hirisan lada merah
Terima kasih @theduch.ess memberikan inspirasi untuk resepi ini.
Sukatan untuk 2 adunan.
Kacang Peas Goreng
#cooksnap
Recook resepi asal Cookpader @theduch.ess "Garlic Sugar Snap Peas".Ratah pun sedap,manis dan ranggup kacangnya.
Derhaka sikit dari resepi asal.K.ha tambah daging cincang dan gantikan lobak merah dengan hirisan lada merah
Terima kasih @theduch.ess memberikan inspirasi untuk resepi ini.
Sukatan untuk 2 adunan.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahannya.
- 2
Panaskan minyak masak dalam kuali.Tumis bawang putih cincang hingga kekuningan @ naik bau.
Masukkan daging cincang,kacau rata. - 3
Masak hingga daging 3/4 garing.
Masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan hirisan lada merah dan daun bawang.
Masukkan Kacang Peas.
Masukkan garam gunung Saji.Kacau hingga bercampur-rata dalam 3 minit.Jangan terlalu lama sebab kacang peas sedap dimakan rangup. - 4
Seimbangkan rasa.Tutup api,siap.
Resipi Sepertinya
-
Lempeng Simple Lempeng Simple
#cooksnapInspirasi dari resepi Lempeng Simple Je dari Cookpader Nor Arifin.K.ha gunakan sukatan bahan yang sama tapi tambah sedikit gula perang untuk jadikan lempeng manis,simple dan sedap.Terima kasih Nor 😋😘. ha.lim39 -
Hati Masak Kicap Hati Masak Kicap
#cooksnapRecook resepi asal Cookpader Hani Shaimi.Sedap resepinya.Ada derhaka sikit pada bahan dan cara memasaknya.Terima kasih Hani di atas inspirasinya 😍. ha.lim39 -
Niger Meat Pie Niger Meat Pie
#BenderaOren2:Niger Meat Pie/ Pai Daging Niger adalah pastri lazat yang penuh dengan inti Daging Cincang,Ubi Kentang dan Lobak Merah.Kulitnya yang rapuh dengan rasa intinya yang tersendiri menjadikan ia menu popular di bahagian barat Afrika termasuk Niger dan juga Nigeria.:Kredit resepi:The Cooking Foodie. ha.lim39 -
Singgang Ayam Ala Thai Singgang Ayam Ala Thai
#cooksnapRecook resepi Cookpader Zarawiis.Macam biasa ada derhaka sikit pada resepi.Resepi simple tapi sedap.Terima kasih Zarawiis di atas inspirasinya 😍. ha.lim39 -
Mi Rebus Kelantan Cara Saya Mi Rebus Kelantan Cara Saya
#backtobasicResepi Mee Rebus ringkas dan mudah,insyaaAllah sedap.Guna mana bahan yang ada dalam stok di rumah sahaja.Alhamdulillah,habis.Sedap dimakan ketika masih panas-panas.Nak lagi sedap hidangkan bersama jeruk lada hijau @ sambal cuka kicap (tak buat sebab tak cukup bahan).K.ha gantikan dengan cili padi potong dan potongan limau nipis untuk rasa sedikit pedas dan masam. ha.lim39 -
Daging Masak Merah (Kemboja) Daging Masak Merah (Kemboja)
#cppassportLauk semalam,gu dengan sambal kuinin,ikan gelama kering goreng dan ulam timun Jepun.Resepi ini k.ha dapat dari seorang rakan ( warganegara Malaysia berketurunan Muslim Kemboja).Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.Sesuai juga dihidangkan bersama nasi berperisa,acar dan sambal belacan. ha.lim39 -
Sambal Sotong Sambal Sotong
Beli sotong 2 hari lepas,asalnya nak masak goreng kunyit sahaja,eh bertukar niatlah pula hari ini.Cabaran "Masak Apa Merah?" di Cookpad belum terbuat lagi.Teringat Sambal Sotong warnanya merah,senang cerita,tukar sahajalah resepinya.Kebetulan sotongnya ada telur,lagi umph jadinya.Alhamdulillah. ha.lim39 -
Sup Sayur untukmu Sup Sayur untukmu
Pagi-pagi lagi si bungsu minta masakkan Sup Sayur,dari semalam tak berapa sihat.Maknya pun tak banyak soal terus ke dapur untuk memasak.Biasanya k.ha sediakan sup sayur mudah kegemarannya,dimakan bersama nasi beras lembut yang dikepal.Terajin pula hiaskan hidangan Sup Sayur hari ini,senang hati bila tengok dia berselera habiskan hidangan.Yang ini k.ha lebihkan sukatan bahannya,untuk 4 - 5 orang.Dapatlah yang lain tumpang makan sekali.Alhamdulillah.Untuk sup sayur ini k.ha gunakan kulit udang dan akar ketumbar untuk menghasilkan stok udang.K.ha gunakan juga lebihan potongan batang baby sawi,batang brokoli yang biasanya dibuang tapi sebenarnya masih boleh dimakan.Semuanya dapat menggelakkan "Mottainai" @ pembaziran.Alang-alang memasaknya k.ha masukkan sekali resepi ini untuk cabaran minggu ini "Masak Apa Elak Mottainai (Pembaziran)?" Cookpad Malaysia. ha.lim39 -
Telur Sotong Goreng Kunyit Telur Sotong Goreng Kunyit
#cookpadmalaysia.Pertama kali masak telur sotong bulat ,biasa yang panjang (yang ini memang sedap).Masak untuk suami tadi.K.ha tak jamah pun sebab kebetulan tengah selsema,pantang dahulu,tak tahulah macamana rasanya.Tengok c.abe dan anak habiskan sepinggan,sedaplah tu agaknya. ha.lim39 -
Nasi Goreng Kicap Nasi Goreng Kicap
#BackToBasicSepanjang masa Lockdown ini tak dapatlah keluar ke pasar mencari barang dapur seperti biasa.Kena berjimat-cermat dan pandai mengolah resepi menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.Ada lebihan nasi semalam jadi k.ha masak nasi goreng sahaja.Teringat Nasi Goreng Kicap yang selalu aruah mak buat untuk kami.Resepi simple tak banyak bahan pun tapi cukup sedap pada kami.Kebetulan ada sedikit lagi baki dada ayam dan telur di dapur,jadi bolehlah masak resepinya hari ini.Walaupun tidak 100 % sama seperti masakan airtangan mak,dapatlah juga lepaskan kempunan dan rindu pada masakannya. ha.lim39 -
Kari Udang Thai Tanpa Tumis (Thailand) Kari Udang Thai Tanpa Tumis (Thailand)
Resepi kari udang Thai paling mudah,tak perlu kalut kupas bawang,rempah-ratus bagai.Senang yakmak,yang baru berjinak-jinak ke dapur pun boleh buat.Rasanya?boleh tahan juga sedapnya.Tak terlalu pedas,budak-budak pun boleh makan. ha.lim39 -
Udang Goreng Snap Peas Udang Goreng Snap Peas
Kosongkan simpanan dalam draf.Baru sempat habiskan menaip resepi hari ini.Resepi ringkas kegemaran kami sekeluarga. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen