Sup tulang anti gaot 🤟

Mdm.rock🌻
Mdm.rock🌻 @Dapur_mdm

Sup tulang nie kena sabar masak sebab kalau tak sabar memang liatlah daging tu and sapa² yg ada gaot tuu boleh mkn sup tulang nie insyaAllah,sup tulang nie jugak favourite apak saya 🥰

Sup tulang anti gaot 🤟

Sup tulang nie kena sabar masak sebab kalau tak sabar memang liatlah daging tu and sapa² yg ada gaot tuu boleh mkn sup tulang nie insyaAllah,sup tulang nie jugak favourite apak saya 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 jam
4-5 orang
  1. #Bahan sup tulang
  2. 1 kgTulang sapi
  3. Daging setengah kilo
  4. 1biji bawang bombay* (di kisar)
  5. 5biji bawang merah*
  6. 5biji bawang putih*
  7. Halia sebesar ibu jari*
  8. Rempah sup adabi/babas
  9. Serbuk masako daging
  10. Garam dan perasa
  11. Sup bunjut tulang
  12. Bawang goreng
  13. Daunsup dan daun bawang
  14. Tomato,lobak merah dan kentang
  15. Lada sulah dan lada hitam
  16. Minyak
  17. Air secukup nya
  18. #Bahan bebola daging
  19. 1bungkus daging cincang
  20. 3biji bawang putih
  21. 2sudu tepung gandum 2 sudu tepung jagung
  22. Lada hitam dan lada sulah
  23. Telur 1 biji
  24. Bawang holland setengah biji di hiris halus²
  25. Serbuk masako daging

Cara Memasak

3-4 jam
  1. 1

    #bahagian rebusan tulang dan daging menggunakan kaedah 5.30.7.30 dan sudu besi,cuci tulang dahulu dan hiris daging sebesar mahu mu tapi ingat hiris daging mesti dgn cara hiris lawan urat kalau x mau nye liat daging tu nanti 😂

  2. 2

    Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan juga sesudu rempah sup dan sedikit garam biarkan air sehingga betul² mendidih

  3. 3

    Apabila sudah mendidih masukkan tulang yang sudah di cuci dan daging yg telah di hiris tadi setkan masa 5 minit jangan lupa letak sudu besi tadi

  4. 4

    Setelah tamat utk 5 minit sila padamkan api dapur anda dan tutupkan rebusan tulang tadi selama 30 minit jangan buka selagi blm sampai 30 minit orite 👍

  5. 5

    Sementara tunggu 30 minit jom buat bebola daging pulak 😉
    Masukkan daging cincang ke dalam mangkuk yang bersih ye
    Tumbuk bawang putih sehingga halus
    Hiriskan halus² bawang holland tadi
    Masukkan telur 1 biji ke dalam daging cincang tadi
    Masukkan lada sulah lada hitam dan serbuk masako secukup rasa
    Masukkan bwg putih dan bwg holland tdi ke dlm daging dan gaul ke semua bahan yg telah di masukkan selepas itu masukkan tepung gandum dan tepung jagung gaul2 sampai sekata dan boleh bulatkan..

  6. 6

    Kalau taknak tangan lekat dgn isi daging tadi semasa membulatkan nya boleh lumur tapak tgn dgn minyak masak ye,setelah habis di bulat,perap utk 15 minit supaya resap rasa nya dan setelah itu boleh di rebus 😁

  7. 7

    Berbalik kepada rebusan tadi kalau dh tamat utk 30 minit boleh buka penutup dan hidupkan lagi api dapur nya biarkan mendidih lagi dan apabila air sudah mendidih setkan masa untuk 7 minit dan biarkan,sudah habis 7 minit sekali lagi padamkan api dapur dan tutup lagi rebusan tadi selama 30 minit dan boleh merebus bebola daging tadi 😙

  8. 8

    Setelah selesai untuk rebusan 5.30.7.30 tadi sekarang masa untuk memasak nya
    Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan,masukkan rempah tumis yg sedia ada di dalam sup bunjut tadi,masukkan bahan kisar yang bertanda * tadi goreng sehingga kekuningan sikit setelah itu masukkan rempah sup 3 sudu besar dan gaulkan sebentar setelah itu masukkan air ke dalam nya dan jgn lupa letak sup bunjut dan sudu besi masak sehingga mendidih..

  9. 9

    Setelah mendidih letakkn tulang dan daging yang telah di tos air nya,ohh ya jgn lupa masukkan juga bebola daging yg telah di rebus tadi masukkan lada sulah lada hitam,garam,perasa dan sedikit serbuk masako dan masak sehingga mendidih setelah mendidih boleh letak lobak merah dan kentang yang telah di potong tadi

  10. 10

    Biarkan masak dgn api yang sederhana ye,kena gaul selalu takut hangit sebelah bawah nya nanti,part nie kamu semua mesti alert ye apabila kuah dah start pekat masukkan air sedikit demi sedikit supaya kuah tidak terlalu pekat
    Kalau sudah masak selama 1 jam 30 minit boleh letak tomato,daun sup,daun bawang dan bawang goreng sudah dan ready utk di hidang 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mdm.rock🌻
Mdm.rock🌻 @Dapur_mdm
pada
Just a little piece of karya masakan,senang untuk di cuba oleh para² girl yg baru belajar memasak dan suri rumah yg ketandusan idea untuk memasak 😘
Baca lagi

Komen (2)

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Sedapnya. Saya save resepi yer sis
#love
(diedit)

Resipi Sepertinya