Masak Lemak Kuning Labu + Daun Mulberi (MENU RAHMAH)

Zarafafiis ❣️🌹
Zarafafiis ❣️🌹 @zarafafiis
Sarawak

Inspirasi resepi sis @salina_jalaludin terima kasih sis.. sedap. Saya ganti bahan mana yang tiada.. saya dah masak lama dah hehee.. masakan ni saya gandingkan dengan ikan masin gonjeng @ bulu ayam hehe lupa la.. cukuplah untuk Kami 4 orang.. mungkin ngam atau lebih RM 5.00..

Sebelah Labu RM 4.01 - saya guna 1/3 sahaja
Ikan masin gonjeng - RM 2.29 (xsemua saya goreng)
Susu cair ganti santan - RM 2.60 (Beli eco shop)
Bahan2 lain memang dah Ada Di rumah

#menurahmah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/3 buahlabu - kupas kulit Dan buang biji (potong)
  2. DaunMulberi secukupnya - daun muda (asingkan daripada batang Dan cuci bersih2 & toskan)
  3. 1 cawanair
  4. 2 bijibawang merah (dihiris)
  5. 1/2 incihalia (hiris) - optional
  6. 1 genggamikan bilis - ganti 1 kiub ikan bilis
  7. 1 cawansantan - ganti Susu cair
  8. 1 sudu tehserbuk kunyit
  9. 1 sudu tehgaram bukit
  10. 1/2 sudu tehserbuk cukup rasa (skip xda bahan)
  11. Serbuk lada hitam secukupnya (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan ke semua bahan

  2. 2
  3. 3

    Rebus terlebih dahulu daun mulberi.. rebus sehingga daun agak lembut.. tutup api Dan toskan airnya ketepikan sebentar

  4. 4

    Labu dikupas kulit. dipotong kecil dan direbus sehingga separuh masak.

  5. 5

    Masukkan bawang merah + halia dan ikan bilis (ganti kiub ikan bilis). Didihkan seketika.

  6. 6

    Masukkan santan (ganti susu cair), serbuk kunyit, garam dan serbuk cukup rasa (skip) + serbuk lada hitam. Tambahkan juga daun mulberi Yang telah direbus tadi.. Gaul rata Dan Didihkan seketika. Tutup api. Rasa jika perlu perasa atau tidak.

  7. 7

    Siap 😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarafafiis ❣️🌹
pada
Sarawak
❣️isteri❣️ibu (2 anak - girl & boy)❣️minat memasak & baking❣️punya 4 ekor Kucing
Baca lagi

Komen

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Sedap lah letak labu tu😍. Thank you awk sudi cooksnap 🥰

Resipi Sepertinya