Bihun Sup Utara

#myfirstrecipe2020 Hari Raya Puasa 6 bulan Syawal 💃.
.
Saya masak bihun sup utara je. Ini pun dari minggu lepas adik saya request nak makan. Boleh je. Dengan syarat kena tunggu saya habis puasa 6. Tqvm kak @surianti_kitchen. Resipi terbaik. Nak menangis makan sebab kena dengan selera & tahun ni tak dapat beli di bazar Ramadan semasa bulan puasa yang lalu. Saya buat 1/2 je dari resipi yang dikongsikan sebab tak ramai pun orang kat rumah ni ❤️.
.
Yang penting mesti ada bihun kuning & sambal cili. Kalau tak ada, bukan style utaralah namanya 😊.

Cara Memasak
- 1
Sup daging
- Kisar bahan bertanda*.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga harum.
- Masukkan pes rempah sup. Tumis seketika.
- Masukkan daging, sup bunjut & air. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan air jika perlu.
- Setelah daging empuk, perasakan dengan garam. Masukkan daun sup & daun bawang. Kacau rata. - 2
Sambal Cili
- Kisar bahan bertanda*.
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga harum.
- Masukkan pes serbuk cili. Tumis sehingga pecah minyak. Ulang 2-3 kali.
- Masukkan asam gelugur & perasakan dengan sedikit garam & gula. - 3
Bihun Kuning
- Didihkan air di dalam periuk.
- Masukkan serbuk kunyit. Kacau & biarkan ia melarut.
- Masukkan bihun. Biar seketika sehingga bihun lembut.
- Kemudian, tapis & kirai-kiraikan bihun di bawah air paip. Toskan air berlebihan. - 4
Bihun Sup Utara
- Masukkan bihun & bahan sampingan ke dalam mangkuk. Letakkan sup daging & sambal cili. Sedia untuk dinikmati. - 5
Nota:
- Saya gunakan daging batang pinang serta sedikit tulang & memasak dengan menggunakan periuk biasa.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen