Kokya

Saya percaya ramai yang tak pernah dengar nama resipi ini dan mungkin merasakan ianya agak pelik. Saya pun tak pasti asal usul nama resipi ini.
Resepi ini saya rasa hanya orang yg berasal dari pekan, pahang jer yang tau. Itu salah satu keunikan kokya ini.😊
Ianya seakan resepi kuah laksam tetapi menggunakan mee lidi. Resepinya amat mudah dan keluarga saya akan memasaknya kebiasaanya pada hari raya ke 2 atau ke 3 kerana diwaktu itu kita sudah muak untuk makan rendang, ketupat, pulut dan juadah yang lain.
Selamat mencuba.

Cara Memasak
- 1
Rebuskan mee lidi sehingga masak. Masak macam pasta seperti spaghetti etc. Toskan.
- 2
Ikan direbus bersama 1 ulas bawang merah dan sedikit halia. Tambahkan sedikit garam. Toskan ikan.
- 3
Simpan air ikan untuk dimasukkan kedalam kuah. Asingkan isi ikan dari tulang.
- 4
Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
- 5
Masukkan bahan kisar kedalam periuk. Masukkan juga asam keping, serai, halba serta garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan perasakan.
- 6
Untuk sambal, kisarkan cili kering yang direndam air panas terlebih dahulu. Kisarkan bersama cili padi, belacan, garam dan gula secukup rasa.
- 7
Untuk hidangan, letakkan mee lidi kedalam pinggan, letakkan kuah, taburkan ulam dan sambal. Untuk ulam boleh menggunakan sayur yang disukai. Selamat menjamu selera.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (4)