Shakshuka suka hati💖💖

Cik abg moncit saya ni penggemar tegar telur semenjak kecil lagi. Jadi menunya mmg selalu telur yg dimasak pelbagai cara.. suatu pagi teringat ingat pula shakshuka ayam yg dimasak oleh bonda tercinta saya zaman sekolah dulu. Jadi saya try buat mengikut citarasa saya dan bagi abg moncit rasa.. Hurmm sehingga kini, salah satu menu breakfast, lunch atau dinner pilihannya.. Jgn lupa cuba tau!🥰🥰

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan2..
- 2
Panaskan minyak tumis bawang besar + bawang putih
- 3
Bila bawang sudah layu, masukkan cili, sosej dadu dan daging cincang, tumis hingga masak.
- 4
Kemudian, masukkan sos pasta, sos cili dan baked beans. Kacau rata dan masukkan tomato cincang.. Saya suka masukkan kemudian, tidaklah hancur sangat..
- 5
Barulah masukan lada hitam, serbuk jintan dan rosemary spice. Kacau sebati dan masuk garam dan sedikit gula.
- 6
Pecah kan telur sebiji demi sebijik dan masukkan keliling pan. Jangan letak dekat-dekat. Biar asing sedikit. Basahkan penutup pan dan tutup.Oh ya, ada kalanya saya masukkan carikan cheese slice dalamnya.. 🥰🥰
- 7
Biarkan seketika, tp jangan sampai kuning telur terlalu masak.. buatlah just nice je masaknya.. hidangkan dengan roti biasa, roti arab atau dengan lempeng pun sedap jugaaa..😘😘Selamat mencuba😁😁
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen