Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol Terengganu

#CookpadApron2026
#HometownFave
Nasi Dagang merupakan hidangan tradisional yg popular di negeri kelahiran saya iaitu Terengganu & ia adalah nasi kegemaran saya.
Nasi ini di kukus bersama santan & di campur dgn bawang, halia & halba yg memberikan rasa yg sedap & unik. Ia di hidangkan bersama gulai ikan tongkol/aya yg lemak2 manis beserta acar timun yg masam2 manis. Bila semua di gabungkan, ia sangat sedap & menyelerakan.. lagi sedap bila gulainya di di masak & di biarkan semalaman. Kemudian, di panaskan semula keesokan hari kerana kuahnya akan jadi lebih pekat, lebih mesra, ikan lebih meresap dengan kuah & pecah minyak dengan cantik. Kebiasaannya nasi dagang ini di hidangkan ketika sarapan pagi, jamuan atau hidangan raya..

Cara Memasak
- 1
Nasi dagang 👉Didihkan air di dlm pengukus. Toskan beras & masukkan ke dlm pengukus. Buat lubang & kukus selama 20 minit
- 2
Keluarkan nasi & masukkan ke dlm besen. Tuang santan cair & arong hingga nasi kembang. Campur halba sekali & kacau rata. Masukkan semula ke dlm pengukus & kukus selama 20 minit
- 3
Masukkan nasi ke dlm besen. Campur bawang & halia. Kacau santan pekat dgn garam. Kemudian, tuang ke atas nasi & arong hingga sebati
- 4
Gulai ikan tongkol 👉Rebus ikan bersama air, asam gelugur & garam hingga masak
- 5
Blend bawang2, halia & lengkuas hingga halus
- 6
Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumis bahan2 blend & cili kering kisar hingga pecah minyak
- 7
Masukkan rempah nasi dagang & sedikit air. Tumis lagi hingga pecah minyak & rempah betul2 masak
- 8
Masukkan santan & air rebusan ikan. Kacau rata
- 9
Campur gula melaka, gula pasir, garam, asam gelugur, belacan & halba. Kacau & didihkan kuah
- 10
Masukkan ikan tongkol rebus. Renehkan selama 20 minit. Tutup api & biarkan 4-5 jam atau semalaman
- 11
Keesokan paginya, panaskan semula gulai ikut kepekatan yg di ingini. Campur cili api, biarkan sekejap je, tutup api
- 12
Acar timun 👉Potong timun, carrot, bawang & cili. Kacau cuka dgn gula & garam. Masukkan bahan2 potong tadi, kacau rata
- 13
Hidangkan nasi dagang bersama gulai ikan & acar timun. Jika suka boleh tambah sambal belacan
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen