👩🍳Mi Lidi Sup

Cookpad Apron 2026: Week 18
Tema Minggu 18: Mee Bihun Kuey Teow Semua Boleh
Ala-ala mee Calong tetapi menggunakan bebola ayam menggantikan bebola ikan home made.
👩🍳Mi Lidi Sup
Cookpad Apron 2026: Week 18
Tema Minggu 18: Mee Bihun Kuey Teow Semua Boleh
Ala-ala mee Calong tetapi menggunakan bebola ayam menggantikan bebola ikan home made.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Kisar bahan kisar dan potong sayuran. Rebus mi lidi sehingga lembut. Tos air, ketepikan.
- 3
Panaskan minyak masak. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga agak kering dan wangi. - 4
Masukkan air, lobak merah, bebola ayam, isi ayam, kiub ayam, dan cendawan. Masukkan bahan sos. Biarkan mendidih. Kacau rata.
- 5
Kemudian masukkan sawi. Gaul rata. Masukkan 1/4 bahagian mi lidi. Biar mendidih sekejap. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan cukup rasa. Gaul rata. Siap!
- 6
Sedia dinikmati.
Tip
Jangan masukkan kesemua mi lidi kedalam sup. Hanya masukkan sejumlah mi yang hendak dinikmati sahaja.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

















Komen