Tauhu telor bersama pakchoy dan cendawan enoki

Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
Kuantan Pahang

#goldenapron
Tauhu telor sangat sedap dan sesuai dimasak tak kira dalam apa jua cara. Sesuai dimakan bersama nasi ataupun di ratah begitu sahaja.

Tauhu telor bersama pakchoy dan cendawan enoki

17 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
Tauhu telor sangat sedap dan sesuai dimasak tak kira dalam apa jua cara. Sesuai dimakan bersama nasi ataupun di ratah begitu sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 3 batangtauhu telor
  2. 3 batangsayur pak choy
  3. 2biji telor
  4. 1biji cili api
  5. 1paket cendawan enoki
  6. 3 ulasbawang putih di cincang
  7. 2biji bawang merah di hiris
  8. 1sudu kecil sos cili
  9. 1sudu kecil kicap cair
  10. 1sudu kecil garam
  11. 1 gelasair masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Antara bahan-bahan yang di perlukan

  2. 2

    Pecahkan 2 biji telor dan letakkan sedikit garam. Potong tauhu telor dan Celupkan tauhu telor ke dalam telor tadi dan goreng hingga warna kuning keemasan. Sekiranya ada lebihan telor, tuang sahaja ke atas tauhu telor semasa menggoreng. Untuk yang pertama kali ingin mencuba, hati-hati semasa memotong tauhu telor sbb terlalu lembik.

  3. 3

    Gunakan minyak menggoreng tauhu tadi untuk menumis. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan segelas air, garam, sos cili dan kicap. Bila dah mendidih, masukkan tauhu telor yg telah digoreng, sayur pak choy, cili api dan cendawan enoki. Jangan kacau ye, tutup dengan penutup periuk dan biarkan sekejap sehingga sayur masak. Tutup api gas dan siap untuk di hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
pada
Kuantan Pahang
Saya suka memasak dan berkongsi resepi dengan rakan rakan. Selain itu, saya juga mengedit gambar masakan yang saya masak.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya