Tenggiri masak lemak buah kemang

Fadlina Yusof
Fadlina Yusof @cook_17680935

#semangatmerdeka
#masakannegeri
#goldenapron

Masak lemak cili api memang sinonim dengan masakan negeri sembilan. Penambahan buah kemang hiris memang memberi kelainan pada masakan ini. Namun, jika tiada buah kemang, boleh diganti dengan nenas muda atau buah belimbing besi. Kacang panjang pula melengkapkan lagi hidangan. Cukup satu lauk sahaja lengkap untuk satu hidangan.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan kisar
  2. 5biji cili api
  3. 2inci kunyit hidup
  4. Bahan lain
  5. 1ekor ikan tenggiri saiz sederhana dikerat 3
  6. 1biji buah kemang masam
  7. 1 kotakkecil santan pekat
  8. 5 batangkacang panjang
  9. 1 kepingasam keping
  10. 2sudu kecil garam
  11. 1/2sudu kecil penambah perisa

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar/ tumbuk cili api dan kunyit hidup. Buang kulit buah kemang dan hiris. Kacang panjang dipotong kecil.

  2. 2

    Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak seketika dengan sedikit air. Pastikan cili cukup masak.

  3. 3

    Masukkan ikan tenggiri dan biarkan ikan masak.

  4. 4

    Masukkan santan dan sentiasa kacau perlahan sehingga santan mendidih.

  5. 5

    Masukkan kacang panjang, asam keping dan buah kemang. Biarkan seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Fadlina Yusof
Fadlina Yusof @cook_17680935
pada

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan