Udang Goreng Kentang

#goldenapron Selalu udang ni sedap buat masak sambal dengan petai. Tapi anak anak pulak tak makan pedas. So ini masakan untuk diorg. Simple senang dan sedap
Cara Memasak
- 1
Udang dikupas kulit dibuang bahagian kepala dan urat tengah belakang dia
- 2
Kentang potong wadges tapi nipis dan digoreng dengan minyak masak sehingga sedikit garing. Ketepikan.
- 3
Hiris nipis bawang merah dan bawang putih. Tumis dengan minyak gorengan kentang tadi.
- 4
Setelah bawang naik bau wangi masukkan udang dan kacau.
- 5
Jangan goreng terlalu lama udang tu takut nanti keras pula. Bila dah agak kemerahan, tambahkan garam atau bahan perasa.
- 6
Masukkan kentang dan bawang besar yang telah dihiris.
- 7
Boleh tambah sedikit air jika suka berkuah. Gaulkan atas api sederhana sehingga bawang besar layu.
- 8
Dah siap! Hiaskan dengan daun bawang yang dipotong panjang seinci. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Udang goreng kunyit Udang goreng kunyit
#goldenapron#1post1hopev2#minggu9Biasa kalau beli udang selalu masak sambal dengan petai,tapi anak yang kecil selalu tak makan sebab tak tahan pedas.kesian pula tengok dia tak makan.kali ni saya masak kunyit .kemain lagi selera dia makan.jom tengok resepi yg simple dan mudah,sesuai utk anak2 yg tak makan pedas. Lily Suryani Mohd Ali -
Sambal Udang dan Petai Sambal Udang dan Petai
#goldenapron2020Rezeki hari ni dapat petai murah. 13 keping petai hanya RM5.00. Teringat udang yang masih ada dalam peti sejuk. Ngam elok pulak anak sedara nak datang rumah. Peminat setia sambal udang. Kalau makan nasi dengan dia, tinggal petai je. Udang semua masuk pinggan dia. Rose Nani Nizah Nayan -
Sayur Lemak Labu Sayur Lemak Labu
#goldenapron #1hope1postv2Sedap labu manis ni kalau dibuat masak lemak. Nama jer sayur tapi guna labu🤭Labu tu kan vegetable, sayur la kan. Selalu masak tanpa udang dan cendawan. Tapi kali ni ada la pulak 2 star tu😁 So ayuh kita memasak!Kalau nak pedas boleh jer tambah cili potong atau campakkan saje cili padi dalam periuk tu dgn bahan2 rebus. Anak2 saya tak makan pedas😅 SuzieR -
Sambal petai udang bersantan Sambal petai udang bersantan
#goldenapron#1post1hopeSebut je petai mesti kena buat sambal. Jumpa pulak dgn udang. Mmg sahabat baik dlm periuk. Resepi ziana kalau buat sambal petai mesti tambah santan sikit. Baru lah rasanya pedas pedas lemak. Jom tgk bahan2 nya. Ziana Chesaad -
Petai Goreng Udang Solo Petai Goreng Udang Solo
Mak mertua selalu masak macam ni tapi udangnya dipotong kecil-kecil supaya nampak banyak...😃Lebih banyak petai dari udang...Sedap makan dengan nasi panas...tak payah lauk lain pun tak pe #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
#goldenapron2020#minggu30Sudah lama nak masak resepi sambal udang petai untuk Cookpad tapi selalunya bila udang ada, petai pula tak ada. Bila petai ada tapi udang pula tak ada😅.Kali ini rezeki udang ada, minta en suami pergi cari petai. Alhamdulillah petai dapat beli kat orang yang jual dengan lori tepi jalan cuma dapat petai kecil jea.Jadi lah dari tak ada kan. Bila petai kecil saya buat keputusan masak petai dengan kulit sekali. Kecil sangat isinya bila kopek😂. Okey, jom kita cuba resepi ini sebab bila makan sambal udang petai buat kita lupa orang lalu kat belakang😝 Noor Hassan -
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
Untuk dapatkan rasa sambal udang yang sedap, tambahan petai dalam sambal adalah sangat membantu menaikkan rasa sambal tersebut. meskipun saya sendiri tidak makan petai, tetapi sambal udang yang sedap haruslah ditambah dengan petai.#goldenapron#udang Nisa jijan -
Sambal Tumis Petai dan Udang Sambal Tumis Petai dan Udang
#goldenapron2020#minggu9Petai ni adik beli. Tapi agak kecut kulitnya. Susah pulak nak buang kulit.. Jadinya celur dan keluarkan isi petai. Buatkan sambal tumis dengan udang. Rose Nani Nizah Nayan -
Mee Goreng Udang Mee Goreng Udang
Mee goreng adalah masakan paling simple. Ia selalu dimasak untuk sarapan ataupun hidangan untuk para tetamu. Kali ni saya akan masak mee goreng berperencahkan udang. Pasti sedap #goldenapron2020 kinafilzah -
Petai dan Udang Lipan Goreng Kunyit Petai dan Udang Lipan Goreng Kunyit
#1post1hopev2 #goldenapron Berangan dari pagi nak masak sambal tumis petai. Tapi mood "M" datang pulak. Malas nak gunting dan kisar cili kering. Teringat pulak isi udang lipan yang masih berbaki di dalam peti sejuk. Terus datang idea nak goreng kunyit je. Boleh jugak join 1post1hopev2. Dapat jugak menderma melalui resepi masakan. Tak pa la kan, kuningkan tangan dengan kunyit. Kadang-kadang Allah hadirkan kita insan-insan istimewa yang mengajak kita ke arah kebaikan dalam pelbagai cara. Antaranya kawan-kawan dalam Cookpad. Chaiyokkkk! Rose Nani Nizah Nayan -
Sambal Tumis Udang Petai Sambal Tumis Udang Petai
#phopxcookpad2020Mesti ramai yang suka petai kan? Saya tak makan, tak minat kott 😁😁. Tapi suami dan anak bujang sangat suka dengan petai.Ni saya masakkan untuk depa. Saya? Kuis-kuis petai tu ke tepi. Ambik udang jaa 😂 Norashikin Rahmat -
Sambal Udang Terung Pipit Sambal Udang Terung Pipit
#bazaarramadan anak2 memang sangat suka kalau udang masak sambal ni, mak dan Ayah pula suka terung pipit masak tumis pedas, nak jimatkan masa dan puaskan selera semua orang, Kita gabungkan dalam satu masakan sahaja, Sambal Udang Terung pipit #goldenapron2020 Zleq Kha
Komen