Kue Tiaw Goreng

Ct Adza Usman
Ct Adza Usman @cookwithAdza
Miri Sarawak

#goldenapron
#1post1hopev2

Menu yang diminati ramai. Biasanya dinikmati sebagai sarapan atau minum petang. Mengenyangkan dah berkhasiat.

Kongsi

Ramuan

4n- 5 orang
  1. 3biji bawang merah (cincang)
  2. I kg Kue Tiaw
  3. 4 batangpokok sayur sawi
  4. 3 sudu makansos tiram
  5. 8 ulasbawang putih (cincang)
  6. 2 sudu makancili kering kisar @ cili boh
  7. 5biji bebola ikan (dipotong ikut suka)
  8. 3 sudu makansos cili
  9. 2biji telur ayam
  10. 1/3 cawankicap masin
  11. 1/2 sudu tehgaram
  12. 1/2 sudu tehbahan perasa tambahan (serbuk atau cecair ikut suka)
  13. 1/2 cawanminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh kue tiaw dengan air paip atau pun air panas. Toskan. Sementara itu sediakan bahan2 yang lain.

  2. 2

    Sayur sawi direndam sebelum dipotong untuk menanggalkan segala kotoran yang ada. Potong ikut selera masing2.

  3. 3

    Panaskan kuali. Masukkan minyak masak. Setelah panas tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya.

  4. 4

    Masukkan cili kisar dan kacau seketika agar cili betul2 masak. Masukkan pula telur, biarkan agak2 10 saat barulah dikacau. Biarkan sehingga keluar buih2 halus. Ini petua supaya hidangan kita nanti tidak hanyir.

  5. 5

    Seterusnya letakkan bebola ikan ke dalam masakan. Masak sehingga bebola mengembang atau bertukar keperangan.

  6. 6

    Tambahkan kicap, sos tiram, sos cili, garam dan bahan perasa. Kacau lagi.

  7. 7

    Masukkan sayur sawi dan tauge. Kacau seketika sehingga sedikit layu. Jangan terlalu lama. (Maaf tauge tiada dalam gambar).

  8. 8

    Akhir sekali masukkan kue tiaw. Balik-balikkan sehingga semua bahan bergaul rata. Tanda2 menu sudah cukup masak ialah ianya mengeluarkan sedikit asap sewaktu kita membalik-balikkannya.

  9. 9

    Tutup api. Siap! Boleh dihidang bersama limau, jeruk cili, ayam panggang atau ayam goreng ye.. cadangan sahaja !😉

  10. 10

    Selamat menggoreng ! 👩🏻‍🍳

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ct Adza Usman
Ct Adza Usman @cookwithAdza
pada
Miri Sarawak
Suka masak menu yang ringkas, sedap & berkhasiat.👩🏻‍🍳
Baca lagi

Resipi Sepertinya