Ayam Halia Limau Nipis

Zurasyima Zahari @cook_17698719
Mencari kelainan untuk ayam masak halia. Ditambah sedikit perahan limau untuk mendapatkan rasa masam. Sedap dimakan bersama nasi yang panas.
#goldenapron
#1post1hopev2
Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kuning, masukkan ayam. Goreng sehingga masak.
- 2
Masukkan halia yang telah di potong panjang.
- 3
Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar. Kacau sebati.
- 4
Masukkan garam dan gula. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan perahan air limau. Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Sup Ayam Ala Thai🇹🇭 👩🍳Sup Ayam Ala Thai🇹🇭
Sup Ayam Thai [Mini Bonus]Sungguh segar hirup Sup Ayam Ala Thai ini. Lengkap rasa masam masin dan pedasnya.Ciri Sup Ayam Thai ini adalah daun ketumbar,daun limau purut dan perahan jus limau nipis. Ini sememangnya sup pembuka selera terutama jika badan rasa tak sihat. Jom cuba…Inspirasi resipi rasa.my🌹Resipi 51/2022 Mahadiah -
Rendang Ayam Simple Rendang Ayam Simple
Rendang ayam yang mudah dan cepat untuk disediakan..Tak renyah dan sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi panas.#goldenapron#1post1hopev2 Mariana Zainal -
Kari Ayam Kari Ayam
#goldenapron#minggu keduaMinggu ini saya kongsikan bersama anda resipi kari ayam yang kurang santan tetapi pekat dengan rasa rempah.Ala-ala kari mamak gitu tapi yang ini resipi ala-ala chep Gyna.Chep Okay bukan chef.Belum layak saya digelar chef tapi memadai sangat kalau menjadi chef dihati anak-anak dan keluarga.Nak juga gelaran tuh 😂Okay,balik kepada cerita tentang kari.Sudah menjadi sebati cara saya memasak kari,penggunaan santan adalah sedikit tetapi untuk kekalkan kepekatan kuah,saya lebihkan rempah.Yang penting sekali yang perlu anda ingat kalau nak ikut cara saya,bahan kisar seperti bawang dan halia wajib ditumis sehingga keperangan dan kering.Tetapi bukan hangus.Begitu juga dengan tumisan rempah,harus ditumis sehingga terbit minyak.Ini adalah kerana untuk mengelakkan kari menjadi pekat apabila sejuk.Adapula nanti rasa kuah masih kuat dengan rasa bawang mentah sehingga menganggu keenakan rasa kari.Untuk kari ayam,bawang dan halia lebih sedap dikisar.Berbeza dengan kari ikan atau sotong dimana bawang dan halia akan saya mayang halus.Penggunaan perahan limau nipis pula,saya tidak menggunakan asam jawa mahupun asam keping untuk resipi kari ayam.Saya gantikan dengan perahan limau nipis.Ada perbezaan rasa bila kita masak kari menggunakan asam keping atau limau nipis.Ingat ya!perahan limau nipis sedap untuk kari ayam tetapi bukan kari ikan.Kalau nak tahu apakah nikmatnya,anda harus cuba resipi saya. Gyna Elenna -
Ayam Limau Nipis Ayam Limau Nipis
Al-kisah nya nak buat ayam lemon. Alaa.. lemon pulak takde. Nak ke kedai semata-mata nak beli lemon memang malas di waktu PKP ni. Ganti dengan serbuk limau nipis Knorr. Rasa nya pun sedap. Jom intai resipi nya 👇🏻 Dapur Yusfarisyia -
Umai Udang Sarawak Umai Udang Sarawak
#MerdekaPassportUmai Udang ialah makanan tradisional kaum Melanau Sarawak.Rasanya yang masam memang sedap dimakan.Umai pada dasarnya ialah gabungan makanan yang dihidangkan mentah.Rasa masam dari cuka dan air limau nipis akan bertindak memasak isi udang secara semulajadi (ia diperam sehingga 60 minit @ semalaman,simpan di dalam peti sejuk).Lagi lama disimpan lagi sedap.Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.Bagi yang tidak berani mencuba,udang boleh juga direbus sebentar sebelum dicampur bersama bahan lain.:Sumber resepi:My Resepi ha.lim39 -
Nasi ayam percik kuning Nasi ayam percik kuning
#1post1hopev2#goldenapron#level9Nasi ayam percik kuning pada kali ini semperna menyambut tema 1pose1hopev2 yang bertemakan kunyit.. dan sudah pastilah untuk pejuang golden apron😅. Nasi ayam yang dimasak dengan minyak ayam dan diletakkan sedikit minyak bijan membuatkan nasi ayam ini terasa lebih enak.. dimakan bersama ayam percik dan yang dimasak bersama kuah santan kemudian dipanggang dan disajikan bersama kuah santan yang memberi kelainan pada nasi ayam ini... Ila Dila -
Ayam Percik Kelantan Ayam Percik Kelantan
Resepi ayam percik yang enak dimakan bersama nasi panas.. lemak manis pedasnya membuatkan kita rasa sangat puas menikmati juadah ini#goldenapron2020 Atam Ayu -
Ayam Masak Merah Cik Rose Ayam Masak Merah Cik Rose
#goldenapron#1post1hopev2Resepi mudah untuk anak-anak saya. Dimakan bersama nasi panas. Pasti membuka selera anda. Rose Nani Nizah Nayan -
Kerabu Ayam Kerabu Ayam
#goldenapron2020Di rumah ni isi ayam kalau dimasak bersama paha, kepak dan bahagian bertulang lainnya memang tak jalan. Nak pulak dibuat kari atau masak kicap. Isi ayam nilah yg kena ditolak ke tepi. Maka dengan itu kita jadikan kerabu. Masam2 manis pedas cili api dengan perahan limau nipis dan digaul dengan mayangan daun limau purut dan serai memang pergh! Gaul dengan nasi panas pulak memang mengancam. Bertambah u.... koyaklah sapa yg diet. Tapi ia juga boleh dijadikan makanan diet. Hamidah binti Mokhtar -
Ayam Limau Nipis Ayam Limau Nipis
243/2021/RoadTo1k/928Resipi ni Cooksnap daripada Kak Zakiah @ Dapur Yusfarisyia @gula_apong. Sedap tau resipi ni😬. Yang bezanya hakak guna limau nipis segar manakala resipi asal guna serbuk limau nipis (tak de ni kat rumah, cari di kedai pun tak jumpa juga)😅. Pastu hakak tambah daun ketumbar untuk bagi efek aroma yang lebih kuat dalam sajian. Selebihnya hakak follow je resipi asal 😊 Salina Jalaludin -
Ayam Goreng Kunyit Sweet Sour Ayam Goreng Kunyit Sweet Sour
#1post1hopev2#goldenapronTerfikir nak masak makan malam yang ringkas-ringkas saja sebab tengahari dah pergi kenduri, lagipun untuk makan berdua saja. Maka terhasil ayam goreng kunyit masam manis makan bersama nasi panas-panas. Nur Izzati Binti Mohd Kasa -
Ayam Goreng Cili Padi Ayam Goreng Cili Padi
Ayam goreng cili padi adalah menu yang paling senang dan mudah untuk disediakan.Rasanya sedikit pedas dan masam manis. Jika suka berkuah boleh tambahkan sedikit air. Tapi saya tak suka yang berkuah.Sedap di makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Jika suka pedas boleh lebihkan cili. Noor Atika Mahamood
Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/10627807
Komen