Nasi Goreng Dabei Adza

Ramuan istimewanya ialah jeruk buah dabai@dabei. Biasanya ramai yang buat jeruk dabei untuk simpanan supaya masih dapat menikmatinya apabila musim berakhir. Pelbagai menu boleh diolah dengan jeruk ini, salah satunya nasi goreng di bawah.😊
Nasi Goreng Dabei Adza
Ramuan istimewanya ialah jeruk buah dabai@dabei. Biasanya ramai yang buat jeruk dabei untuk simpanan supaya masih dapat menikmatinya apabila musim berakhir. Pelbagai menu boleh diolah dengan jeruk ini, salah satunya nasi goreng di bawah.😊
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Nasi putih seeloknya guna nasi semalam yang telah disejukkan dalam peti ais.
- 2
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan sebahagian daripada ikan bilis yang disediakan. Pastikan bahan2 tidak ditumbuk terlalu lumat.
- 3
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis yang selebihnya sehingga garing. Ketepikan dan tumis bahan2 yang ditumbuk tadi.
- 4
Apabila tumisan naik bau masukkan jeruk dabei dan kacau seketika sahaja lalu ditambah garam dan serbuk perasa.
- 5
Masukkan terus nasi putih. Balik-balikkan sehingga semua bahan bergaul rata dengan nasi. Gunakan api yang agak kuat ketika ini.
- 6
Setelah semuanya rata masukkan pula ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul lagi sehingga masakan mengeluarkan sedikit asap. Itu tandanya masakan kita dah siap. Tutup api dan hidangkan!
- 7
Selamat memasak dan menikmati Nasi Goreng Dabei ala2 Adza ! 👩🏻🍳
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Aruk Dabei Nasi Aruk Dabei
Nak jadi kan cerita . buat nasi goreng dabei/dabai makan pagi ni .. Kebetulan ada lebihan buah dabey masin dibeli kat pasar semalam buat nasi goreng .Kenali Dabai Kegemaran Rakyat Sarawak Yang Juga Punyai Banyak Khasiat. Buah dabai merupakan buah yang dikategorikan sebagai buah eksotik. Bila tiba musim buah dabai, pastinya banyak buah ini dijual di serata Sarawak terutamanya di Bandar Sibu. Miri lambat mok ada . tapi diimport dari sibu jak buah dabei tok(buah dabai permata hitam sarawak@ buah zaitun borneo) Cahaya Farah -
Nasi Goreng Dabai Masin Nasi Goreng Dabai Masin
#merdekapassportSelalu nya jangka hayat buah dabai tak lama. Buah dabai sensitif pd suhu panas. Bila tengok di media sosial org bercerita pasal buah dabai yg dipos ke semenanjung kalau yg bernasib baik tu blh sampai 2-3 hari itu kira beruntung sgt sbb akan dpt buah yg masih elok tetapi jika yg tidak bernasib baik yg mana sampai 6-7 hari tu memang sedih la sebab buah nya mungkin rosak dan tak segar lg.Bulan lepas, anak bujang minta dikirimkan buah dabai di Shah Alam, bila check di dlm sistem poslaju barang sudah sampai di HUB KLIA/IPC2 selepas 2 hari dipos. Yg sedih nya pihak sana telah kehilangan consignment note (segala maklumat hilang). Nasib baik sy tulis di kotak nombor telefon bimbit anak tetapi pihak poslaju Batu Kawa meminta agar kesemua permukaan kotak dibalut dgn selotep. Jd nama dan nombor telefon pun jadi tak nampak. Alasan nya semua maklumat nanti akan ditampal pd kotak tersebut. Akhir nya nota maklumat tersebut telah hilang semasa proses penghantaran. Perkara sebegini lah membimbangkan sy takut harapan anak nak makan jd hampa. Jd utk mengelakkan perasaan hampa (sekiranya berlaku), sy jg telah mengirim dabai masin bersama. Sekurang-kurang nya blh dimakan jika buah dabai jadi rosak dan busuk. Dipendekkan cerita buah dabai sampai pd anak bujang pd hari ke 5. Itu pun sebab anak sy yg pergi mengambil nya sendiri kerana risau buah dabai akan jd busuk nanti. Alhamdulillah buah nya masih blh dimakan walaupun telah mula mengecut sedikit. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Dabei (menu Sarawak) Sambal Dabei (menu Sarawak)
#goldenapronBuah Dabai @ Dabei berbuah mengikut musimnya. Hanya terdapat di Pulau Borneo. Dikenali juga sebagai buah zaitun Borneo. Pelbagai cara menikmati buah ini. Salah satunya ialah "Sambal Dabei". Ct Adza Usman -
Jeruk Lobak Goreng Kicap Jeruk Lobak Goreng Kicap
Main Campak Campak 🍲Menu pembuka selera buat saya dan suami. Kalau ada jeruk lobak putih mesti teringat pada mak sebab mak memang suka jeruk lobak apabila mak kurang berselera makan. Rasa rangup jeruk lobak tu salah satu sebab kenapa mak suka. Jeruk lobak ni ada yang masin dan ada yang manis masam. Saya pun tak reti nak pilih yang mana yang masin atau yang manis masam sebab dua-dua nya nampak sama, tambah pulak sudah di sealed dalam plastik. Yang saya masak ni yang manis masam. Selain digoreng kicap, boleh juga digoreng dengan telur atau dibuat kerabu mentah. Dapur Yusfarisyia -
Nasi air #Kelate Nasi air #Kelate
Nasi air atau bubur nasi merupakan salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga apabila makan di luar. Akhirnya terpaksa menyediakan juadah ini sendiri supaya lebih kerap dapat menikmatinya juga untuk mengelak waktu menunggu masakan yang terlalu lama kerana terlalu ramai pengunjung terutamanya di waktu malam. Dr. Zie Azizah -
Jeruk Mandai Goreng Jeruk Mandai Goreng
Mula belajar makan dari seorang kawan yang tinggal di Johor, Mula2 rasa pelik, kulit cempedak /nangka boleh diolah dan dijadikan menu hidangan.Tapi bila dah rasa, memang terus jatuh hati. Sekarang ni jika beli nangka/ cempedak sis akan simpan dan olah jadikan jeruk mandai. 😅😊#merdekapassportNegeri asal Johor14/16 Nur Nadiah -
Nasi Goreng Kampong Nasi Goreng Kampong
#Sarapan#goldenapronnasi goreng memang menjadi kegemaran kami sekeluarga selain mudah , semudah abc dengan bahan yang semua ada di dapur kita dan dapat mengelakan pembaziran lebihan nasi sejuk kita boleh olah dengan pelbagai resepi nasi goreng.. kali ini sis kongsi resepi nasi goreng paling simple dan semua orang boleh buat..jjom Nur Nadiah -
Sambal goreng buah dabai Sambal goreng buah dabai
Buah dabai kebiasaan nya terdapat di kawasan borneo sahaja. Tetapi sekarang buah dabai sudah ada di pasaran, di buat jeruk masin...jadi senang juga utk merasa buah dabai jeruk wlupon bkn musim nya 😊 Mikayla 🌹 -
Nasi Goreng Cili Kering Nasi Goreng Cili Kering
Masak Apa Banjir #CookpadCaresYang ni pun sedap dan mengenyangkan😊Pedas sedap semuanya cukup rasa.. Sesuai makan ramai-ramai sambil berbual .. Julia ALeen Aireish -
Nasi Himpit Goreng Nasi Himpit Goreng
#goldenapronSelalunya di musim perayaan nasi himpit menjadi hidangan yang sangat popular. Ia selalu digandingkan dengan kuah kacang, sate, kuah lodeh dan soto. Tidak kurang juga di sebelah Pantai Timur yang menggandingkan nasi himpit dengan sambal atau serunding ikan. Resipi nasi himpit goreng pula sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Dulu juadah ini timbul apakala nasi himpit tidak habis dimakan, namun sekarang ianya sudah menjadi juadah sarapan pagi yang sangat digemari. Fauziah GeeHut -
Mandai / Jeruk Kulit Cempedak Goreng Mandai / Jeruk Kulit Cempedak Goreng
#goldenticket#nilai#putrajaya#cookpadmy1stbirthdayMenu ni jarang dapat dan zaman sekarang ramai yang tidak geti memakannya.Ni menu nostalgia yang arwah emak pernah hidangkan.Sekarang nak makan kena buat sendiri.Bila musim cempedak baru dapat membuat jeruk kulit cempedak ini.Jeruk ini tahan lama.Alhamdulillah dapat juga memakannya dan rindu pada Arwah mak.... Dunia Hanya Sementara Fy -
Tempe Goreng Bercili Tempe Goreng Bercili
#bazaarramadan #goldenapron2020.Tempe diperbuat daripada kacang soya yang diperam dan mengandungi kalsium yang tinggi serta bagus utk tulang.Makanan ni sebenarnya sinonim dengan masyarakat Indonesia dan jawa.Terdapat pelbagai menu berasaskan tempe dan tempe grg bercili salah satu daripadanya. Sesuai dimakan bersama nasi juga enak di makan begitu sahaja.Mudah dan ringkas.Kalau pergi ke bazar biasanya menu tempe ni mesti terselit di antara juadah lauk pauk peniaga. Mawar Masri
Lebih Banyak Resipi
Komen