Sambal kering bilis bawang

Tertiba terasa nak buat sambal kering ni.Teringat waktu memula buat sambal kering ni.
Tak ada resepi tapi nak cuba gak buat.
Maka pencarian resepi pun bermula.Setelah dibaca semua resepi di google dan di youtube,maka kita pun mulakanlah sesi ketuk ketuk sudip kuali di dapur ikut cara kita.
Buat senyap-senyap je di dapur.Akhirnya bila mereka makan,memasing bertambah nasi,happy sesangat kita rasa 😁
Ayuh lihat resepinya.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan yang diperlukan.
- 2
Hiris atau sagat nipis bawang merah dan putih.Cili kering dipotong menyerong bagi memudahkan biji cili keluar.Basuh dan keringkan sebentar
- 3
Masukkan minyak dalam kuali.Apabila minyak sudah panas,masukkan bawang putih.Goreng hingga keemasan.
- 4
Goreng bawang merah hingga keemasan.Angkat dan toskan.
- 5
Goreng Ikan Bilis.Angkat dan toskan.Kemudian goreng lada kering dalam 55-60 saat dengan api kecil.Angkat dan ditumbuk lumat.
- 6
Masukkan sedikit minyak dalam 3 sudu besar.Masukkan semula lada kering yang telah ditumbuk.Goreng sebentar.Masukkan gula dan tumis sebentar.Kemudian masukkan bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.Gaul sebati.
- 7
Masukkan garam,gula dan secukup rasa. Jika sudah berpuashati dengan rasanya,bolehlah dihidang.Jika ingin disimpan di dalam balang,pastikan sambal kering ini sudah betul-betul sejuk bagi mengelakkan sambal ini berpeluh dan rosak nanti.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Sup daging Sup daging
#goldenapron#minggukeduabelasAl kisahnya minggu ini,badan tak sihat hingga terpaksa ke klinik mengambil ubat tahan sakit.Jadinya,kita masak hidangan yang simple-simple je buat santapan seisi keluarga.Sup daging menjadi pilihan.Resepi yang mudah dibuat.Boleh dihirup,boleh dimakan bersama nasi,bihun,mee ataupun cicah dengan roti.Nak pulak dilawankan dengan sambal kicap.Nikmat sungguh.Terus segar badan rasanya.Ayuh,kita lihat resepinya. Nurain Jalil -
Sambal Kering Tempe berkicap#PinkBoxCereal Sambal Kering Tempe berkicap#PinkBoxCereal
Sambal kering Tempe Berkicap ini Resepi Simple Yang di ajarkan ibu saya semasa saya remaja dulu ,ketika belajar memasak. Kita boleh menambahkan Ikan Bilis dan Kacang Tanah yang telah digoreng rangup, untuk menambah kesedapan pada Sambal Kering Tempe Berkicap ini. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Sambal Ketuk Sambal Ketuk
Mencuba resepi sambal ketuk dari #cooksnap #cooksnapmentor. Hasilnya sungguh memuaskan.#goldenapron2020 Maisarah Mamat -
SAMBAL KERING KENTANG,TEMPE,KACANG BILIS MAGGI SAMBAL KERING KENTANG,TEMPE,KACANG BILIS MAGGI
#minggu25#goldenapron2020Bila terasa lauk di atas meja tak cukup meriah,apa lagi pergi ke dapur ambil sepeket pes sambal tumis Maggi dan kelentang kelentung kelentang kelentung!Dah siap menu Sambal Kering Kentang,Tempe,Kacang Bilis ni.Ini antara menu yang mudah,senang dan cepat disediakan.Selain dimakan bersama nasi atau bubur, menu ini juga boleh dibuat kudapan.Sekejapan boleh habis 😁Ayuh lihat resepi ini dan Selamat mencuba 😊 Nurain Jalil -
Pucuk Paku Goreng Bilis Pucuk Paku Goreng Bilis
118/2022/RoadtoWorldRecipes/1236Resipi pucuk paku yang ringkas. Sesuai untuk mereka yang tak suka masakan berkuah mahupun bersantan. Resipi ni selain boleh dimakan dengan nasi putih, ia sesuai dimakan dengan moi / bubur nasi pun sedap ni 😋.Inspirasi daripada YouTube Masak Apa Kita M.A.K. ☺️ Salina Jalaludin -
Sambal Tempe Dan Bilis Sambal Tempe Dan Bilis
Sambal tempe ini ummi cooksnap resepi @Uchu sebenarnya. Tapi terbiar bersarang dalam draft tak di post. 🤭😀Harini baru nak post untuk clear draft.Resepi uchu guna cili padi ummi gantikan dengan cili besar je sebab tak nak terlampau pedas.Dan yang paling istimewanya tempe ini ummi buat sendiri tau. Tempe honemade.Tq ya uchu resepinya yang sedap 👍😋❤. Q'leenalee's Kitchen -
Sambal Tempe Ikan Bilis Sambal Tempe Ikan Bilis
Hari nie kalut pergi cari tempe semata-mata nak masak resepi sambal tempe ikan bilis. Tinggal separuh jalan kerja lain. Alhamdulillah, jumpa tempe kat kedai Aceh. Lega. Resepi nie senang sangat cuma rumit sebab kena goreng asing tempe dan ikan bilis dulu. Selamat mencuba#goldenapron #bonussoya Noor Hassan -
Sambal Serai Sambal Serai
Sambal serai adalah salah satu daripada makanan etnik Dayak Bidayuh di Sarawak. Alkisahnya suami ada hobi membeli serai. Serai banyak dah tak tau nak buat apa, so kita buat sambal kampung halamanku ini. Makan dengan nasi panas, confirm bertambah-tambah. Verla -
Sambal Ketuk Sambal Ketuk
#goldenapron2020#myfirstcooksnap#cooksnaphuntPagi2 lagi dah lapar. Nak kena alas perut sikit sementara nak siapkan lauk untuk makan tengahari. Jadinya saya buatlah sambal ketuk ni dulu. Makan dengan nasi panas2 dan telur matapun on je... Terima kasihlah kepada tuanpunya resepi sambal ketuk ni che puan Jemilah Tukimin kita. Tapi saya tambah sikit cili apinya. Sebab kami semua memang suka pedas. 😁 Hamidah binti Mokhtar -
Nasi Goreng Cili Kering Nasi Goreng Cili Kering
#phopxcookpad2020#goldenapron2020#cookpadmalaysiatask1#phopbylinimohdMemenuhi tuntutan task 1 untuk phopxcookpad2020. Berkali-kali goreng nasi. Berkali-kali juga shoot gambar. Lagi bnyk gambar yang dishoot lagi pening jadinya nak pilih gambar 🤭.Ok, berbalik kepada resepi, nasi goreng cili kering ni menggunakan resepi yang sangat mudah dan senang untuk dimasak.Sangat sesuai disediakan untuk juadah sarapan pagi. Jom tengok resepi. Norashikin Rahmat -
Sambal terung ikan bilis Sambal terung ikan bilis
Tinggal sayur terung je untuk hari ini...maka kita jenjalan la di cp..Ok cuba resipi ni dari @dapurummi_2010 0h Hana !! -
Sambal Tempe, Kentang dan Bilis Sambal Tempe, Kentang dan Bilis
#CookEveryPart3Sambal tempe, kentang dan bilis ni ada 3 rasa iatu pedas-pedas, masam-masam dan manis-manis..Untuk membuat sambal biasanya kita gunakan air asam jawa. Tapi untuk kali ni, saya gantikan air asam jawa dengan sos tomato. Kerana sos tomato mempunyai rasa yang masam. Malah lebih sedap rasanya. Memang sesuai untuk digantikan dengan air asam jawa. Sos tomato adalah gantian yang terbaik untuk asam jawa. Sama je macam kita guna air asam jawa tu. Terimalah bahan daku seadanya. Kita yang buat dia kan...Sambal tempe ni sedap dimakan bersama nasi dan ikan masin. Ia juga sesuai untuk disimpan pada jangka masa yang lama. Kerana sambal ini kering. Saya gunakan sedikit cuka untuk jadikan sambal kering. Noor Atika Mahamood
Komen