Asam Pedas Ikan Bawal

#goldenapron
#week18
#saturesepisatupohon
Ini cara saya masak lauk asam pedas.
Saya letak halba sebab ianya menaikkan bau asam pedas saya.
Saya gunakan 2 jenis cili kering. Yang kerinting berkedut tu pedas. Saya letak sikit sebab takmau kuah terlalu pedas, nanti anak-anak tak mahu makan pulak. Manakala yang cili kering licin lebar tu cili kering india. Tak pedas tapi warna merah.
Jadi untuk dapatkan asam pedas yang merah tapi tak berapa pedas, saya campur kedua-dua jenis cili ni.
Biasanye saya suka masak sehari awal sebab asam pedas ni makin kita kerap panaskan makin sedap kuahnya. Mungkin berbeza dari cara orang lain, sebab tu saya kata ni cara saya. Selamat mencuba! ❤️
Cara Memasak
- 1
Kisar bahan bertanda * sehingga hancur.
Panaskan minyak dan masukkan halba dan goreng seketika. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis seketika.
- 2
Cili kering dipotong dan dimasukkan dalam semangkuk air dan dipanaskan dalam microwave selama 2-3 minit.
Kemudian dibilas, ditapis dan dikisar dengan sedikit minyak masak supaya biji cili senang hancur.
- 3
Campurkan cili yang dikisar ke bahan yang ditumis tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
- 4
Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan air asam jawa sedikit. Masukkan ikan dan ratakan kuah ke seluruh ikan.
- 5
Tutup periuk seketika. Tujuannye ialah untuk 'mesra'kan ikan dan kuah.
Setelah ikan dah hampir masak, masukkan selebih air asam jawa, tambah air ikut kesukaan sendiri samada nak pekat atau cair kuahnya.
- 6
Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang dihiris halus.
Perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya rasa tak cukup masam, boleh tambah asam keping. Siap.
Nota : Kurangkan mengacau kuah setelah dimasukkan ikan sebab takut nanti ikan hancur.
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
🦐Kari Udang 🦐Kari Udang
#KariUdang #GoldenApron2020Ada 3jenis cili kering,mamy guna yang tak pedas & kurang pedas,Kalau guna cili kering yg besar tu memang anak2 dapat makan kuahnya sebab tak pedas...jangan guna yg kerinting jawab nya anak tak leh makan..Kerinting power pedas nya,🥵#cookpadMY#mamykitchen89 mamy_kitchen89 -
Asam Pedas Dulu-Dulu Asam Pedas Dulu-Dulu
#goldenapron2020Ni resipi bidan terjun namanya sebab tak cukup bahan utama untuk buat asam pedas. Tapi ni la resipi kegemaran masa dulu-dulu. Arwah tok suka masak macam ni. Mak pun selalu buat. Memang mak tak letak pun bunga kantan dan daun kesum. Teringat lagi, bila balik sekolah petang, nasi yang tengahari dah habis, Kak Lat hirup ja kuah ni dan ratah ikan sementara tunggu nasi kering. Masa baru kawin dulu, bertekak juga dengan suami sebab orang Melaka panggil ni asam rebus. LATIPAH NAWAWI -
Asam Pedas Berempah Bawal Goreng Lailer Jekfer Asam Pedas Berempah Bawal Goreng Lailer Jekfer
#jekferlailer4eva#goldenapron2020Cerita part 2 ni saya tak follow dari awal, part 1 aje hari tu layan ceritanya.. bila nampak CP up projek asam pedas ni , oh.. baru tahu yang si Lailer tengah belajar nak buat asam pedas rupanya. Mari Lailer.. jom buat asam pedas merecik ni pikat hati ibu Jekfer hihihiKita guna ikan bawal je, makanya ikan tu kita goreng dulu baru siram kuah asam pedasnya..kenapa tak masuk dalam gulai aje ek? Anak-anak I is ni pelik sikit, ikan bergulai dorang tak suka nak makan sebab ikan tu lembik.. ada jenis ikan juga yang dorang boleh makan bila dibuat gulai.. Saya dah pikat hati anak-anak Alhamdulillah.. Tapi satu je nak cakap.. Sedap asam pedasnya😋.. Tak kisah dari negeri mana datangnya.. Bahan nya apa.. Yang penting dah cuba dah rasa baru tau.. Saya memang suka nak cuba apa-apa masakan dari negeri atau daerah.. Kita kan serumpun😁 .. Done bantu Lailer hehehe Julia ALeen Aireish -
Asam pedas ikan tenggiri bersama kimchi Asam pedas ikan tenggiri bersama kimchi
#goldenapron2020#minggu28Rasa kimchi yang rangup dan masam memang sesuai dijodohkan dengan asam pedas.kali ni saya masak asam pedas ikan tenggiri pula. Lily Suryani Mohd Ali -
Asam pedas ikan terubuk masin Asam pedas ikan terubuk masin
#semangatmerdeka #fusionantaranegeriSaya penggemar asam pedas melaka. Tapi bila guna ikan terubuk masin dari sarawak ni sedap nye bertambah-tambah makan. Untuk elakkan ikan hancur ketika masak asam pedas, kita goreng terlebih dahulu ikan terubuk masin di atas kuali. Masukkan ikan terubuk akhir sekali selepas bendi masak. Azyyati Zakaria -
Asam Pedas Ikan Bawal Asam Pedas Ikan Bawal
Ikan bawal yg suami saya beli dia minta saya masak asam pedas simple2 je.. janji sedap.. Memang favourite saya bawal masak asam pedas..campur pulak dengan bendi..tak payah laku lain dah.. Nor Al Fatihah -
Asam Tak Pedas Paling Special Asam Tak Pedas Paling Special
Asam pedas memang sedap tapi kasihan anak-anak tidak dapat menikmati kesedapannya. Anak sulung saya yang 8 tahun itu, boleh makan asam pedas neneknya di Johor, tapi dia ambil sedikit saja kuahnya kerana pedas.Asam Tak Pedas Paling Special ini pula, rasa asam pedas dari cili kering, asam keping, kunyit, daun kesum dan bunga kantan itu tetap ada, dan tetap sedap, tetapi ianya tidak terlalu pedas. Anak yang baru 2 tahun pun boleh menikmatinya, siap hirup kuahnya lagi.#phopxcookpad2020 Fariza Halim -
Asam Pedas Ikan Senangin Asam Pedas Ikan Senangin
Salam ceria salam bahagia😊. Hari ini hakak bagi resepi asam pedas style mamaell.. ringkas dan senang dimasak. Selamat mencuba ye. Ell Sakimin -
Asam Pedas Ikan Baung (Ikan Darat) Asam Pedas Ikan Baung (Ikan Darat)
#jekferlailer4eva #goldenapron2020 Tak boleh move on lagi ngan asam pedas.. hihihi. Kali ni Aznie buat asam pedas ikan baung pulak. Kat rumah Aznie ni memang sentiasa ada ikan sungai, sebab anak-anak suka makan. Hari ni suka sangat bila hubby cakap bila masa pulak pandai buat asam pedas ni, Abang suka. Yang udang semalam pun sama. Laju je cakap esok ingat nak buat lagi. Jadi tak ada la guna santan je kan. Kesihatan kena jaga.. Fuhhhh ayat tu, sebenarnya hubby tak tau bininya lagi sahut cabaran cookpad tuk bantu Lailerrr masak asam pedas. hahahaha.. Rasa nak tulis surat kat Lailerr meh la cuba resepi hakak. Hakak dah pandai buat asam pedas tau😂😂. Mesti boleh punya Lailerrr oiiiii. Cuba buat asam pedas ikan baung tu untuk mak Jekferr. Biasa la orang kampung mesti suka makan ikan sungai kan. Mesti mak Jekferr tak percaya orang bandar pun pandai makan ikan sungai.. ehhh .. ehh Aznie Khasri -
Asam Pedas Ayam Asam Pedas Ayam
"Mama, masak la asam pedas ayam. Masa pergi Melaka hari tu, kita tak order pun" Tetiba Aisyah bersuara. Aisyah memang suka sangat makan asam pedas. Kalau masak asam pedas, memang makan bertambah-tambah. Saya tak pernah masak lagi asam pedas ayam. Kira first time juga la. Saya pun gogel internet cari resepi. Bila dah jumpa resepi, saya olah sikit mengikut citarasa sendiri. Masa tengah masak, bau harum sangat sampai anak-anak kerumun tempat memasak sebab tak sabar nak makan. Masa makan, tengok semua berebut makan dan bertambah-tambah termasuk encik suami. Suka sangat bila tengok suasana ketika itu. Siapa yang tak pernah masak, boleh la cuba sebab sedap dan senang sangat😍 #phopbylinimohd #batch19 #goldenapron Noor Hassan -
Asam Pedas Kepala Ikan Asam Pedas Kepala Ikan
#jekferlailer4eva#episod2Untuk tema Kampung People 2, saya telah #cooksnap Asam Pedas Kepala Ikan daripada cookpaders Zleq Kha. Resepi ini sangat mudah walaupun gunakan bahan yang sedikit, tapi sangat menyelerakan kalau makan dengan nasi putih.Selalunya saya guna kepala ikan salmon atau ikan merah. Oleh sebab kesukaran nak merentas daerah terhalang dek covid yang tiada tanda turun kes di Sabah ni. Terpaksalah saya guna Ikan Kerapu. Kebetulan di pasar ada saiz yang besar siap potong.Selamat mencuba. 😎 #goldenapron2020 Mizzanem -
Asam Pedas Kari Ikan Merah Asam Pedas Kari Ikan Merah
Terasa macam lama tak masak asam pedas. Sejak cuti PKP kerap juga buat asam pedas. Kali ni cuba masak asam pedas ikan merah. Tapi terlupa beli daun kesum? Tak apa, kita boleh letak daun kari. Tambah juga halba dan jintan manis sedikit bagi tambah selera.#goldenapron2020 Mizzanem
Komen