PELBAGAI MASAKAN MEE : Mihun goreng tomyam

mommyLyen
mommyLyen @cook_20175826
Kongsi

Ramuan

  1. 1bungkus Mihun (yang telah di celur separuh lembut)
  2. 2ketul dada ayam (di potong dadu)
  3. 1biji bawang besar
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 2inci halia
  6. 1 batangserai
  7. 2 sudu makanpes tomyam
  8. 1 batanglobak merah (y telah di hiris halus)
  9. 1mangkuk kobis (di hiris halus)
  10. 2 sudu makansos ikan
  11. Cili padi (nk lebih pedas boleh lebihkan cili)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan. Kisar kasar semua bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi.

  2. 2

    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

  3. 3

    Kemudian masukkan pes tomyam dan kacau sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Setelah itu masukkan dada ayam dan kacau sebati.

  5. 5

    Masukkan pula sos ikan dan kacau,sebati hingga isi ayam masak. Sekiranya terlalu pekat masukkan sedikit air.

  6. 6

    Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.. sesuaikan rasa. Setelah rasa dah ok masukkan lobak dan kacau sebati.

  7. 7

    Akhir sekali masukkan mihun dan kobis..kacau,sehingga sebati dan sayur masak. Boleh tambah sedikit air sekira nya agak kering ini bertujuan untuk melembutkan mihun.

  8. 8

    Setelah siap boleh la dihidang bersama cili potong.. SELAMAT MENCUBA🤣

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
mommyLyen
mommyLyen @cook_20175826
pada

Komen

Resipi Sepertinya