Pretzel

Dalam keadaan pkp sebegini, scroll saja newsfeed dalam Facebook dari atas hingga ke bawah semua gambar makanan. Ramai juga berjinak-jinak buat donut. Yang mana tak pernah buat donut pun rajin mencuba. Alhamdullillah berkat kerajinan dan usaha teman-teman semua untuk mencuba, secara tak sengaja dapat menghasilkan kuih kuih atau jualan sendiri di rumah. Seronokkan bila melihat juadah hasil dari air tangan sendiri?
Okay!! jemu tak buat donut yang berbentuk bulat? Tak salah kalau kita olah donut tu menjadi pretzel. Cuma perbezaannya hanya cara masak. Pretzel biasanya dibakar. Teksturnya pula sedikit liat tapi sedap.
Disini saya buat dua kaedah iaitu menggoreng dan bakar. Yang bakar sudah tentu rasanya sedap dan liat seperti Makcik Annne 😂. Yang digoreng pula tekstur seperti donut. Lembut dan gebu.
Kalau you all suka, boleh saja sediakan topping seperti butterscotch, chocolate atau apa saja yang anda suka. Saya lebih suka plain atau yang disalut gula halus di campur dengan serbuk kayu manis. Hmmmm sedapnya.
Ramadhan pun sudah tinggal berapa hari saja, bolehlah you all semua cuba buat pretzel ala Gyna. Ingat pretzel, ingat Gyna tau!!
Dah la tu bebelnya. Selamat mencuba
Pretzel
Dalam keadaan pkp sebegini, scroll saja newsfeed dalam Facebook dari atas hingga ke bawah semua gambar makanan. Ramai juga berjinak-jinak buat donut. Yang mana tak pernah buat donut pun rajin mencuba. Alhamdullillah berkat kerajinan dan usaha teman-teman semua untuk mencuba, secara tak sengaja dapat menghasilkan kuih kuih atau jualan sendiri di rumah. Seronokkan bila melihat juadah hasil dari air tangan sendiri?
Okay!! jemu tak buat donut yang berbentuk bulat? Tak salah kalau kita olah donut tu menjadi pretzel. Cuma perbezaannya hanya cara masak. Pretzel biasanya dibakar. Teksturnya pula sedikit liat tapi sedap.
Disini saya buat dua kaedah iaitu menggoreng dan bakar. Yang bakar sudah tentu rasanya sedap dan liat seperti Makcik Annne 😂. Yang digoreng pula tekstur seperti donut. Lembut dan gebu.
Kalau you all suka, boleh saja sediakan topping seperti butterscotch, chocolate atau apa saja yang anda suka. Saya lebih suka plain atau yang disalut gula halus di campur dengan serbuk kayu manis. Hmmmm sedapnya.
Ramadhan pun sudah tinggal berapa hari saja, bolehlah you all semua cuba buat pretzel ala Gyna. Ingat pretzel, ingat Gyna tau!!
Dah la tu bebelnya. Selamat mencuba
Resipi Sepertinya
-
Bagel Bagel
Nampak seperti donut tapi rasanya liat dan padat.Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan seperti roti.Dipotong bahagian tengah,disapu jem buah bersama krim keju atau boleh juga diletak salad,kepingan salmon yang disalai dan sos yang anda gemari.Disini,saya cuba berkongsi cara yang paling mudah dan senang.Cara membuatnya adalah sama seperti membuat Donut.Yang berbeza adalah cara untuk membakar.Dari segi penyediaan kalau dibaca nampak agak rumit tapi sebenarnya kalau difahami akan menjadi senang.Penggunaan Baking paper yang saya potong kepada 9 bahagian itu untuk memudahkan kita untuk mengangkat Bagel masuk ke dalam pan tanpa menyentuh doh.Bila doh sudah mengembang,kalau tersentuh pasti bentuknya rosak.Bagel yang sudah dimasak boleh disimpan didalam bekas yang bertutup.Untuk tahan lama, boleh disimpan didalam peti sejuk.Cara untuk memanaskan adalah seperti potong bahagian tengah Bagel kepada 2.(seperti memotong roti bun untuk burger).Dipanaskan didalam microwave dengan cara bain-marie iaitu meletakkan sebiji cawan yang berisi air(1/2 cawan).Cara ini membuatkan Bagel lembut dan lembab.Kemudian dibakar didalam toaster.Untuk pertanyaan sekiranya anda tidak faham,sangat saya alu-alukan.Selamat Mencuba ☺️ Gyna Elenna -
Donut Cookpad Donut Cookpad
Sempena meraikan sambutan ulangtahun cookpad yang pertama kali, saya bercadang untuk membuat sesuatu tak pernah saya lakukan sebelum ini.Nak buat donut, semua orang boleh buat kan? Tapi nak buat topping donut berlogokan Cookpad, itu yang menjadi persoalannya.Lebih manis lagi, saya buat donut ini dengan menggunakan resepi dari cookpaders Gyna Elenna. Donutnya yang gebu sangat menarik perhatian saya. Tak sabar nak buat, kerana anak-anak memang suka makan donut yang gebu ni.Berjaya ke tidak saya buat donut dengan logo cookpad di atas donut saya? Jom kita tengok!#selangor#goldenticket#cookpadmy1stbday Mardiana Jaafar -
Pineapple Pancake Pineapple Pancake
#sarapan#goldenapron#minggukeempatbelasLama dah saya tengok tepung pancake Adabi tu dalam almari.Otak tengah berkira-kita nak buat pancake ke tidak ni?Asyik makan pancake je,kebetulan ada jem nanas baki buat tart tempoh hari.Apasalah nya kita olah jadi pancake nanaskan?Barulah ada rasa kelainan.Lagi pun esok suami ada kelas seharian.Bolehlah dia bawa bekal.Anak-anak pun pasti suka.Nampak tak otak mak-mak seperti saya ni sentiasa berfikir untuk sediakan juadah yang berlainan supaya anak-anak dan suami tak bosan dengan sajian yang sama.Rasanya tepung pancake ni boleh dipelbagaikan.Tak apa,next time saya akan buat experiment lagi dengan menggunakan tepung pancake ni.Semoga resipi ini boleh dimanfaatkan kepada semua.Bye 😘 Gyna Elenna -
Sweet Potato Buns Sweet Potato Buns
#goldenapron2020#mingguke25Gara-gara tengok movie korea yang berkisarkan tentang roti tradisional merekalah yang membuatkan saya tak puas hati. Bila tengok aksi mereka makan roti bun ni nampak sangat menyelerakan. Selagi tak cuba, selagi tu saya asyik teringat-ingat. Tapi saya tak pasti spesifik bahan-bahannya. Tapi saya cipta sendiri resipi ini dan hasilnya pun sudah memuaskan hati.Sebenarnya, apa jua makanan yang kita masak itu adalah bergantung pada diri kita. Kalau buat penuh dengan kasih sayang, insyallah akan menjadi sedap. Yang penting Jangan sesekali putus asa bila masakan kita tidak menjadi. Cuba dan cuba lagi sehingga puas hati. Ecehhhhh😊 Gyna Elenna -
Donut Donut
#goldenapronKalau bercerita pasal donut,mesti ramai pokpek pokpek “donut si polan lembut!eh donut si polan tu pula keras macam batu ada pula donutnya berkedut!”Sebenarnya banyak jenis donut.Ada yang suka donut kampung(donut padat) dan ada juga yang suka donut lembut dan gebu seperti donut “epal besar”.Saya pula suka donut yang padat,lembut walaupun sudah sejuk tetapi tidak berminyak.Dalam resipi saya,saya menggunakan japanese bread flour.Harga tepung ini agak mahal dan hanya boleh di dapati di kedai Bakery.Kelembutan itu terhasil juga dari cara kita menguli.Lagi lama anda menguli,lagi lembut hasilnya.Saya menggunakan mesin(Kitchen Aid) hanya untuk sebatikan adunan sahaja.Selebihnya saya menguli dengan tangan lebih kurang 40minit sehingga lembut,licin dan elastik.Lama bukan?jadi jangan cari pasal dengan saya,sekali saya swinggggg pasti anda menjadi donut.Bagi pendapat saya,tepung jenis ini (japanese bread flour)tidak boleh menggunakan banyak air.Tidak sama seperti tepung roti biasa.Tekstur selepas diuli juga tidak sama seperti tepung roti biasa.Untuk elakkan bentuk donut berkedut selepas mengembang,saya menggunakan kertas baking untuk mengalas donut.Cara ini memudahkan kita untuk menggoreng donut tanpa merosakkan bentuknya.Ketika menggoreng donut pula,Jangan terbalikkan berulang kali! Ia akan menyebabkan minyak meresap.Goreng hingga keperangan baru terbalikkan.Simpan donut yang sudah digoreng didalam bekas tertutup untuk mengelakkan donut menjadi keras. Gyna Elenna -
Donut/Bomboloni Donut/Bomboloni
Jalan-jalan sebab nak cari tempat-tempat yang cantik untuk #cookpadmalaysiatask4 #phopbylinimohd #phopxcookpad2020#streetfood#newbie#goldenapron2020task4 street photography. Penat berjalan ingatkan nak cari sesuatu untuk dimakan. Teringat kat satu kedai yang lama dulu yang ada jual pelbagai kuih-muih. Sedap-sedap kuih-muih kat situ tetapi yang saya paling suka kuih donut makcik tu sebab donut nya lembut dan gebu. Tapi sayang nya kedai tu dah takde lagi. Beli air kelapa je untuk menghilangkan haus. Balik ke rumah , rehat sekejap terus uli donut. Alhamdulillah menjadi. Dapur Yusfarisyia -
Donut Gebu Mudah Perisa Pandan Donut Gebu Mudah Perisa Pandan
#goldenapronSaya suka sangat resepi donut ini. Sebab bahannya standard dan resepi ringkas tapi donut masih boleh naik gebu dan montok. Cubalah. Hanya perlu uli sikit dengan tangan tanpa guna breadmaker pun. (Minggu 6) Baiti Si Otakhijau -
Donut Red Velvet (Water Roux) Donut Red Velvet (Water Roux)
Resipi Apa Pernah Trending Atau Viral?#ResipiViralAdik ipar telefon bagitau yang dia nak datang ambik mak dia (mak mertua saya) sebab nak bawa mak ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Dia juga bagitau yang anak dia nanti dia tinggalkan kat rumah saya sebab dia tak nak bawa anak dia ikut ke klinik. Hmm.. rumah saya ni nemang sunyi sepi kalau anak dan suami pergi bekerja. Anak saudara saya tu sejenis yang payah nak makan. Saya terfikir nak buat donut red velvet yang menggunakan water roux untuk dia sebab dia memang suka makan donut. Tapi dia tak pernah makan donut red velvet. Mula-mula dia terkejut la juga tengok donut warna merah tu. Dia tersenyum apabila tengok donut tu diikat tergantung pada buaian comel yang saya beli daripada @acik_dapo suatu masa dahulu. Sambil makan tangan dia asyik menyentuh donut-donut yang bergantung tu. Saya bagi pada dia untuk dibawa balik ke rumah nya. ❤️😊 Dapur Yusfarisyia -
Blueberry Scones Blueberry Scones
#sekones#goldenapron2020Setiap minggu memang saya buat scones untuk dijadikan sarapan atau hidangan minum petang. Bila tengok MinSha update tema bonus kali ini terus bersemangat nak buat scones. Dulu pernah saya kongsikan resipi basic scones. Tapi kali ini saya kongsikan resipi yang menggunakan bahan yang lain. Biasanya saya tidak menggunakan telur dalam adunan. Kalau nak tambah telur, kurangkan sukatan pada bahan cecair.Selain itu, you all boleh tukar buah blueberry kepada kismis atau apa-apa sahaja yang you all suka. Ataupun you all nak kosong pun boleh. Tidak menjadi masalah.Tips untuk mendapatkan scones yang lembut adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti & SEJUK. Butter & susu juga perlu disejukkan. Tepung dan garfu pun saya simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan. Cuaca kita di sini panas, jadi butter cepat mencair apabila diramas. Bila tepung sudah dicampur dengan cecair, adunan akan jadi sedikit lembik. Jangan sesekali tambah tepung. Simpan di dalam peti sejuk dahulu sebelum dibentuk. Jika bahan cecair kurang, ini akan menghasilkan scones yang keras bila sudah sejuk. Selain itu, jangan sesekali uli adunan atau doh. Nanti scones tidak naik dengan cantik. Tekstur juga akan bertukar menjadi padat. Tidak perlu gunakan mesin. Gunakan sahaja garfu untuk sebatikan adunan.Selamat Mencuba. Gyna Elenna -
Kek Marble Air Fryer Kek Marble Air Fryer
Untuk sesiapa yang tak ada oven, air fryer adalah pelaburan terbaik. Sesuai untuk yang suka memasak dalam skala kecil, seperti makan-makan untuk keluarga.Selain daripada bakar ayam, boleh juga bakar kek dan kuih-muih. Nihadriz Niha -
🍁 Beignet🇫🇷 🍁 Beignet🇫🇷
Sejenis cucur yang berasal dari Perancis. Adunan yang sama seperti membuat donat biasa cuma ia berbentuk bantal. Master Jamal -
Nutella Bombolene 🇮🇹🍩 Nutella Bombolene 🇮🇹🍩
Origin : Italy, bombolene / bombolini , makanan ringan seperti donut, donut yang mempunyai isi.Kita cuba buat Nutella Bombolini. Sumber : Mingguan Wanita online. Nurul Kefftya
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)