Donut/Bomboloni

Jalan-jalan sebab nak cari tempat-tempat yang cantik untuk #cookpadmalaysiatask4 #phopbylinimohd #phopxcookpad2020
#streetfood
#newbie
#goldenapron2020
task4 street photography. Penat berjalan ingatkan nak cari sesuatu untuk dimakan. Teringat kat satu kedai yang lama dulu yang ada jual pelbagai kuih-muih. Sedap-sedap kuih-muih kat situ tetapi yang saya paling suka kuih donut makcik tu sebab donut nya lembut dan gebu. Tapi sayang nya kedai tu dah takde lagi. Beli air kelapa je untuk menghilangkan haus. Balik ke rumah , rehat sekejap terus uli donut. Alhamdulillah menjadi.
Donut/Bomboloni
Jalan-jalan sebab nak cari tempat-tempat yang cantik untuk #cookpadmalaysiatask4 #phopbylinimohd #phopxcookpad2020
#streetfood
#newbie
#goldenapron2020
task4 street photography. Penat berjalan ingatkan nak cari sesuatu untuk dimakan. Teringat kat satu kedai yang lama dulu yang ada jual pelbagai kuih-muih. Sedap-sedap kuih-muih kat situ tetapi yang saya paling suka kuih donut makcik tu sebab donut nya lembut dan gebu. Tapi sayang nya kedai tu dah takde lagi. Beli air kelapa je untuk menghilangkan haus. Balik ke rumah , rehat sekejap terus uli donut. Alhamdulillah menjadi.
Cara Memasak
- 1
Campur kesemua bahan. Uli guna tangan 20-25 minit. Kalau guna mixer 10 minit. Uli hingga elastik. Saya uli tangan je. Lenguh la juga tangan tu 🤭.
- 2
Rehatkan doh selama 30 minit. Tumbuk buang angin. Timbang ikut suka, saya timbang 40gm. Tabur sedikit tepung pada dulang. Bentuk doh secara rounding. Biar doh naik sedikit tekan dengan telapak tangan dan tekap tengah-tengah nya dengan acuan bulat. Kalau nak buat bomboloni tekan sedikit dengan telapak tangan sahaja. Lupa pula nak snap gambar.
- 3
Biarkan adunan naik lagi. Panaskan minyak dan shortening. Guna api kecil. Goreng donut cukup sekadar terbalikkan sekali sahaja. Jangan asyik dibalik-balik.
- 4
Sejukkan donut dan boleh lah disalut dengan gula snow. Donut ni nampak sedikit kuning kerana pencahayaan waktu malam. Ye la kan sampai rumah tadi pun dah lewat.
- 5
Jika ingin hendak dibuat bomboloni, cucuk dengan straw yang saiz besar tetapi jangan sampai tembus dan paipkan nutella di dalam nya.
Resipi Sepertinya
-
Donut Red Velvet (Water Roux) Donut Red Velvet (Water Roux)
Resipi Apa Pernah Trending Atau Viral?#ResipiViralAdik ipar telefon bagitau yang dia nak datang ambik mak dia (mak mertua saya) sebab nak bawa mak ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Dia juga bagitau yang anak dia nanti dia tinggalkan kat rumah saya sebab dia tak nak bawa anak dia ikut ke klinik. Hmm.. rumah saya ni nemang sunyi sepi kalau anak dan suami pergi bekerja. Anak saudara saya tu sejenis yang payah nak makan. Saya terfikir nak buat donut red velvet yang menggunakan water roux untuk dia sebab dia memang suka makan donut. Tapi dia tak pernah makan donut red velvet. Mula-mula dia terkejut la juga tengok donut warna merah tu. Dia tersenyum apabila tengok donut tu diikat tergantung pada buaian comel yang saya beli daripada @acik_dapo suatu masa dahulu. Sambil makan tangan dia asyik menyentuh donut-donut yang bergantung tu. Saya bagi pada dia untuk dibawa balik ke rumah nya. ❤️😊 Dapur Yusfarisyia -
Bomboloni Bomboloni
Masak Apa Kongsi Rezeki? Donut biasa dan donut bomboloni memang menjadi pilihan ramai terutama nya yang remaja. Pernah viral juga suatu ketika dahulu. Selain dibuat jualan boleh juga dibuat sedekah kepada surau/masjid, sanak-saudara dan jiran tetangga. Paling digemari pada donut ialah kegebuan nya dan bahan topping/inti nya. (Ikut citarasa sendiri) Dapur Yusfarisyia -
Donut Pandan Kentang Donut Pandan Kentang
Terinspirasi dengan donut Red Velvet @hana25_7someday . Ramai jugak yang payah nak cari red velvet emulco tetapi boleh jer gantikan dengan buttermilk, serbuk koko dan sedikit pewarna merah. Kalau masih jugak takde bahan-bahan tu atau gerun nak makan atau tengok warna merah tu, boleh olahkan dengan perisa pandan. Saya tambah kentang lecek. Memang gebu-gebas donut nya. Warna hijau takde la gerun sangat nak makan kan? Hehe.. jangan jadi mak kau ijau sudah. 😂 Dapur Yusfarisyia -
Bomboloni Coklat Bomboloni Coklat
Antara roti yang sempat belajar di kelas Usahawan Berasaskan Makanan dan Minuman secara Home-base bawah pengurusan UMT di Kolej Komuniti sabtu lepas. Maisarah Mamat -
Donut Kentang Putar Donut Kentang Putar
Task 1 : Kentang putarSebenar nya gambar ni saya ambil sehari selepas saya membuat kentang putar tetapi belum ada kesempatan nak terbit resipi nya. Kentang putar masih ada sedikit lebihan di dalam peti sejuk mana kala kuah nya memang dah licin. Sayang pula kalau dibuang, kalau nak buat kuah nya pun terasa malas la pula ya lah kentang putar nya pun bukan la banyak mana pun yang tinggal. Jadi saya manfaatkan dengan mencampurkan ke dalam resipi donut saya. #mottainai Dan hasil nya memang gebu dan lembut.#photoTipsSaya menggunakan angle flatlay. Dan gambar ni diambil pada pukul 1 Dapur Yusfarisyia -
Donat Gebu Donat Gebu
Happy sangat sampai berjoget kat dapur 💃💃 sebab first time buat donat jadi gebu, ada ring & doh jadi elastik..tak putus/koyak bila di tarik. Sebelum ni saya buat keras, tak ada ring & doh tak elastik.. Saya tak berputus asa, saya belajar & terus belajar, buat research, adjust bahan tu..bahan ni, try & error lagi..saya cuba lagi..Alhamdulillah berjaya jugak & terciptalah resepi rnd saya sendiri.. Donat ni sebenarnya ada teknik uli dia nak bagi jadi gebu & teknik goreng untuk dapatkan ring dia tu.. anak2 cakap sedap & lembut macam yg jual kat kedai tu..rasa seronok sangat 😍 Nor Al Fatihah -
Donut Donut
#goldenapronKalau bercerita pasal donut,mesti ramai pokpek pokpek “donut si polan lembut!eh donut si polan tu pula keras macam batu ada pula donutnya berkedut!”Sebenarnya banyak jenis donut.Ada yang suka donut kampung(donut padat) dan ada juga yang suka donut lembut dan gebu seperti donut “epal besar”.Saya pula suka donut yang padat,lembut walaupun sudah sejuk tetapi tidak berminyak.Dalam resipi saya,saya menggunakan japanese bread flour.Harga tepung ini agak mahal dan hanya boleh di dapati di kedai Bakery.Kelembutan itu terhasil juga dari cara kita menguli.Lagi lama anda menguli,lagi lembut hasilnya.Saya menggunakan mesin(Kitchen Aid) hanya untuk sebatikan adunan sahaja.Selebihnya saya menguli dengan tangan lebih kurang 40minit sehingga lembut,licin dan elastik.Lama bukan?jadi jangan cari pasal dengan saya,sekali saya swinggggg pasti anda menjadi donut.Bagi pendapat saya,tepung jenis ini (japanese bread flour)tidak boleh menggunakan banyak air.Tidak sama seperti tepung roti biasa.Tekstur selepas diuli juga tidak sama seperti tepung roti biasa.Untuk elakkan bentuk donut berkedut selepas mengembang,saya menggunakan kertas baking untuk mengalas donut.Cara ini memudahkan kita untuk menggoreng donut tanpa merosakkan bentuknya.Ketika menggoreng donut pula,Jangan terbalikkan berulang kali! Ia akan menyebabkan minyak meresap.Goreng hingga keperangan baru terbalikkan.Simpan donut yang sudah digoreng didalam bekas tertutup untuk mengelakkan donut menjadi keras. Gyna Elenna -
Bombolini With Chocolate Flavour Bombolini With Chocolate Flavour
#goldenapron#1post1hopeLevel 3Bombolini atau donut Italy merupakan donut yang dipelbagaikan intinya mengikut citarasa masing-masing. Donut yang tanpa lubang dan digoreng sehingga menampakkan ring di tengah amat popular sebagai makanan ringan atau pencuci mulut. Nak cuba? Jom tgk resipi mudah di bawah. Doh disediakan dengan menggunakan mixer. Cempaka Putih -
Roti Golok Roti Golok
Resipi Apa Pernah Trending Atau Viral?Salah satu resipi roti yang pernah viral suatu masa dahulu. Kalau di tempat saya memang takde kedai-kedai roti yang jual roti ni. Saya memang cukup suka makan roti golok ni. Kalau makan memang tak ingat dunia dah 😂Cooksnap daripada @cook_27123048 Terima kasih inspirasi nya ❤️🌹#ResipiViral Dapur Yusfarisyia -
Donut Gebu Donut Gebu
#cooksnap daripada @Mrs_Watermelon85 untuk sedekah di rumah adik ipar sabtu lalu. Saya guna BM je untuk menguli doh sebab tangan kanan masih lagi rasa sakit. Terima kasih atas inspirasi nya. ❤️😘 Dapur Yusfarisyia -
Donut Ubi Keledek Ungu Donut Ubi Keledek Ungu
Masak Apa Purple?Nak dijadikan cerita, tengah goreng donut tiba-tiba blackout. Aduhhh! Nak buat macam mana kan? Semangat tu kena ada, kena teruskan juga demi CP 😂. Ingatkan nak goreng separuh dan bakar separuh doh tetapi disebabkan bekalan letrik terputus gara-gara kilat dan hujan lebat hasrat nak bakar donut dalam oven tak kesampaian. Nak salut donut dengan gula halus yang dikisar bersama serbuk ubi keledek juga tak kesampaian kerana takde letrik. Tak kan nak simpan doh dalam peti sejuk pulak, dah kelam-kabut dibuat nya dalam gelap. Jam menunjukkan hampir pukul 6:30 petang tetapi disebabkan cuaca hujan jadi gelap. Dan saya pula keseorangan di dalam rumah. Panik dan takut, nasib baik ada dua ekor si bulus saya menemani saya di dapur. Jam 7:27 malam baru boleh menarik nafas lega sebab bekalan letrik dah ada, syukur alhamdulillah. Dapur Yusfarisyia -
Donut Gebu Donut Gebu
#GGB_Cookpad#goldenapron2020Buat donut ni uli tangan ja. Alhamdulillah gebu jugak. Kalau uli guna breadmaker mesti lagi gebu kann... 😁Donut ni buat bila-bila masa pun ok ja sebab anak-anak saaangat suka. Tu yang ummi gigih menguli tu 🤗. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)