Daging Perap Toktan

Rafiah Roslant
Rafiah Roslant @cook_21702233

Resepi ini mudah. Campur semua, perap dan goreng. Tapi macam biasa lauk daging sesuai kalau guna daging batang pinang sahaja. Jika tak ada (ada daging murah aje), kena ubah resepi iaitu setelah habis perapan, hendaklah dipresurrizedkan 16minit baru masuk kuali untuk keringkan kuahnya

Daging Perap Toktan

6 orang bercadang membuatnya

Resepi ini mudah. Campur semua, perap dan goreng. Tapi macam biasa lauk daging sesuai kalau guna daging batang pinang sahaja. Jika tak ada (ada daging murah aje), kena ubah resepi iaitu setelah habis perapan, hendaklah dipresurrizedkan 16minit baru masuk kuali untuk keringkan kuahnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang makan
  1. 500 gdaging batang pinang (dihiris nipisss)
  2. Bahan Kisar
  3. 1biji bawang besar holland
  4. 1biji bawang putih
  5. 1 1/2” halia
  6. Bahan Perapan
  7. 3sudu besar sos tomato
  8. 1/3 botolkicap manis
  9. 1 1/2” sudu besar madu
  10. 1sudu besar gula
  11. 1/2 sudu tehgaram
  12. 2 sudu tehlada hitam
  13. 1 sudu tehlada putih
  14. 1/2 sudu tehserbuk kunyit
  15. 1/2 sudu tehjintan manis
  16. 1/2 sudu tehjintan putih
  17. Secubit ajinomoto
  18. Bahan Tambahan
  19. 1 1/2sudu besar cili giling / boh
  20. Bahan Topping
  21. 3biji kentang
  22. 2cili besar hijau
  23. 1/2bawang besar holland
  24. Saya tambah sendiri cili benggali (bell pepper/capsicum) sebiji

Cara Memasak

  1. 1

    Daging dicuci dengan tepung gandum, garam dan air. Bersihkan dengan air bersih dan keringkan dengan tisu dapur.

  2. 2

    Campurkan daging dengan kesemua Bahan Kisar dan Bahan Perapan di dalam satu bekas besar. Bahan topping dipotong ikut mood anda. Penyediaan kentang boleh dirujuk dibawah.

  3. 3

    Kentang dihiris setebal 0.7cm. Sediakan minyak untuk menggoreng dalam. Api sederhana. Masukkan sekeping demi sekeping. Tunggu 10 minit. Jika kentang kelihatan masak, besarkan api hingga kelilingnya kelihatan gelap dan hangus. Tutup api. Langkah ini adalah untuk mengelakkan kentang hancur apabila dimasak daging nanti.

  4. 4

    Untuk Final Meal, sediakan minyak 3sudu besar. Setelah panas, masukkan cili boh sehingga pecah minyak dengan api kecil sederhana besar.

  5. 5

    Masukkan semua campuran perapan tadi dan goreng sehingga daging empuk (ada dalam 40minit jugaklah). Apabila daging sudah empuk, besarkan api supaya kuah kering sedikit. Kemudian masukkan bahan topping tadi sehingga bawang lembut. Tamat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rafiah Roslant
Rafiah Roslant @cook_21702233
pada

Komen

Resipi Sepertinya