Kari Ayam untuk Anak-anak

Fariza Halim
Fariza Halim @cook_19644071

Resepi kegemaran anak-anak saya. Ini versi tidak pedas. Tiada cili digunakan kecuali yang terdapat dalam serbuk kari sahaja. Untuk yang suka pedas, kari ini sangat sesuai digandingkan dengan sambal belacan dan ulam.

#phopxcookpad2020

Kari Ayam untuk Anak-anak

Resepi kegemaran anak-anak saya. Ini versi tidak pedas. Tiada cili digunakan kecuali yang terdapat dalam serbuk kari sahaja. Untuk yang suka pedas, kari ini sangat sesuai digandingkan dengan sambal belacan dan ulam.

#phopxcookpad2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
8 orang
  1. 1ekor ayam
  2. 4sudu besar minyak masak
  3. 1biji bawang besar *
  4. 4biji bawang putih *
  5. 2inci halia *
  6. 1 batangserai *
  7. 4sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
  8. 2sudu besar rempah kari
  9. 1/2sudu besar asam jawa
  10. 8 cawansantan dari sebiji kelapa + air
  11. Daunkari
  12. Garam
  13. Kentang (optional)
  14. Tomato (optional)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Kisar bahan bertanda * (bawang besar, bawang putih, halia dan serai). Tumiskan dengan minyak dalam periuk bersama 4 sekawan sehingga naik minyak.

  2. 2

    Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Boleh sahaja gunakan rempah kari ikan atau daging sebarang jenama. Rasanya tetap sedap.

  3. 3

    Bancuh asam jawa dengan sedikit air dan masukkan juga ke dalam periuk.

  4. 4

    Masukkan ayam, santan, air dan daun kari. Reneh dengan api kecil sehingga ayam empuk. Lebih kurang 15 minit. Jangan gunakan api besar kerana ini akan menyebabkan ayam menjadi tawar dan kering, walaupun berkuah. Masukkan kentang, jika ada, reneh hingga empuk tapi tak terlalu empuk.

  5. 5

    Perasakan dengan garam secukupnya.

  6. 6

    Masukkan tomato dan segera tutup api. Sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Fariza Halim
Fariza Halim @cook_19644071
pada

Komen

Azirah Raziz
Azirah Raziz @SafiyyaUmar
Serbuk kari guna jenama apa ya yg x pedas? Terima kasih 🙂

Resipi Sepertinya