Asam Tak Pedas Paling Special

Fariza Halim
Fariza Halim @cook_19644071

Asam pedas memang sedap tapi kasihan anak-anak tidak dapat menikmati kesedapannya. Anak sulung saya yang 8 tahun itu, boleh makan asam pedas neneknya di Johor, tapi dia ambil sedikit saja kuahnya kerana pedas.

Asam Tak Pedas Paling Special ini pula, rasa asam pedas dari cili kering, asam keping, kunyit, daun kesum dan bunga kantan itu tetap ada, dan tetap sedap, tetapi ianya tidak terlalu pedas. Anak yang baru 2 tahun pun boleh menikmatinya, siap hirup kuahnya lagi.

#phopxcookpad2020

Asam Tak Pedas Paling Special

15 orang bercadang membuatnya

Asam pedas memang sedap tapi kasihan anak-anak tidak dapat menikmati kesedapannya. Anak sulung saya yang 8 tahun itu, boleh makan asam pedas neneknya di Johor, tapi dia ambil sedikit saja kuahnya kerana pedas.

Asam Tak Pedas Paling Special ini pula, rasa asam pedas dari cili kering, asam keping, kunyit, daun kesum dan bunga kantan itu tetap ada, dan tetap sedap, tetapi ianya tidak terlalu pedas. Anak yang baru 2 tahun pun boleh menikmatinya, siap hirup kuahnya lagi.

#phopxcookpad2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
8 orang
  1. 1biji bawang besar
  2. 4biji bawang putih
  3. 2inci kunyit hidup
  4. 1inci belacan
  5. 8tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
  6. 8sudu besar minyak masak
  7. 6 cawanair
  8. 8-10ketul potongan ikan pari. Boleh juga gunakan ikan lain atau ayam
  9. 2kuntum bunga kantan
  10. 1genggam daun kesum
  11. Garam secukup rasa
  12. 16biji bendi
  13. 4biji tomato dipotong 4

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, belacan dan kunyit.

  2. 2

    Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.

  3. 3

    Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum. Didihkan lagi.

  4. 4

    Perasakan dengan garam secukup rasa.

  5. 5

    Masukkan bendi. Kalau nak potong bendi, potong sejurus sebelum dimasukkan. Jangan potong awal supaya ia tidak terlalu berlendir.

  6. 6

    Tutup api, dan masukkan tomato. Siap untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fariza Halim
Fariza Halim @cook_19644071
pada

Komen

Resipi Sepertinya