Nasi Lemak PandanRendang Ayam

#goldenapron2020 #minggu17 #cookpadmalaysia
Keteringinan bermula rabu lepas masa tengok drama “Kebaya Kasut Kanvas”. Bila Nabila Razali Cumi2 sebut, sedapnya makan Nasi lemak dan rendang ayam 😂, automatik hakak terbayang2 dan terliur. Terus p dapur keluarkan ayam dari peti sejuk. Pastu termenung seketika. “Ehh, aku dok sorang2 kot, p masak beria2 ni siapa nak makan😅”. Tu hakak simpan semula ayam. Buka almari amik Pazzta Mushroom Penne Maggie dan masak. Hat tu 5minit je siap masak 😌. Sebab duduk sorang2 kan. Maka masak simple2 sudah 🤭. Hari ni suami balik dari outstation. Tu hakak masak juga resipi ni. Masa masak tadi, bau rendang ayam ni dan nasi lemak pandan menyucuk2 rongga hidung. Benar-benar menguji. Tak sabar tunggu suami balik dan makan sama2 🥰. Alhamdulillah. Isu teringin sejak rabu lepas berjaya diselesaikan dengan jayanya. Kikikiki 😆😬
Cara Memasak
- 1
Rendang Ayam : Bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup, lengkuas dan cili kering dikisar halus.
- 2
Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga mendidih.
- 3
Masukkan santan dan daun limau purut. Masak sehingga kuah pekat.
- 4
Masukkan daun kunyit, garam, gula dan kerisik. Gaul sebati. Masak sehingga pekat dan pecah minyak. Tutup api dan sejukkan seketika.
- 5
Nasi Lemak Pandan : Beras dibasuh bersih. Daun pandan dikisar halus dengan air. Kemudian tapis ke dalam periuk berisi beras.
- 6
Masukkan santan dan garam (sukat dengan betul campuran beras, air dan santan supaya nasi dimasak hasilnya baik)
- 7
Gaul sebati. Masak sepertimana memasak nasi biasa menggunakan periuk nasi. Setelah siap masak. Sedia untuk dihidangkan.
- 8
Cadangan hidangan : Nasi lemak pandan boleh dihidangkan bersama-sama rendang ayam, telur rebus dan hirisan timun. Selamat mencuba 😋
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Nasi Lemak Rendang Ayam Nasi Lemak Rendang Ayam
157/2021/RoadTo1k/842Sebelum ni hakak pernah kongsi resipi nasi lemak rendang sebegini juga. Tapi nasi tu nasi lemak pandan (warna hijau dan ada ekstrak air daun pandan kisar ). Rendang yang dimasak pula adalah 100% from the scratch..Namun untuk resipi kali ni, hakak hanya masak nasi lemak biasa sahaja dan kaedah memasak rendang pun hakak guna bahan asas rendang dan ditambah serbuk rendang segera. Jadi hasil kuah rendang jauh lebih pekat dan sedap 😋.Nasi Lemak Rendang Ayam ni dimasak buat kali ke2 ni gara-gara drama yang sama juga iaitu drama "Kebaya Kasut Kanvas". Harap hakak tak tengok drama tu untuk kali ke3 dan mengulangi sejarah yang sama lagik 😂😂😂 Salina Jalaludin -
Rendang Daging Sambal Tumis Rendang Daging Sambal Tumis
Rendang daging ini dimasak untuk contest Sambal Tumis Maggi. Kebetulan pula ada kenduri kesyukuran. Elok sangat lah tu, masak rendang daging & ketupat sekali. Resipi asal hakak masak daging 3kg sebab nak padankan dengan 3kg pulut yang dibuat ketupat. tapi untuk resipi ni, hakak bagi contoh masak untuk 1kg daging sahaja. Supaya mudah dibuat rujukan bagi mereka yang pertama kali belajar memasak rendang daging ni. Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Rendang Ayam Nasi Lemak Rendang Ayam
Nasi lemak ringkas bersama rendang ayam. Rasheeqa Bahida -
Nasi Lemak Pelangi Rendang Ayam Nasi Lemak Pelangi Rendang Ayam
Sy berniaga dr rumah jd sy selalu mencari kelainan... Bila kdg2 tu otak ni terlebih idea jd keluar lah idea nak buat Nasi Lemak Pelangi Rendang Ayam.. Rendang ikut selera masing2 nak buat mcm mana. Yg penting nasi Lemak Pelangi. 😁😁#dudukrumah #resipiramadhan #nasilemak #goldenapron Zue ZM -
Rendang Daging & Pulut Kuning Rendang Daging & Pulut Kuning
Tekak jemu makan nasi hari2..teringin nak makan pulut kuning dengan rendang. Daging yg mak saya beri masa saya balik kampung hari tu ada lagi..jadi saya buat rendang daging saja..lagipun dah lama sangat tak buat rendang daging..selalunya buat rendang ayam je.. Alhamdulillah..berselera anak2 & suami makan.. Nor Al Fatihah -
Nasi Lemak Sambal Kerang For 1 (5in1 Semuanya dalam Air Fryer) Nasi Lemak Sambal Kerang For 1 (5in1 Semuanya dalam Air Fryer)
Nasi Lemak untuk sorang dan malas nak menggoreng menumis, atau menanak nasi dalam periuk atau mengukus? Masak nasi, bilis, kacang tanah, telur dan sambal segera lump sum sekaligus semua masuk air fryer. Pastu hiris ajelah timun sebagai pelengkap.Sambal kerang segera Adabi tu boleh lah ditukar kepada pelbagai sambal segera lain seperti sardin, rendang, sambal bilis, kari kambing dan macam2 lagi lah..bujang2 boleh la suruh mak kat kampung kirim sambal nasi lemak power keluarga masing2 banyak2 lepas ni ye. Frozen aje.Dah lama nak share cara masak macam ni, tapi selalunya tak berseorangan pun. Kebetulan harini menjadi edisi nak makan tengahari memandangkan makan sorang2 kat rumah. Anak2 balik sekolah lewat petang dan Pok Chan busy tak balik makan. Sesimple Loralin -
Rendang Daging Rendang Daging
196/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1590 #pejuang2kresipiRendang ni hakak masak 2-3minggu lepas rasanya. Masa birthday anak sedara & juga majlis khatam Quran. Hakak buat rendang & mak buat pulut kuning..Bila hakak scroll balik resipi Cookpad hakak, idak ada kome oii resipi rendang daging. Tatau pasai apa hakak tak upload 😅. Tu kali ni masak kita upload untuk kenang-kenangan & sebagai tanda telah dimasak. Resipi ni inspirasi daripada @nur_shazrina 🥰. Terima kasih untuk resipinya ❤️ Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Rendang Ayam (Sempena Ultah) Nasi Lemak Rendang Ayam (Sempena Ultah)
014/Mac2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2174 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 1 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Nasi Lemak ni hakak masak pada 5 Feb 2025 yang lalu sempena ulang tahun kelahiran hakak ke 40. Hakak masak bagi kawan2 cikgu yang sama2 jaga exam SPM. Kebetulan pun hari akhir exam. Jadi kita wrap semua sekali dengan sedikit makan2. Alhamdulillah rata2 cakap sedap 🤭. Allah bagi sedap. Hakak hanya mampu masak seadanya je..Btw ni hakak share masak untuk 6-7orang. Hakak masak 2kali nasi sebenarnya untuk sesi pagi dan petang. Supaya semua orang yang dapat Nasi Lemak tu dalam keadaan baru dan panas..5hb tu juga ayah start sakit. Jadi memang kita mampu masak je. Upload tu nanti2 lah. Jadi dah kriteria Cookpad Magic Cart menepati bahan yang ada. Jadi hakak pilih upload resipi ini sebagai merasmikan Cookpad Apron 2025 ini 🥰.Cookpad Magic Cart ( Week 1) :🛒 Ayam🛒 Beras🛒 Santan🛒 Telur Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Biru (Si Bunga Telang) Nasi Lemak Biru (Si Bunga Telang)
127/2022/RoadtoWorldRecipes/1245Tah lah tiba-tiba sahaja teringin nak buat nasi lemak biru ni. Jadi pagi2 hakak dah petik bunga telang di halaman rumah. Tengahari masak nasinya. Tapi petang baru berkesempatan untuk buat ayam bakar dan masak sambal. Jadi menu yang nak dibuat makan tengahari ni dijadikan makan malam. Dari segi rasa macam nasi lemak biasa je. Cuma warna dia je biru 💙. Alhamdulillah 🥰 Salina Jalaludin -
Pulut Kuning & Rendang Ayam Pulut Kuning & Rendang Ayam
Tunaikan permintaan anak bujang..2 hari lepas dia minta saya buat pulut kuning & rendang ayam..hari ni saya baru buat.. Macam biasa kalau saya buat pulut & rendang ayam ni mesti makan dari pagi sampai ke malam..nasi sila cuti 😆 suka tengok anak2 bertambah2 makan.. Nor Al Fatihah -
Rendang Ayam Kampung Kayu Api Rendang Ayam Kampung Kayu Api
053/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2213 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 12 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Kalau kisah lemang sebelum ni pun dah gigih. Hat rendang ni 1000kali gigih rasanya 😆. Hakak masak guna kayu api. Then buat live di TikTok. Ajer aneh2 🤭Prep barang ambil masa dalam sejam lebih macam tu. Masak dalam masa 2jam gitu. Hakak masak rendang ni setelah selesai masak lemang. Jadi terasa penat juga lah. Dengan nak mengemas lagi. Tapi macam hakak selalu cakap, penat yang berbaloi. Alhamdulillah rasanya rendang ni of cos sedap sebab dimasak guna kayu api 😋Cookpad Magic Cart ( Week 12) :🛒 Kerisik🛒 Lengkuas🛒 Serai Salina Jalaludin -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Menu raya yang lepas. Masa duk sediakan rendang ayam ni memang tengah demam dan sakit-sakit badan. Memang tak larat sangat rasa.Tapi gagah juga duk masak untuk suami dan anak-anak makan dipagi raya.Mana tau 5 hari lepas tu buat swab test rupa-rupanya positif C19. Bukan saya sorang, tapi kami sekeluarga 😪 Norashikin Rahmat
Komen (4)
Sedap juga ni buat sarapan pagi esok 😋