Kacang Panjang Tumis Santan

Maizatul Fadzilah
Maizatul Fadzilah @Mai_fadzilah82
Puchong Selangor

#20ramadan resepi turun menurun, menu lejen dari saya kecil sampailah tua feberet sangat. Pantang beli kacang panjang mesti nak masak menu ini 😋😋.

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Kacang Panjang Tumis Santan

10 orang bercadang membuatnya

#20ramadan resepi turun menurun, menu lejen dari saya kecil sampailah tua feberet sangat. Pantang beli kacang panjang mesti nak masak menu ini 😋😋.

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6kacang panjang
  2. 4ekor udang sederhana (udang kecil pun boleh)
  3. 3biji bawang merah (dikisar)
  4. 3biji cili merah (dikisar)
  5. 6biji cili api (dikisar)
  6. 100 mlsantan + 150 ml air
  7. 1 kepingasam keping
  8. Secubit kunyit
  9. Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Mula dengan kisarkan semua bahan dan lenyek udang.

  2. 2

    Selepas itu campurkan kesemua sekali udang dan bahan kisar. Kemudian tumis dengan minyak sedikit masak seketika masukkan kacang panjang.

  3. 3

    Seterusnya masukkan asam keping dan air sedikit masak seketika. Kemudian masukkan santan yang telah dibancuh dan secubit kunyit. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa masakkan seketika. Siap! Selamat berbuka.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Maizatul Fadzilah
Maizatul Fadzilah @Mai_fadzilah82
pada
Puchong Selangor
polite & positive.suka fikir cara memasak paling mudah.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya