Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku

Seumur hidup ini pertama kali aku masak #lontong kuah lodeh ni. Aku orang Pantai Timur memang ini bukan makanan tradisi kami. Kalau hari raya tu memang takkan jumpa la menu ni.
Selepas kawin dengan orang N9 selalu la jumpa menu ni masa hari raya. Aku boleh makan tapi tak suka sangat. Tapi demi Cookpad aku gigih google resepi dan masak. Kononnya buat tak banyak sebab dah tau anak anak tak makan. Banyak sayur kan.
Sekali lepas masak semua berebut nak makan sampai tak cukup pulak. Alahai siannya. Anak siap suruh masak lagi malam ni banyak banyak. Sedap katanya. So lepas ni boleh la melontong selalu. 😍
Cara Memasak
- 1
Kisar semua bahan kisar hingga lumat.
- 2
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau. Masukkan serai dan air. Ikut suka nak kuah banyak mana. Saya buat tak banyak untuk 3 orang makan je.
- 3
Masukkan santan kotak. Kacau dengan api perlahan hingga mendidih.
- 4
Masukkan semua sayur dan asam keping. Kacau sekejap hingga sayur semua masak.
- 5
Masukkan udang, cili merah dan soo hun yang telah di rendam hingga lembut.
- 6
Kacau sebentar. Perasakan dengan garam dan tutup api. Cara hidang : Potong 4 nasi impit dan letak dalam mangkuk, siramkan kuah lodeh atasnya. Dah siap lontong kuah lodeh. Sedap juga di makan dengan sambal ikan bilis. SELAMAT MENCUBA! 😋
- 7
Untuk nasi impit pula amik 5 peket ketupat segera NONA. Basuh bersih2 dan panaskan air dalam periuk. Masukkan peket beras itu dan tunggu hingga beras betul betul masak dan padat. Angkat dan sejukkan sebentar sebelum di potong.
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Lontong Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh
Day152/366/2020/Mei/31#goldenapron2020 #minggu6 #cookpadmalaysiaMenu ni hakak masak pada hari Raya ke3. Lepas balik beraya dari rumah MIL. Kami beraya kat rumah sendiri. Tapi beraya berdua jela 🤭 Tu gigih hakak masak lontong ni. Macam biasa masak sendiri memang puas hati. Alhamdulillah untuk rezeki ini 😊 Salina Jalaludin -
Lontong kuah lodeh Lontong kuah lodeh
#lontongNi kali pertama CheTa masak lontong tau..nak buat lontong stail orang jawa memang tak mampu sebab tiada acuan lontong tu..jadi CheTa guna nasi impit sahaja sebagai ganti..kuah lodeh dia insyaaAllah mmg kena dengan selera kami..CheTa buat sedikit sambal bilis mmg terangkat habis😋😋😋 ZuitaAisyah -
Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh Lontong
#MealPlan #1408recipe #Pejuang2KResepiMemang rasa macam nak raya dah ni. Selain dari kuah kacang, masakkan jugak Kuah Lodeh Lontong semalam. kalau Lontong memang kesukaan cik abang la. Selalu Aznie buat kuah lontong stail banjar, kali ni buat stail sayur-sayur pulak. Resepi dari @azielaamin79 , alahaiiii seyes sedap. Ikut cara dia jugak makan ngan sambal sotong. Mabelesss sangat. Boleh buat ni nanti tie hari raya. Terima kasih tau share resepi❤️ Aznie Khasri -
Lontong & Kuah Lodeh Lontong & Kuah Lodeh
#lontong#goldenapron2020#phopxcookpad2020#myfirstrecipe2020Hari Isnin tu suami cuti. Makanya ummi pun minta belikan bahan-bahan untuk buat Lontong & Kuah Lodeh. Tak sangka pula suami sanggup berbaris panjang untuk beli bahan-bahan tu. Ye lah tahu ummi nak masak menu istimewa ni.☺️Kali ni ummi masak guna Noxxa pressure cooker. Memang pantas! Jimat masa tak sampai sejam dah siap. Ummi kalau boleh nak cepat siap masak. Dapat luangkan masa bersama-sama keluarga tersayang.🥰Masak dengan penuh rasa kasih sayang kunci resipi bertambah sedap. Meh lah cuba resepi mudah ni. Fatthanah Amran -
Lontong dan Sambal Sotong Lontong dan Sambal Sotong
Bila dapat tajuk menu lontong, termenung kejap sebab dah lama tak masak lontong, kuah lodeh dan sambal. Biasanya kombinasi yang saya panggil lontong ini popular di hari lebaran. Tapi lebaran kali nie masak menu lain. Nak kena ingat semula dan asyik terlupa jea nak masak sebab kesibukan tugasan harian. Pastu tetiba teringat ku belum masak lagi. Apa lagi kalut la nak kena masak. Kali nie lontong bersama lodeh dan sambal sotong sebab sambal sotong nie feberet anak-anak. Jom cuba menu ini 😘#lontong#goldenapron2020 #minggu8 Noor Hassan -
Lontong Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh
Dulu anak-anak dan suami tak pandai atau tak berapa suka makan lontong kuah lodeh ni. Tapi sekarang diorang dah dapat menerimanya asalkan bukan di kampung belah suami..😆Uchu cooksnap kak @hanishaimi1504 dengan olahan mengikut citarasa keluarga.. Sesimple Loralin -
Lontong Mudah Dan Sedap Lontong Mudah Dan Sedap
#Lontong#goldenapron2020'Lontong' antara makanan yang sering dihidangkan dimusim perayaan. Saya suka makan lontong, tapi biasanya beli aja ataupun makan yang dihidangkan ketika berkunjung ke rumah orang lain.Ini kali pertama saya masak sendiri makanan ni. Rupanya tak lah sesukar yang saya bayangkan. Selama ni saya fikir macam renyah sangat nak membuatnya 🤭Mujur Cookpad anjurkan contest #Lontong 😉. Jadi saya berpeluang menyediakannya sendiri. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, rasanya saya akan lebih kerap memasak lontong selepas ini ☺️.Saya menggunakan resepi yang diolah daripada blog Azie Kitchen. Menurutnya ada macam2 bahan yang boleh dimasukkan kedalam kuah lontong. Apapun kita boleh ubahsuai ikut bahan-bahan yang ada didapur kita. Norashikin Rahmat -
Nasi Impit Goreng Nasi Impit Goreng
First time makan nasi impit goreng ni masa beraya rumah pakcik beberapa tahun lepas. Tak tau pun memang ada menu ni kat Johor. Mula mula memang rasa pelik sebab biasa makan dengan kuah kacang je.Tapi bila dah makan ermmm sedap pulak. Kebetulan semalam buat lontong dan ada lebih nasi impit. So kita masak la nasi impit goreng resepi ikut suka tekak sendiri. First time masak ni. Eh sedap jugak.Bagi orang Johor memang dah biasa makan menu ni. Tapi bagi saya menu ni sangat unik kerana memang tak pernah terfikir nak goreng nasi impit. Selalu bila tak habis di buang begitu saja. Sayang kan?So sekarang dah tiada pembaziran. Menu ni memang unik sangat bagi saya. Lain dari yang lain. Jom cuba! 😍#unique2u#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Lontong Kuah Lodeh Merecik Lontong Kuah Lodeh Merecik
#lontongMenu terangkat, bila masih lagi dalam mood raya dapat makan lontong macam ni nikmat sangat. Nak jadikan cerita, dulu saya tak suka makan lontong kuah lodeh ni sebab tak pernah kenal pun, maklumlah saya lebih kepada makanan tradisi orang Perak. Sejak seorang kakak tu buat dan jemput datang beraya ke rumah dia, hidang pula lontong kuah lodeh nak tak nak kenalah jamahkan hormat tuan rumah. Alhamdulillah sekali rasa terus kena dengan lidah dan selera. Semenjak dari hari tu, tiap kali raya mesti saya buat teringin nak makan. Tak hari raya tak rasa nak makan pula hihi.. mungkin nak aura raya tu agaknya.. Tapi kali ini kita raya kita di rumah sendiri sahaja. Seronok dapat makan bersama-sama dengan keluarga. Jom saya kongsikan kuah lodeh yang sangat sedap, buat meniaga pun boleh. Julia ALeen Aireish -
Lontong Kuah Lodeh Putih Lontong Kuah Lodeh Putih
#lontong #goldenapron2020Lontong selalu menjadi hidangan sarapan pagi atau dijadikan juadah istimewa pagi Syawal,kebiasaanya lontong dihidangkan dengan kuah lodeh berwarna kuning serta sambal kacang atau sambal bilis...untuk resepi kali ini akk mencuba kelainan...akk masak lodeh kuah putih resepi asal dari sahabat cookpaders Eka Zahra...tapi akk durhaka resepi kerana menambah sedikit isi kencur atau cekur Alhamdulillah bertambah mantap rasa kuahnya,akk masak lontong segera mengunakan ketupat nasi😍😘 serius nk cakap,berulang kali kami seisi keluarga makan bertambah2...memang padu lontong kuah lodeh putih...ank2 semua request buat lagi tunggu habis puasa sunat enam Syawal insya Allah akk buat lagi...Yang pasti resepi ini tidak mengecewakan mesti kawan2 mesti cuba ya...👍👍❤️ Aza Aaj -
Kuah Lodeh Kuah Lodeh
Menu yang biasa jumpa waktu raya.. Kuah Lodeh makan dengan lontong atau ketupat nasi..#SyawalMonthChallenge#RiangRiaRaya Anur Musa -
Lontong Lontong
#lontongSejak2 duduk di utara ni jarang saya masak lontong sebab kurang sambutan. Mereka xsuka pada nasi impit sampai menggelarkan nasi impit ni nasi sejuk. Tapi encik suami memang suka lontong ni. Dia request buat raya baru ni tapi saya tak buat sebab banyak sangat jenis makanan yg terhidang atas meja. Saya ni xsuka membazir. Kalau buat lontong karang hanya aku dan dia sahaja yg makan. Orang lain pandang sepi aje. Jadinya bukanlah masa untuk aku menghidangkannya sekarang. Nasib baik dia faham. Gambar lontong dan cara buat lontong memang dah sedia ada dalam directory saya sebab ramai kengkawan yg mintak resepinya. Jadi tak perlulah saya menaip semula.Saya selalu masak lontong kalau ada keramaian. Contoh bila ada kawan2 datang ke rumah. Alhamdulillah mereka terpesona dengannya. Ada yg selama ini xmakan lontong, bila dah cuba makan, rasa sedap keraplah pulak mereka request suruh masak lontong ni. Tetiba pulak Admin buat contest lontong. Sukalah saya. Mudah2an yg xmakan lontong, lepas ni boleh terima masakan ini. Kuah lodeh ni kalau dimakan dgn nasi biasapun sedap.... Nak pulak kalau ada sambal tumis atau serunding daging. Xsedar je perut dah berat. 😁 Hamidah Mokhtar
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen