Asam Pedas Salmon - head, bone & belly

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

#goldenapron2020
#minggu12 #cookpadmalaysia

Kebetulan berbelanja di Village Grocer, rezeki dapat bahagian kepala juga bone & belly ikan salmon.
Untuk part begini, mereka menjual dengan harga yang murah.

Memang saya tak lepaskan peluang la.
Selain dari cara western, ikan salmon sedap dimasak asam pedas juga.
Saya beli dan terbayang sudah difikiran ni, kesedapan menu asam pedas salmon.
Kesedapannya dengan lemak manis rasa dan aromanya.

Marilah kawan lihat dan cuba resepi ini ye👌

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 orang
  1. 1biji kepala ikan salmon dibelah dua
  2. 500 gramsalmon bone & belly (tulang & isi lembut bawah perut)
  3. 25biji cili kering
  4. 1biji bawang besar
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 1inci halia
  7. 1/2inci kunyit
  8. 1biji tomato dibelah 4
  9. 1mangkuk daun kesum
  10. 50 gramasam jawa
  11. 1 literair
  12. 1/2 cawanminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan seperti dibawah:
    -1/4 bawang dihiris nipis.
    -tomato dibelah 4.
    -bahagian salmon di cuci bersih dan toskan.

  2. 2

    Cili kering dikisar bersama bawang, bawang putih, halia, kunyit.
    Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga naik bau, masukkan bahan kisar.
    Kacau dan biarkan garing.

  3. 3

    Masukkan air asam. Perlahankan api, masukkan ikan. Tambahkan air sebanyak keperluan kuah.
    Kacau perlahan-lahan kerana isi salmon sangat lembut dan biarkan mendidih.
    Jangan dikacau selalu.

  4. 4

    Masukkan garam, serbuk perasa, daun kesum dan tomato.
    Biarkan mereneh seketika. Setelah kuah sedikit pekat, matikan api.
    Sedia dihidangkan.

    Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchenz. Selamat mencuba dan sila menjamu selera😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya