LAKSA PENANG (ASAM LAKSA)

10 orang bercadang membuatnya
Ekin Mohd Daud
Ekin Mohd Daud @cook_560419
Kuantan, Pahang

Laksa kuah asam ini berasal dari utara ceritanya. Jadi saya pun ikut sahaja nama yang diberi. Laksa berkuahkan ikan, rasanya masam, pedas dan ditambah lagi dengan ulaman segar yang amat menyelerakan. Mari kita masak ye😋

My Youtube channel: Ekin Cooks

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam
8 orang
  1. 1paket laksa
  2. 1kilo ikan kembung
  3. 10biji chilli padi
  4. 1biji bawang besar
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 2kuntum bunga kantan
  7. 1ikat kecil daun kesum
  8. Ulaman
  9. 4biji telur direbus & dibelah 2
  10. 1biji timun dihiris halus
  11. 1kuntum bunga kantan hiris halus
  12. 1/2biji nenas didadu
  13. 1biji bawang besar didadu
  14. 1biji daun salad hiris nipis
  15. 1biji lada besar dihiris halus

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Rendam laksa selama 30 minit. Rebus hingga laksa lembut. Angkat dan toskan.

  2. 2

    Bersihkan ikan dan rebus dengan sedikit garam dan asam keping. Setelah masak, asingkan ikan dari tulangnya.

  3. 3

    Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusannya tadi. Masukkan semula dalam periuk. Kisar tulang dengan air, tapis dan ambil airnya. Campurkan ke dalam periuk tadi.

  4. 4

    Kisar bawang, bawang putih dan chili padi. Campurkan je dalam periuk kuah tadi.

  5. 5

    Tambahkan air secukupnya untuk menjadikan kuah tidak terlalu pekat. Masaklah kuah sehingga mendidih. Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga kuah masak dan rasa garamnya.

  6. 6

    Ulaman semua dihiris halus. Telur rebus dibelah dua. Apabila kuah masak, hidangkan dalam mangkuk dan dihiasi dengan ulaman seperti gambar. Marilah kita cuba ya😄😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Ekin Mohd Daud
Ekin Mohd Daud @cook_560419
pada
Kuantan, Pahang
Penjawat Awam yang telahpun bersara awal dari jabatan kerajaan. Minat memasak dan mengumpul resepi masakan dan mencuba resepi baru.
Baca lagi

Resipi Sepertinya