Daging kijang masak kari

5 orang bercadang membuatnya
Norhaniza Muhamad Yusof
Norhaniza Muhamad Yusof @cook_24562760
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. Daging kijang
  2. Bawang besar
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Buah keras
  6. Rempah 3 sekawan
  7. Rempah kari daging
  8. Nak pedas tambah cili
  9. Air asam
  10. Kentang
  11. Daunkari
  12. Garam
  13. Secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar@tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan buah keras

  2. 2

    Tumis rempah 3 sekawan hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang sudah di Kisar@tumbuk tadi.

  3. 3

    Bancuh rempah kari dengan air, apabila tumisan tadi sudah layu masukkan pula rempah kari, biarkan hingga naik minyak.

  4. 4

    Bila sudah naik minyak masukkan air asam dan kentang biar hingga kentang separuh masak

  5. 5

    Bila kentang sudah separuh masak, masuk kan pula daging kijang. Biar kuah mendidih dan pekat hingga daging kijang masak. Daging kijang tidak perlu masak terlalu lama kerana dagingnya tidak liat dan sangat lembut isi nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Norhaniza Muhamad Yusof
Norhaniza Muhamad Yusof @cook_24562760
pada

Resipi Sepertinya