Mee Bandung Muar (simple jer)

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Pertama kali saya belajar masak mee bandung muar, ketika saya masih lagi jadi pemilik restoran "Kembar Tomyam" ketika itu masih famous dalam kalangan penduduk sekitar Gelang Patah, Johor. Sekitar 13 tahu yang lalu, sebut sahaja "kembar tomyam" pasti semua tahu.
Waktu tu saya masih lagi belum mahir memasak, saya hanya jadi pemilik restoran dan upah orang untuk memasak. Itu satu kesilapan saya. Sepatutnya jika ini membuka restoran, semestinya kena tahu asas memasak. Harapkan orang memang rugi la kita.
Saya mendapat kunjungan pelanggan dari Muar, singgah datang makan di restoran saya. Saya ingat lagi pakcik tu. Dia order mee bandung. Kena komplen jugak time tu.
Saya anggap teguran itu satu cabaran dan jadikan sebagai semangat. Tak lama lepas tu saya sendiri pergi ke muar try mee bandung kat sana. Ya memang lain. Sangat sedap. Saya orang kelate, jarang gemar makanan johor. Tapi bila saya rasa keaslian mee bandung muar, terus saya jatuh cinta dan tekad untuk belajar.....
Lama kelamaan, dapatlah resepi mee bandung yang saya impikan. Tapi tidak kesampaian. Saya terpaksa tutup restoran saya, kerana bisnes jatuh teruk dan pelbagai kesilapan saya lakukan sepanjang pembukaan restoran tersebut. Dipendekkan cerita, saya jual restoran saya dan saya bekerja sebagai tukang masak di restoran cina muslim. Disitulah permulaan saya belajar memasak.

Cara Memasak
- 1
Part 1 Preparation
- 2
Part 2 Preparation
- 3
Dengan api sederhana, tumis bahan kisar hingga kering dan kekuningan.
- 4
Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
- 5
Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging kisar. Tumis sekata.
- 6
Kemudian masukkan 2 cawan air. Biarkan mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan hirisan daging. Biarkan lagi mendidih sampai daging empuk.
- 7
Masukkan sos tiram, sos cili dan juga kacang kisar.
- 8
Kemudian masukkan perasa garam, serbuk secukup rasa dan gula.
- 9
Kemudian masukkan bahan topping iaitu udang, hirisan sayuran dan juga telur. Biarkan mendidih hingga udang dan telur masak. Nak tambahkan kepekatan boleh masukkan sikit keledek rebus sikit. Dalam resipi ni saya tak letak keledek kerana udang kering dan kacang kisar telah memekatkan kuah.
- 10
Sedia untuk dihidang 🙏
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mee Bandung Muar (Johor) Mee Bandung Muar (Johor)
Cooksnap dari resipi @puanyaniKalau pergi ke Johor, memang tak sah kalau tak cuba mee bandung Muar ni.Walaupun tak ada udang segar seperti resipi Yani, tetapi tetap sedap.#merdekapassport LATIPAH NAWAWI -
Mee Bandung Muar Mee Bandung Muar
Request dari suami tercinta..teringin nak makan mee bandung katanya & minta saya masakkan..tapi saya tak pernah makan mee bandung apatah lagi masaknya 😅 Jadi saya buat research & rujuk di Youtube beberapa resepi mee bandung..saya pilih utk masak mee bandung Muar kerana resepinya menarik menggunakan kacang tanah yg di blend & air rebusan daging & daging. Wajib Ada udang kering..tentu ianya sangat sedap.. Alhamdulillah..suami puji sedap..menjadi kuah katanya..jadi saya sangat gembira dapat tunaikan permintaan suami & pada masa yg sama saya dapat belajar resepi baru iaitu Mee Bandung Muar 😍 Nor Al Fatihah -
Kuey Teow Bandung Kuey Teow Bandung
Makanan favourite arwah Abah setiap kali makan di luar. Sebenarnya Abah memang suka semua jenis kuey teow. Saya pun kurang gemar mee kuning. So saya gantikan dengan kuey teow.Hari minggu ni saya cuba resepi mengikut kesesuaian yang saya olah sedikit bergantung kepada bahan yang ada. Walaupun namanya bandung tapi original bukanlah berasal dari Bandung, Indonesia. 😁 Lebih terkenal sebagai makanan di Johor.Ada banyak resepi yang menggunakan bahan yang mudah dan sukar. Ada yang meletakkan biskut Marie, keledek rebus, ada yang letakkan sos semata.#stayathome#dudukrumah#goldenapron2020 Mizzanem -
Mee bandung batu pahat Mee bandung batu pahat
Mee bandung memang menu kegemaran saya,sebab itu saya cuba untuk dapatkan rasa yang betul-betul kena dengan selera saya. Faridah Jaafar -
Mee Bandung Muar Mee Bandung Muar
#merdekapassport JohorAntara menu yang ada di negeri johor ialah Mee Bandungnya.Mee bandungnya tidak sama dengan mee bandung negeri lain.Mee bandung Johor atau lebih dikenali mee bandung Muar mesti ada kacang tanah dan udang kering pada kuahnya. Dunia Hanya Sementara Fy -
Mee Bandung Muar Mee Bandung Muar
#goldenapron #minggu9Bila memasak, Yani suka masak makanan kegemaran suami. Salah satunya Mee Bandung Muar yang mana resipinya Encik Suami sendiri yang ajar. Kalau dia yang masakkan lagi syok la...cukup rasa, cukup bahan. Makan bertambah-tambah...hihihi...Tapi kali ni, Yani yang masak sambil dipantau encik suami. Ok, jom buat. Nur Azliani Amer -
Mee Bandung Mee Bandung
#masakannegeri#semangatmerdekaMee bandung ni yg terkenal org selalu sebut2 mee bandung Muar la kan. Tapi bila negeri2 lain masak dah jadi mcm2 versi mee bandung dah..hehe 😆Kalini cikna buat letak air rebusan daging. Alang2 daging korban banyak lagi dalam peti 😂 sebab tu kalau rebus daging air dia jgn buang. Simpan utk masak menu2 cmni..hehe Ada jugak yg guna air rebusan udang..pun sedap jugak.Jom kita tgk resepi dan langkah2 cara cikna di bawah.#meebandung #mee Erna Hezreen Hamzah -
Mee bandung muar Mee bandung muar
Korang wajib cuba. Semudah ABC.Demi memenuhi cabaran Merdeka Citarasa Selatan ni , Ziana share bagaimana cara masak mee bandung muar yg mudah sgt .Ziana lebih suka guna kacang untuk memekatkan kuah berbanding menggunakan ubi keledek. Terpulang pada anda gemar kuah seperti mana.Ikut selera. 😘#MerdekaMonth Citarasa Selatan - Lembu [Week 3] Ziana Chesaad -
Yee Mee Bandung Tulang Yee Mee Bandung Tulang
#semangatmerdeka#fusionantaranegeri#goldenapronMee bandung sangat terkenal di negeri Johor. Jom cuba Yee Mee Bandung Tulang pula. LATIPAH NAWAWI -
TM6: Mee Bandung Tanpa Pes TM6: Mee Bandung Tanpa Pes
Masakan popular di Muar Johor. hidayati chemat -
Mee Bandung Tulang Wolverhampton Mee Bandung Tulang Wolverhampton
Why do I name this recipe Mee Bandung Tulang Wolverhampton? Sebab I created this recipe semasa saya belajar di Wolverhampton, UK dahulu. Memang menjadi makanan kegemaran teman-teman saya dahulu. lynginovi -
Mee Bandung Mee Bandung
Fevret sangat mee bandung. Kuah pekat2, seafood selambak. Pedas pedas masam manis. Kalau masak ni memang licin, Alhamdulillah. Kakak Faa
Lebih Banyak Resipi
Komen