Syurbah (Sup Gandum Daging)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#goldenapron2020
#cookpadmalaysia
Sup kegemaran keluarga,resepi popular orang Arab.Kebiasaannya menggunakan daging kambing,dah kebetulan Raya Haji daging korban ada lagi guna sahaja mana yang ada.
Sup ini boleh menggantikan nasi,menu mengenyangkan,mudah dan sihat,insyaaAllah sedap.

Syurbah (Sup Gandum Daging)

#goldenapron2020
#cookpadmalaysia
Sup kegemaran keluarga,resepi popular orang Arab.Kebiasaannya menggunakan daging kambing,dah kebetulan Raya Haji daging korban ada lagi guna sahaja mana yang ada.
Sup ini boleh menggantikan nasi,menu mengenyangkan,mudah dan sihat,insyaaAllah sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 190 grambiji gandum
  3. 1 literair
  4. 1 helaidaun pandan disimpul
  5. Bahan B:
  6. 300 gramTomato Merah besar
  7. 1/2 literair
  8. Bahan C:
  9. 2 camcabesar minyak jagung
  10. 1biji Bawang Holand dipotong dadu
  11. 5 ulasBawang Putih dicincang halus
  12. 2 helaiDaun Salam (Bay Leaf)
  13. 1bungkus Sup Bunjut Adabi
  14. 1 camcabesar serbuk Lada Sulah
  15. 350 gramdaging dipotong nipis kecil
  16. 1 1/2 literair
  17. 1 camcabesar Coarse Black Pepper Hexa
  18. 1 camcabesar Chili Hexa
  19. 1 camcabesar + 1 camca kecil Rock Salt Hexa
  20. 1/2 cawanBawang Merah campur Bawang Putih Goreng (homemade)

Cara Memasak

  1. 1

    Siapkan bahan B:Rebus Biji Gandum dengan air,1/2 camca teh Rock Salt dan daun pandan (menggunakan Rice Cooker)hingga masak.Keluarkan Daun Pandan.Ketepikan.

  2. 2

    Kisar hingga halus Tomato dengan air.Ketepikan.

  3. 3

    Panaskan minyak jagung.Tumis Bawang Holand dan Bawang Putih hingga naik bau.Masukkan Sup Bunjut dan Daun Salam,tumis sebentar lagi.

  4. 4

    Masukkan daging,masak hingga berubah warna.Masukkan serbuk lada sulah,kacau rata.Masukkan air dan air tomato kisar tadi.Masukkan Chili Hexa,Coarse Black Papper Hexa.Biarkan menggelegak.Masak hingga daging empuk.

  5. 5

    Masukkan Biji Gandum,Masak sebentar lagi hingga menggelegak.Masukkan Bawang Merah + Bawang Putih goreng bersama Rock Salt.Seimbangkan rasa.Siap.

  6. 6

    Hidangkan.Sedap dimakan ketika masih panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen (3)

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Saya tak pernah rasa lagi sup Gandum Daging ni. Insyaallah nanti kalau ada masa saya nk try buat😊

Resipi Sepertinya