Homemade Oden

#oden
#goldenapron2020
#cookpadmalaysia
Seronoknya bila dapat tahu task bonus goldenapron2020 kali ini bertema #oden.
Mana taknya sekeluarga memang 'hantu' Oden.Tak perlu ke Family Mart pun oden boleh kita buat sendiri.Mudah sahaja resepinya,sedap,lebih sihat dan jimat belanja lagi!.
Homemade Oden
#oden
#goldenapron2020
#cookpadmalaysia
Seronoknya bila dapat tahu task bonus goldenapron2020 kali ini bertema #oden.
Mana taknya sekeluarga memang 'hantu' Oden.Tak perlu ke Family Mart pun oden boleh kita buat sendiri.Mudah sahaja resepinya,sedap,lebih sihat dan jimat belanja lagi!.
Cara Memasak
- 1
Gaul bahan A - isi ikan tenggiri,serbuk lada hitam,serbuk lada sulah dan garlic salt hingga rata.Ketepikan.
- 2
Bahagi dua bahan A,1/2 bahagian bentukkan bulat,cucuk dengan lidi,ketepikan.
- 3
1/2 bahagian lagi bentukkan bujur (basahkan kedua tapak tangan dengan air semasa membentuk keduanya).Ketepikan.
- 4
Gaul bahan B - isi ayam kisar,serbuk lada sulah dan garlic salt hingga bercampur-rata,bentukkan bulat leper,ketepikan.
- 5
Salut isi ikan bentuk bujur dan isi ayam bentuk bulat nipis dengan bahan C- serbuk roti.Panaskan minyak masak secukupnya.Goreng bahan bersalut hingga masak @ garing.Ketepikan.
- 6
Siapkan bahan D- udang.Cucuk udang pada lidi pencucuk,setiap 1 lidi 2 ekor udang.Cucuk juga isi ikan dan ayam yang digoreng tadi.Ketepikan.
- 7
Siapkan bahan E - sup.Masukkan air,lobak putih,lobak merah,bawang besar,kicap lemak masin dan serbuk cili ke dalam kuali.Masak hingga menggelegak.Masukkan cendawan dan rock salt,masak sebentar lagi,seimbangkan rasa.
- 8
Masukkan udang ke dalam sup,masak hingga udang berubah warna,angkat dan keluarkan.Masukkan bebola ikan ke dalam sup hingga ikan masak,angkat dan ketepikan.
- 9
Masukkan kesemua bahan Oden ke dalam mangkuk hidang,curahkan sup ke dalamnya,hidangkan panas-panas.Sediakan juga Sos Korea Spicy untuk pencicah jika suka.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Carrot + Mushroom Soup Carrot + Mushroom Soup
#phopxcookpad2020#cookpadmalaysiaTask2#goldenapron2020Teringin makan sup ala barat tapi tak ada susu segar,Pilihan lain guna sahaja susu tepung (Nestle Omega Plus),larutkan dengan air.Hasil tetap sama,alhamdulillah sekejap sahaja licin!.Resepi sedap,mudah dan cepat dimasak. ha.lim39 -
Oden Tomyam Oden Tomyam
#oden #goldenapron2020 #bonus Oden ialah sejenis makanan daripada negara Jepun. Pertama kali saya makan oden pada tahun 2019 yang saya beli daripada kedai Family Mart. Ketika itu teringin untuk mencuba makan oden kerana ianya telah viral. Waktu pertama kali mencubanya, saya dapati rasanya lebih kurang seperti makanan stimboat. Kuahnya pula adalah tomyam pedas. Tidak terlintas pula di fikiran untuk membuat oden sendiri sehinggalah apabila Cookpad membuat bonus oden. Masa itu baru terfikir tidaklah sesukar mana membuat oden sendiri. Kosnya pula lebih rendah apabila membuat sendiri. Suami dan anak-anak juga memuji kerana oden yang mama buat sendiri lebih sedap. Bagi mendapatkan mood oden ala-ala yang dibeli di kedai Family Mart, saya meletakkan oden pada lidi. Anak-anak seronok sebab mereka dapat memilih oden mana yang hendak diletakkan pada lidi masing-masing. Tambahan pula, kuah tomyam yang berlebihan juga dapat dibuat lauk dan dimakan pula dengan nasi 😊 Zareena Shahmarudin -
Syurbah (Sup Gandum Daging) Syurbah (Sup Gandum Daging)
#goldenapron2020#cookpadmalaysiaSup kegemaran keluarga,resepi popular orang Arab.Kebiasaannya menggunakan daging kambing,dah kebetulan Raya Haji daging korban ada lagi guna sahaja mana yang ada.Sup ini boleh menggantikan nasi,menu mengenyangkan,mudah dan sihat,insyaaAllah sedap. ha.lim39 -
Oden homemade Oden homemade
Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masayarat jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup.Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ink mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ini. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, ini dia. Resepi Oden homemade from Mommy zie kitchen ❤️ Mommy Zie -
Oden Fish Noodle Less-Spicy Oden Fish Noodle Less-Spicy
#oden#goldenapron2020Siap lah Oden Fish Noodle Less-Spicy! Demi menyahut cabaran resepi bonus kali ni. Kami sekeluarga pun makan malam oden.Dulu tak tahu pun apa benda oden. Dah tahu tu memang suka lah makan. Pasal nak masak pun mudah. Dok sibuk beli di Family Mart sebelum ni ada 2-3 kali jugak. Oden ni sama lah dengan steamboat yang biasa kita makan tu. Sekarang buat sendiri kat rumah ikut selera keluarga. Mudah je tau.Selamat mencuba! Fatthanah Amran -
Oden Tomyam Oden Tomyam
54/2021/RoadTo1k/739❤️ Tema : Resipi Ramadan ❤️#focapixOden tomyam atau steamboat memang salah satu menu feveret kami suami isteri ketika berbuka puasa. Ikutkan jika guna pes oden tomyam Adabi ni tak perlu dah tambah bahan lain. Tapi sebab hakak ni suka modifikasi resipi tu p tambah macam2 tu. Lagi sedap tau. Jadi terpulang pada korang nak tambah bahan macam hakak buat ni ke 🤭 ataupun bancuh pes oden tomyam tu dengan air biasa sahaja. Terpulang 😂. Tapi berbuka dengan menu begini memang best oo. Nak2 waktu hujan. Rasa macam drama korea tu😆 Salina Jalaludin -
Oden Pedas Sayur Tempatan Oden Pedas Sayur Tempatan
Bila anak2 ajak makan oden selalu Tak puas hati sbb kebiasaannya hanya bebola Dan tauhu sahaja bahan2 didalam oden, berbeza dengan steamboat atau Yong Tau foo, yang dilengkapi pelbagai jenis sayur. Kali ni mencuba buat oden sendiri dengan tambahan isi ikan didalam sayuran, susah nak dapatkan Kat pasaraya, jadi Kita buat sendiri dapat makan segar2 sedap Dan makanlah sepuas hati. #goldenapron2020 #oden Zleq Kha -
Oden Oh Lala Oden Oh Lala
Day188/366/2020/Julai/6Day117 #14harimencintaiku #PKPP#oden #goldenapron2020 #cookpadmalaysiaBonus ke3 untuk tahun ni bertemakan Oden. Menu ni viral setahun yang lalu. Hakak ada buat dah. Bajet nak upload untuk Golden Apron 2019 tapi sampai ke sudah tak upload kan😅. Jadi ditakdirkan berjodoh juga, tahun 2020 ni ada bonus tema ni. Maka hakak pun upload lah. Tapi ni gambar baru dan resipi baru. Biasalah modifikasi resipi itu perlu mengikut perubahan masa dan tekak sendiri 🤭 Salina Jalaludin -
Oden segera Oden segera
#oden#goldenapron2020Alkisah perencah oden ni kiriman ex student. Lama dah dapat, masa pkp hari tu lagi tapi belum sempat nak mencuba.Bila cookpad bagi bonus #oden, apalagi inilah masa yang sesuai menggunakannya.Ringkas sangat resepi oden ni, sebab semuanya guna bahan segera.Cepat dan mudah 😁. Norashikin Rahmat -
Oden Kuah Kari Sempoii Oden Kuah Kari Sempoii
#oden#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaDalam 1-2 tahun ni lah saya mengenali Oden. Saya tau Oden dari Family Mart. First time mencuba Oden nu Kami terus falling in love 😁. Terutama nya Oden kuah kari, memang sangat sedap. Bila singgah Kat Family Mart, semestinya akan order Oden sekali dan makan Kat sana terus. Sekarang dah lebih dari 2 bulan saya xde singgah kedai Family Mart 😊. Begitu Cookpad buat bonus golden apron bertemakan Oden,saya excited nak Cuba memasaknya. Tapi petang tadi hujan lebat,so saya tak dapat keluar untuk beli barang. Jadi saya gunakan Sosej, fish kek, Crab stick,fan fish Ball Yang Ada Kat rumah jer. Saya buat Oden kuah Kari, seriously memang sedap😊. Give a try and happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen