Serunding Ikan Kembung

Adila
Adila @cook_25784799
KL, Selangor

Resepi ini rekaan semata-mata adjust bahan-bahan yang tersedia di dapur. Lepas bagi mak rasa, mak kata sedap, kira lulus la tu kan? Haha.. boleh cuba, kalau sedap boleh la buat lagi.
Lagi sedap bila makan dengan nasi panas plus sayur ulam-ulaman. Oleh kerana agak kering, cecah ulam dengan budu, fuhhh perfect dish yang sangat menyelerakan.🤗 Selamat mencuba.

Serunding Ikan Kembung

Resepi ini rekaan semata-mata adjust bahan-bahan yang tersedia di dapur. Lepas bagi mak rasa, mak kata sedap, kira lulus la tu kan? Haha.. boleh cuba, kalau sedap boleh la buat lagi.
Lagi sedap bila makan dengan nasi panas plus sayur ulam-ulaman. Oleh kerana agak kering, cecah ulam dengan budu, fuhhh perfect dish yang sangat menyelerakan.🤗 Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 jam
> 8 orang
  1. 1biji Kelapa parut
  2. 1inci Kunyit segar
  3. 2sudu biji ketumbar
  4. 1sudu jintan putih
  5. 3 ulasbawang merah ros
  6. 3 ulasbawang putih
  7. 3 batangserai
  8. 1genggam cili kering
  9. Garam secukup rasa
  10. 5ekor isi ikan kembong yang dah dibakar
  11. 2sb minyak masak

Cara Memasak

2 jam
  1. 1

    Cili direbus dan dilumatkan guna lesung batu atau batu giling.

  2. 2

    Tumbuk halus jintan dan ketumbar. Lumatkan pula bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.

  3. 3

    Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk bawang dan kunyit. Titikkan serai dan masukkan ke dalam masakan.

  4. 4

    Masukkan kelapa parut, bahan tumbuk ketumbar dan jintan serta cili giling. Ahhaa, masa ni api kene perlahankan ye. Guna api kecik ke sederhana je, jangan kecik sangat pulak, lambat la nak masak nanti.

  5. 5

    Gaul rata kesemua bahan dan masak sehingga kelapa kelihatan garing. Teruskan menggaul sekali sekala untuk mengelakkan masakan hangit.

  6. 6

    Masukkan isi ikan kembung yang dah dibakar garing ke dalam masakan. Saya gunakan oven je untuk bakar ikan ni. Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit, panaskan dalam oven selama 25 minit pada suhu 150 darjah. Kemudian, asingkan duri ikan, ambil isinya saja.

  7. 7

    Gaul dan gaul dan gaul, agak sedikit garing, taburkan garam secukup rasa. Kegaringan serunding ni juga ikut citarasa masing-masing. Kalau nak tahan lama dalam simpanan, boleh goreng sampai garing. Saya suka tak garing sangat sebab biasanya tak tahan lama atas meja, sekejap je habis😄

  8. 8

    Bila dah nampak cantik, rasa pun dah sedap, boleh tutup api dan sedia dihidang😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Adila
Adila @cook_25784799
pada
KL, Selangor
Masak & MakanUntuk Syukur🤲🏻🥰
Baca lagi

Komen (4)

Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
First time tgk resepi ni..insyaAllah nnt mk try..😍

Resipi Sepertinya