Singgang Sotong

Juanita @juanita
Resepi mudah dan cepat. Makan pula bersama sambal budu dan ulam-ulaman. Boleh menambah nasi ni...
Singgang Sotong
Resepi mudah dan cepat. Makan pula bersama sambal budu dan ulam-ulaman. Boleh menambah nasi ni...
Cara Memasak
- 1
Masukkan air, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan asam keping ke dalam periuk. Kalau nak pedas, bolehlah masukkan cili padi. Saya tak letak sebab ada anak kecil. Rebus sehingga mendidih.
- 2
Setelah mendidih, masukkan sotong, budu dan juga garam. Rebus sehingga sotong masak dan bolehlah ditutup apinya. Siap untuk dihidangkan bersama budu dan nasi panas.
Resipi Sepertinya
-
Daging Singgang Kelantan #phopbylinimohd Daging Singgang Kelantan #phopbylinimohd
Resepi daging singgang amat popular di negeri Kelantan. Umpama hidangan wajib ada, singgang enak dimakan bersama ulam-ulaman dan budu serta sambal yang diperah dengan hirisan limau nipis..pasti membangkit selera. Emila Sofiah Ismail -
Sambal Budu Sambal Budu
#merdekapassportSinonim dengan masyarakat Kelantan, budu sememangnya menjadi kegemaran sebagai pelengkap juadah. Juga dikenali sebagai sos bilis selalu digabungkan dengan ulam-ulaman. Kali ni akak buat sambal budu untuk dimakan bersama nasi, ulam dan ikan bakar. Cempaka Putih -
Singgang Ikan Selar Singgang Ikan Selar
Setiap kali memasak menu ini,kita suka letak kuah melimpah bersama nasi,picit-picitkan cili padi,makan panas-panas.Nikmatnya tak boleh dibayangkan,apalagi bila menghirup kuahnya yang bergabung rasa masin,manis,masam dan pedas dari cili padi.Menu cukup mudah,cepat disediakan tapi sangat sedap.Menu sihat sangat sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet kerana tiada penggunaan minyak(rebus) dan tanpa MSG.Kebiasaanya ia dihidangkan bersama ulam-ulaman dan budu sebagai pelengkap hidangan.#nutrifest #resepisihat #saturesepisatupohon #goldenapron ha.lim39 -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresApabila tiba musim hujan/tengkujuh, kawasan tempat tinggal saya memang turut terkesan walaupun rumah kediaman kami tidak dinaiki air tetapi haluan/jalan untuk kami menuju ke kedai, tempat kerja memang sering dinaiki air yang tinggi. Lebih merisaukan saya kawasan kediaman emak saya kerana jika berlaku air pasang besar, air sungai yang berhampiran akan sampai ke kawasan rumah emak saya. Saya juga pernah merasai pengalaman perit ketika masih tinggal bersama kedua orang tua saya ketika rumah kami dinaiki air secara mengejut di waktu malam. Dengan gelap gelita kerana bekalan letrik terpaksa dimatikan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan.Bila hari hujan tekak terasa nak makan sesuatu yang berkuah dan boleh dihirup ketika masih panas. Masak apa yang ada di dalam peti sejuk. Nak ke kedai jalan tak boleh dilalui. Lauk yang sebegini memang cepat habis dan laku kalau di rumah saya. Nak-nak lagi kalau ada ulam-ulaman dan sambal belacan, ikan kering goreng, pekena pula nasi beras kampung yang panas-panas, perghhh!!! Bertambah-tambah nasi memang tak cukup seperiuk 😂 Dapur Yusfarisyia -
Singgang Daging Singgang Daging
Lama tak buat singgang daging ni. Teringin pulak nak makan singgang daging dengan ulam, budu, ikan bakar tak pun ikan rebus goreng. Singgang ni biar pedas sikit dan masam. Emmm sedap! Cempaka Putih -
Singgang Ikan Singgang Ikan
#goldenapron #minggu6 Sesekali tukar selera dari ayam ke ikan pula. Kegemaran anak2 nih sbb ada rasa masam dalam ramuan ikan singgang nih. Padanan sesuai ialah ikan goreng atau pun ikan bakar , cicah budu serta sedikit ulam ulaman. Fuhh! Pasti makan bertambah2. Nuharahmat -
Singgang Daging Urat Keting Singgang Daging Urat Keting
#1hope1postv2#goldenapron#minggu7Singgam Daging Urat Keting rasa masam-masam pembuka selera. Sedap dimakan bersama sambal belacan/budu berserta ulam-ulaman. Netie Rose Oven -
Sotong Masak Asam Sotong Masak Asam
Lauk simple yang digemari keluarga saya. Boleh gantikan sotong dengan ikan yang digoreng kunyit dahulu. Biasanya kalau guna ikan, saya akan guna ikan goreng semalam yang masih berbaki. Jimat...😂😂😂😂#cookpadmalaysia#goldenapron2020#phopxcookpad2020 Juanita -
Sambal sotong madu Sambal sotong madu
#goldenapronTak pernah tak sedap kalau makanan laut dimasak sambal. Begitu juga sotong. Boleh bertambah nasi. Apatah lagi dihidangkan dengan ulam-ulaman. Istimewanya resepi ini ada ditambah madu bagi menambah kemanisan sambal. Fadlina Yusof -
Singgang Anak Sotong Katak Singgang Anak Sotong Katak
Resipi dalam draf juga.Salah satu menu yang wajib ada yang berkuah dan dapat dihirup banyak-banyak ialah masak singgang. Masak campak-campak memang kebabom sedap. Favourite kami sekeluarga, gu dengan nasi putih, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan kering goreng dan sayur tumis belacan. Nasi kena masak lebih. 🤣Cooksnap daripada adik @KarinaZohari Dapur Yusfarisyia -
Ayam masak kicap berapi Ayam masak kicap berapi
Sedap dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.#phopxcookpad2020#goldenapron2020 Aisyah Ramlee -
Singgang Ikan Tudung Periuk Singgang Ikan Tudung Periuk
Ikan Tudung Periuk/Ikan Buna/Ikan Telinga Gajah. Macam-macam gelaran nya, tak tau la kenapa dipanggil dengan nama-nama sebegitu. Ikan ni jiran yang sedekahkan sebab dia memborong dengan nelayan di Kampung Buntal semalam. Terima kasih Sue, semoga murah lagi rezeki Sue sekeluarga 🤲🏻 Ikan segar macam ni memang sedap kalau dibuat masakan singgang. Tambah-tambah pula, hujan lebat, memang syok pekena sup panas-panas, gu pulak dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Memang ke laut la diet 😂 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12633025
Komen