Ramuan

40 minit
5 sajian
  1. 1/2ekor ayam
  2. 2sudu serbuk kari
  3. 1biji bawang besar
  4. 4ulad bawang putih
  5. 2 sudu makancili kering kisar
  6. 2tangkai daun kari
  7. 3biji ubi kentang
  8. Sedikitair asam jawa
  9. Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Ayam: lumur dgn serbuk kunyit dan garam then goreng. Jgn sampai garing tau mama.. Then angkat.

  2. 2

    Kentang dipotong 5.pun goreng dan angkat

  3. 3

    Tumis bawang besar, putih dan daun kari

  4. 4

    Masukkan cili kisar dan rempah kari tadi. Masak spi Agak2 berkilat..

  5. 5

    Masukkan air asam jawa dan gula garam secukup rasa. Tambah air sikit ikut pada banyak mana anda nak kuah tu. Tp jangan banyak sgt. Nnt jadi kari biasa ye mama.. Aummm.

  6. 6

    Akhirnya masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak dlm 5 minit utk penyerapan rasa yg mulia..

  7. 7

    Jom mamam.. Balas dgn budu.. Padu bohhhh!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (16)

Ditulis oleh

En Papa Zul Manje😁
pada
Ulu Yam Baru, Selangor
Saya ayah kepada 3 anak. Bekerja tetap. Mempunyai berbagai hobi orang lelaki seperti modofikasi kenderaan, melancong juga berangan. Disebabkan kecerewetan dalam pemilihan makanan, saya menjadi seorang yg suka memasak selamat semua jenis makanan dari kuih muih sehingga masakan harian. Banyak ilmu masakan saya pelajari dari pengalaman kerja mahupun dari tukang masak 'lejen' iaitu ibu saya.. Tapi saya tidak sehebat anda..
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan