Agar-agar Santan Bunga Biru Telang

Nor Zeha Baba
Nor Zeha Baba @cook_20340830

#goldenapron2020

Mempelbagaikan resepi bunga telang selain minuman dan nasi kerabu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 orang
  1. 50kuntum bunga telang segar
  2. 5 cawanair
  3. 1/2pek agar-agar tali
  4. 1 cawangula (boleh kurang kan jika suka kurang manis)
  5. 1pek kecil santan kara

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih bunga telang. Didihkan bersama 5 cawan air

  2. 2

    Setelah mendidih tapis keluar bunga telang. Tambahkan gula dan agar-agar tali. Masak hingga agar-agar dan gula larut.

  3. 3

    Perlahan-lahan masukkan santan kara. Goncang dahulu kotaknya sebelum dibuka. Biarkan mendidih kemudian renehkan supaya santan tak pecah.

  4. 4

    Padam api dan tuang ke dalam acuan. Sejuk kan sebentar dan selepas itu boleh disejukkan dalam peti ais.

  5. 5

    Apabila telah set, keluarkan dari acuan dan hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Zeha Baba
Nor Zeha Baba @cook_20340830
pada

Carian Teratas bagi

Komen (3)

AMIRUL NIFA
AMIRUL NIFA @rumet74
1/2 pek agar-agar tali tu, berapa gram sebenarnya?
Sbb pek agar-agar tali yg dijual di kedai runcit, tidak sama beratnya.

Resipi Sepertinya