🍮SCONES

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

🍮 Bila rindu scones di Cameron Highlands, tak ada problem, moh buat sendiri & hepi meneraiiii 😉 #goldenapron2020 #scones #scone #snackoftheday

Kongsi

Ramuan

45 minit
12-13 ketul
  1. 350 gtepung naik sendiri/tepung kek
  2. 30 ggula kastor
  3. 125 gmentega sejuk (dlm peti ais/chiller) dikiub
  4. 1 tspbaking powder
  5. 160 mlyogurt asli / buttermilk / susu segar/whipping cream
  6. 1 tspesen vanila
  7. 1/2cup kismis / 1 cup blueberry / 5 bj strawberi dikiub kecil (optional)
  8. 🍮Bahan2 pelengkap
  9. Whipping cream dipukul soft peak
  10. Strawberry jam secukupnya
  11. butter

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Bahan2 scones

  2. 2

    Panaskan oven pada suhu 190c. Glis loyang dgn butter & alas dgn baking paper
    Didlm mangkuk pengadun ayak tepung bersama baking powder, masukkan gula & gaul sebati

  3. 3

    Masukkan mentega sejuk dan gaul tepung dgn menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti

  4. 4

    Masukkn buah2an spt berries/kismis jika ada. Buah2an seeloknya dikeringkan atas tisu dapur terlebih dahulu

  5. 5

    Didlm mangkuk lain sebatikan yogurt & esen vanila. Ketepikan campuran yogurt ini sebanyak 2 tbsp sebagai sapuan/glaze nanti

  6. 6

    Masukkan campuran yogurt ini sedikit demi sedikit kedlm adunan tepung hingga tdk melekat dimangkuk pengadun. Guna spatula atau garfu. Elakkan guna tgn sb haba tgn akn mencairkan mentega dgn cepat. Gaul adunan sekadar sebati sahaja jgn overmix nt scones menjadi keras, jika adunan nampak kering boleh tambah yogurt supaya adunan menjadi lembab & begitu juga sebaliknya

  7. 7

    Pindahkan doh diatas permukaan yg ditabur tpg. Salutkan tgn dgn tpg kering dan canai doh menggunakan rolling pin setinggi 1inc. Bentukkn scones dgn menggunakan cookie cutter atau gelas selebar 5inc. Seeloknya celup cookie cutter didlm tpg kering supaya doh tdk melekat

  8. 8

    Susun scones diatas loyang & sapukan/glaze dipermukaan scones dgn campuran yogurt tadi

  9. 9

    Bakar selama 10-20min atau scones nmpk keperangan (ikut oven memasing). Keluarkan dari oven, sapukan butter & sejukkan diatas rak dawai. Enjoy dgn bahan pelengkap😉

  10. 10

    📝 TIPS PENTING
    1. Jangan masukkan kesemua bahan sekali gus & ikut resepi betul2
    2. Minimumkan sentuhan tgn pd doh
    3. Jgn uli doh mcm roti
    4. Oven kena betui2 panas
    5. Just remember that the less you touch the dough, the shorter and crumblier your scones will be. Happy baking😉

  11. 11

    Selamat menjamu mata😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen (7)

AishahZ Patisseries
AishahZ Patisseries @cook_111005445
Alhamdulillah dah cuba pagi td sedap!! Terima ksh utk resepi ya sis.

Resipi Sepertinya