Kek pisang kluster kayangan

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil

#goldenapron2020
#minggu28

Nak dijadikan cerita,pisang dibeli kat rumah ni dah banyak kali.Sampai ada yang terlebih masak gara-gara hajat di hati nak mencuba apa rasa Kek Pisang Kluster Kayangan ni.

Tapi disebabkan mood nak membuatnya belum sampai,selalu pisangnya Ain buat cekodok pisang atau dimakan begitu sahaja.Tetapi kali ini,nekad nak juga buat maka terhasillah Kek Pisang Kluster Kayangan ini.

Resepi ini merupakan resepi asal dari perkongsian Encik Rushdi Lazim.Resepi yang pernah viral di laman sosial awal tahun ini.Ramai yang sudah mencuba membuatnya dan rata-rata mengatakan ianya sangat sedap dan rasanya memang sedikit mewah.Tekstur keknya lembut dan wangi.Memang kena dengan namanya.

Jom lihat resepinya dan selamat mencuba.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam
5 orang
  1. 4biji Pisang Berangan - yang masak ranum
  2. 120 gramGula Perang
  3. 115 gramMentega (dicairkan)
  4. 120 gramButtermilk (susu segar campur 1/2 tbsp perahan lemon)
  5. 1 tspEsen Vanilla
  6. 160 gramTepung Gandum
  7. 25 gramSerbuk Koko
  8. 1 tspBaking Powder
  9. 1/2 tspBaking Soda
  10. 80 gramCoklat - saya gunakan pelbagai variasi coklat gelap
  11. 30 gramPecan - dicincang dadu
  12. Sedikitcampuran coklat dan pecan untuk topping kek
  13. Loyang kek berukuran 8x8x3
  14. Kertas minyak untuk mengalas loyang

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Ayak tepung gandum bersama serbuk koko,ketepikan.Potong kecil kacang Pecan dan pisang dilenyek,ketepikan.

  3. 3

    Campurkan perahan lemon ke dalam susu bagi membuat Buttermilk dan cairkan mentega.Ketepikan.

  4. 4

    Dalam mangkuk,campurkan pisang yang sudah dilenyek bersama gula perang.Gaul rata kemudian masukkan mentega cair.

  5. 5

    Kemudian,masukkan Esen Vanilla dan Buttermilk.Kacau sebati.

  6. 6

    Ambil sedikit tepung dari campuran tepung gandum dan serbuk koko tadi dan tabur rata atas coklat dan pecan.Gaul.Ini bagi memastikan coklat dan kacang tidak mendap ke bawah ketika proses pembakaran.

  7. 7

    Masukkan tepung,coklat serta kacang.Kaup balik adunan.

  8. 8

    Setelah sebati ketepikan.Lengser mentega dalam loyang dan masukkan kertas minyak.

  9. 9

    Masukkan adunan ke dalam loyang.Hentak 3 kali bagi memastikan tiada ruang udara yang terperangkap dan kemudian tabur coklat dan kacang pecan di atasnya.Bakar pada suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga masak.

  10. 10

    Rupa kejadian Kek Pisang Kluster Kayangan selepas di bakar.Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Sedap ni dengan topping yang melimpah 😋😋😋

Ditulis oleh

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil
pada

Resipi Sepertinya