Lo mai gai (pulut ayam) versi halal

#goldenapron2020 #minggu36
Mimpi apa saya masak masakan cina😊. Saya suka makan dimsum dan pau. Ada seorang kenalan saya mencadangkan saya untuk mencuba pulut ayam (hidangan bersama dimsum/pau).
Saya pun cari maklumat di internet. Cara penyediaan tidak terlalu sukar dan bahan senang dicari. Saya cuma keluarkan bahan yang tidak halal dari resepi asal dan saya gubah kepada citarasa saya🤭.
Apapun bila masakan menjadi,kenalan saya suka melihat hasilnya dan dia juga ingin cuba masak masakan ini. Puan puan mesti tertanya apa rasa masakan ini? Macam makan claypot rice di foodcourt pasaraya😊 . Silakan cuba yer, yuk kita lihat resepi dibawah yuk!👇👇👇 . (Tahniah untuk diri sendiri dah berjaya abiskan goldenapron2020...yeayyyy!!!)
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan bahan. Dalam 2 mangkuk berbeza, basuh dan rendam cendawan dan pulut. Lakukan semalaman. (Penyediaan awal). Air rendaman cendawan akan digunakan semasa memasak. Cendawan kering saya guna 5ketul sebab bau kuat. Anak anak saya tak suka bau shitake yg kering. Yang fresh boleh guna lebih sb kurang bau.
- 2
Keesokan paginya. Ambil ayam dan cendawan satukan dengan bahan perapan. Tambahkan 10sudu air rendaman cendawan. Ketepikan.
- 3
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit karamel. Masukkan pulut yang telah ditoskan kedalam kuali. Gaul sebati dan masukkan bahan seasoning. Gaul lagi sebati diatas api sederhana.
- 4
Setelah sebati, tutup api dan masukkan pulut ke dalam bekas dan naik kukus selama 30 min.
- 5
Bila dah masak sediakan 5 mangkuk sup tahan panas. Susun cendawan, ayam dan beef pepperoni di dasar mangkok. Kemudian masukkan pulut yang dah masak mencukupi 5 bekas tadi. Tekan bagi kemas. Tuang baki bahan perapan ke dalam setiap mangkuk.
- 6
Kemudian tutup setiap mangkuk dengan aluminium foil untuk mencegah kering. Kukus dalam 30 minit lagi.
- 7
Pulut ayam dah siap! Makan semasa panas. Berhati hati semasa terbalikkan mangkuk ke atas pinggan. Gunakan kain yang sesuai untuk pegang mangkuk.
- 8
Boleh dinikmati bersama sos cili bawang putih. Selamat mencuba😊
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Tauhu Gedik Kukus sos ayam hiris Tauhu Gedik Kukus sos ayam hiris
Hidangan yang nampak simple tapi sangat sedap. Saya suka tekstur tauhu ini, bila makan dia cair di dalam mulut😊. Selalu saya makan di kedai.(restoran yang dikenali) cuma saya tidak suka akan udang kering, saya ganti dengan isi ayam. Jadi lepas ni puan puan bolehla mencuba resepi ini. Benda boleh masak sendiri buat apa makan di kedai, kan? 😊 . Moh kita masak moh!👇👇👇#munahmasak#wanakamal79 Ell Sakimin -
Claypot Chicken Rice dalam Rice Cooker Claypot Chicken Rice dalam Rice Cooker
Salah satu menu yang saya rajin masak menggunakan rice cooker waktu masih belajar dulu, masak dalam student dorm. Resipi saya pelajari dari makcik saya waktu tengah at kolej.Boleh dimasak dalam claypot atas api kalau rajin tapi kena rajin memantau nanti cepat berkerak.Cendawan shitake kering pun biasa digunakan dalam resipi ini. Rendam dulu dengan air panas. Lepas kembang, gunakan air rendaman tersebut untuk mentanak nasi. Di sini saya gunakan yang fresh sebab jumpa kat kedai.Kalau suka ikan masin boleh tambahkan. Anak saya tak suka jadi saya tak masukkan dalam resipi ini. Sesuai dimakan dengan cili padi potong + kicap masin. Ruth -
Ayam Kicap #phoPbyLiniMohd Ayam Kicap #phoPbyLiniMohd
Menu pembuka selera. Masak pon cepat. Tidak renyah. Boleh dihidang sewaktu berbuka atau sahur. Moh lihat resepi dibawah👇👇👇 Puan puan boleh la cuba😊 Ell Sakimin -
Char Chap Chye Char Chap Chye
#perakpenang#1september#goldenapron#minggu3Char chap chye ini sebenarnya sayur campur jer, tetapi masak ala ala stail cina. Apa yang saya suka menu ini ialah aroma cendawan shitake. Saya guna shitake fresh yer, jadi aroma dia ringan sikit. Jika guna yg kering aroma dia kuat sangat, kadang kadang ada orang yang tak makan shitake kering sebab baunya. Itu sahaja ulasan saya perihal menu ini😊. Dah namanya sayur campur, ikut imaginasi puan puanlah nak campur sayur apa. Kalau nak senang ikut saja lah resepi saya ini😬. Moh kite lihat resepi dibawah moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Bimbibap Chese Bimbibap Chese
#goldenapron istilah bimbibap ni maknanya campuran, mcm org melayu nasi campur, tapi yang ini versi korea🤣teringat2 makan di restoran korea, itu yang gigih membuatnya, bahan2 versi korea pun dah ada, jadi feeling2 tengok drama korea sambil makan bimbibap ni, x perasan semangkuk habis😊jom cuba resepi saya😍 Erma Yusnida -
Ladu Ayam Sedap #munahmasak Ladu Ayam Sedap #munahmasak
Ladu atau “dumpling” merupakan makanan masyarakat cina yang popular. Inti ladu juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Selain orang dewasa, kanak-kanak juga suka makanan ini kerana tidak pedas. Ladu boleh dihidang bersama sup, digoreng atau dimakan bersama sos. Sekiranya anda penggemar makanan cina, anda boleh mencuba hidangan ini. Moh kita lihat resepi moh! 👇👇👇#munahmasak #wanakamal79 Ell Sakimin -
Gulai Ayam Lahat (Maraton Ramadhan) tema daging Gulai Ayam Lahat (Maraton Ramadhan) tema daging
Juadah biasa biasa tetapi percayalah, kemana mana puan puan pergi masakan ini tetap popular dimana negeri pun😊. Sesuai untuk berbuka puasa juga dimasa hari raya sebab sesuai dimakan dengan apa sahaja. Jom kita tengok resepi jom👇 Ell Sakimin -
Ayam Kung Pao Ayam Kung Pao
#bazaarramadan #minggu2#goldenapron2020Musim puasa rasanya saya masak lebih 3 kali lauk ni. Budak2 suka masakan yang ada kicap kot. Selamat memasak dan diharap kawan2 mencuba ya. Rugi tau😊 Joanneezah Neezm -
Kaki Ayam Masak Cendawan Kaki Ayam Masak Cendawan
#johor#goldenticket#cookpadmy1bday#misiminsha2020#madebyjeehan#cooksnapSource : Cookpader Nana Sabrina SarsanSaya suka sangat dengan kaki Ayam, dan sekarang saya mencuba resepi dari Cookpader Nana Sabrina Sarsan ,yang memasak Kaki Ayam dengan cendawan . Saya nampak macam ala- ala Dimsum kan... Karena di masak macam Chinese style. Sedap saya suka. Terimakasih ya sist...di Atas perkongsian ini😊. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Nasi Ayam 1Malaysia Nasi Ayam 1Malaysia
#semangatmerdeka#fusionantaranegeri#goldenapronHarini saya nak masak nasi ayam. Kadang2 saya makan nasi ayam kuah kicap nya pedas🙄. Selalu kalau saya makan yang kuah kicap pedas di kedai melayu. Nasi berwarna kuning. Jadi saya nak tunjukkan cara saya buat nasi ayam. Macam macam stail saya campur janji rasa nasi saya kebabom😊. Nasi ayam 1Malaysia😊. Rugi kalau tak cuba. Moh kite lihat resepi dulu moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
-
Homemade Sizzling Yee Mee Homemade Sizzling Yee Mee
#goldenapron2020 #minggu322 minggu berlalu pkpb di Perak. Hajat hati saya nak bawa anak anak keluar makan makan di foodcourt mall terbantut. Takut pun ada . Jadi jalan selamat saya masak sendiri sizzling yee mee di rumah. Bila bahan asas dah ada di dapur, saya cuma beli ayam, mee, cendawan shitake segar dan sayur sawi sahaja. Mudah bukan? Rasa pun sedap juga... tak tipu!.🤭 Jom kita lihat cara cara saya buat sizzling yee mee di rumah jom! 👇👇👇 Ell Sakimin
Komen (7)