Sambal tumis bilis petai

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil

#goldenapron2020
#minggu36

Sedih rasa bila minggu ini merupakan minggu terakhir dalam misi goldenapron bagi tahun 2020.Semoga perkongsian resepi dari Ain ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan rakan- rakan di luar sana untuk mencari resepi dan mencuba memasaknya yer.

Jom lihat resepi mudah dan sedap ni.

Resepi Sambal tumis bilis petai.Yang mana bilisnya masih lagi ranggup ketika disuap ke dalam mulut.Rahsianya,masukkan gorengan ikan bilis ke dalam sambal tumis yang sudah sedikit sejuk.Kalau nak bawa pergi holiday,boleh saja bungkus asing sambal tumisnya.Time nak makan,baru dimasukkan bilis goreng.😍😍

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam 45 minit
5 orang
  1. 100 gramLada Kering - buang biji,rebus dan bilas
  2. 2biji Bawang Merah
  3. 3 ulasBawang Putih
  4. 1/2 cawanAir - untuk mengisar
  5. 1 cawanMinyak
  6. 70 gramIkan Bilis
  7. 3papan Petai
  8. 1 1/2 tspGaram
  9. 1/4size Gula Nipah
  10. 1/2 tspPes Asam Jawa
  11. 1/2 cawanAir

Cara Memasak

1 jam 45 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.Keluarkan isi petai dari papannya.

  2. 2

    Ikan bilis dibilas bersih dan ditos kering.Sediakan kuali dan masukkan minyak.Bila minyak sudah panas,gorengkan hingga keemasan dan segera diangkat.Ketepikan.

  3. 3

    Kisar halus bawang merah,bawang putih dan lada kering bersama sedikit air.Kemudian masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak gorengan ikan bilis tadi.Tumis hingga pecah minyak dalam 15 minit.Jaga api(gunakan api sederhana) dan sentiasa dikacau bagi elakkan cili hangus.

  4. 4

    Masukkan sedikit air,pes asam jawa,garam dan gula nipah.Tumis hingga naik minyak kali ke 2 dan masukkan bawang.Tumis dalam 3 minit.Setelah itu masukkan petai.

  5. 5

    Rasa sambalnya.Cukup rasa masam,masin dan manis.Bila dah berpuashati,tutup api dan biarkan sambal tumis ini sejuk sedikit dalam 20 minit.Selepas 20 minit,barulah dimasukkan gorengan ikan bilis.

  6. 6

    Sambal Tumis Bilis Petai sudah siap dan sedia untuk dihidang.Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil
pada

Resipi Sepertinya