Ayam Masak Lemak Cili Api

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Hari ini sepatutnya saya meraikan farewell kawan saya yang mahu pulang ke Indonesia. Disebabkan Covid19 makin tinggi, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi. Lagi pula anak saya kurang sihat. Ayam yang sepatutnya saya sajikan untuk majlis perpisahan itu saya masak untuk anak-anak saya. Karina teringin nak makan ayam masak lemak cili api. Bila tengok semua bahan ada, saya terus siapkan semua.
Seperti kebiasaan cara saya memasak lemak, saya tidak suka campurkan bawang. Apatah lagi kalau masak lemak ayam. Saya tidak gemar ada rasa bawang pada kuah. Saya memilih untuk menggunakan kunyit hidup dan serai dalam kuantiti yang banyak supaya tidak rasa muak. Kuah akan menjadi lebih sedap jika gunakan kunyit hidup dan serai pula akan menambahkan aroma yang segar dalam masakan.
Seronok hati saya melihat anak-anak makan sambil menjilat jari. Sebab tu la semua anak-anak saya bulat. Agaknya air tangan saya sudah menambat hati mereka. Kecuali anak saya paling Tom, macam mana sekali sedap pun saya masak, dia tetap akan kata neneknya nombor 1 paling sedap memasak. Alasannya saya pandai memasak disebabkan oleh mak saya. Jadi guru memasak adalah neneknya. Apa-apa sajalah Tom.
Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35-40 minit.
5-6 orang
  1. 1ekor ayam (dipotong)
  2. 4ketul kunyit hidup
  3. 1genggam cili padi
  4. 4 batangserai
  5. 2biji kentang (dipotong 4-6)
  6. 2 kotakkecil santan
  7. 3 cawanair
  8. 1sudu kecil garam
  9. 1sudu kecil secukup rasa maggi
  10. 2 kepingasam keping
  11. 1 helaidaun kunyit (dihiris)

Cara Memasak

35-40 minit.
  1. 1

    Tumbuk hancur kunyit hidup, kemudian tumbuk pula cili padi sehingga lumat. Disusuli dengan menumbuk serai sehingga hancur.

  2. 2

    Dalam periuk, masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi. Gaul rata. Pasang api, kecutkan ayam selama 10 minit. Kemudian masukkan kentang. Biarkan kentang dan ayam lembut lebih kurang 10-15 minit.

  3. 3

    Bila kentang dan ayam sudah lembut dan masak, tuangkan santan, air dan masukkan juga asam keping.Taburkan garam dan serbuk secukup rasa maggi. Perasakan secukupnya. Kecilkan api. Pastikan santan tidak pecah ya.

  4. 4

    Bila kuah sudah mendidih, taburkan daun kunyit. Matikan api dan sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen (2)

Hussin Khalid
Hussin Khalid @sin3511citarasa
Saya dah memasak kali pertama, perghh sedap banget masakan ala minangkabau.

Resipi Sepertinya