Kupang Goreng Cili

Nrzln
Nrzln @nrzln

Bukan sambal kupang biasa, rasanya sedap kerana ada campuran 3 sos (sos cili, tomato & tiram) Rasanya harmoni dgn rasa pedas, manis & bercampur rasa yg enak!

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

45 min
3-4 sajian
  1. 1/2-1 kgKupang - direndam sebentar dengan air garam & dibasuh bersih
  2. Halia sebesar ibu jari - dihiris bulat-bulat/dikisar*
  3. 2 batangserai - dititik*
  4. 5-6 ulasbawang putih - diketuk/dikisar*
  5. 5-6 ulasbawang merah - dikisar (optional)*
  6. 3-4cili kisar (ikot mahu banyak mana cili sambalnya)
  7. 3sudu besar sos tiram
  8. 3sudu besar sos cili
  9. 3sudu besar sos tomato
  10. 2 helaidaun limau purut
  11. 1-2sudu kecil perasa maggie (msg)
  12. Garam secukup rasa

Cara Memasak

45 min
  1. 1

    Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda bintang hingga naik bau dan agak garing.

  2. 2

    Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak.

  3. 3

    Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato

  4. 4

    Masukkan sedikit suku atau setengah cawan kecil air jika inginkan lebih kuah sedikit (optional, jika letak agak-agak)

  5. 5

    Gaul sehingga agak garing sedikit & masukkan kupang

  6. 6

    Masukkan daun limau purut, garam & perasa

  7. 7

    Tutup kuali dengan penutup dan biar sehingga kupang masak kupang akan ternganga bila dah masak & tutup api. Siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ditulis oleh

Nrzln
Nrzln @nrzln
pada

Resipi Sepertinya