Shellout Super Simple

RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
Johor Bahru

#tribute2minsha

Buat shellout sempena birthday suami. Masak sendiri lepastu makan dekat rumah lagi puas hati! Tak adalah rasa segan nak makan sambil bersila atas kerusi🤣

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. Bahan Celur:
  2. 1 kgketam
  3. 1/2kilo sotong
  4. 1/2kilo udang
  5. 2biji jagung manis
  6. Bahan Blender:
  7. 10tangkai lada kering (direbus)
  8. 6 ulasbawang putih
  9. 1biji bawang besar
  10. 2inci halia
  11. Bahan Lain:
  12. 3 batangserai (diketuk)
  13. 3sudu sos tiram
  14. 3sudu sos cili
  15. 3sudu serbuk kari ikan
  16. 3tangkai daun kari
  17. 4 helaidaun limau purut
  18. 1/2biji lemon (hiris bulat)
  19. 1kiub ayam
  20. Sedikitgula
  21. Air asam jawa
  22. Air rebusan seafood

Cara Memasak

  1. 1

    Didihkan air dulu. Kemudian celurkan udang, sotong dan ketam. Celur secara berasingan.

  2. 2

    Blend lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Seterusnya, panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan daun kari, serai dan bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

  3. 3

    Masukkan pula serbuk kari, sos cili, sos tiram. Masukkan juga air rebusan seafood, asam jawa, sedikit gula dan kiub ayam. Gaul dan masak sehingga rata. Kemudian seimbangkan rasa.

  4. 4

    Masukkan pula daun limau purut dan seafood yang telah dicelur. Masukkan juga jagung yang telah direbus atau apa-apa jenis sayur pun boleh. Gaul rata sehingga sebati. Dah siap boleh taburkan hirisan lemon di atas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
pada
Johor Bahru
Tiada istilah betul atau salah dalam masakkan. Masakkan juga adalah seni. Bergantung pada kreativiti dan cara masing-masing sebab masakkan itu adalah seni sentuhan ajaib❤Lain orang lain cara, lain tangan lain rasa. Ewahhhh~💃
Baca lagi

Komen

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Sedapnya.Bestnya makan ramai-ramai,terliur jadinya 😋🤩

Resipi Sepertinya