Meehoon Goreng Bujang

w. azan shahalan mahmood
w. azan shahalan mahmood @wazan3213

Resepi bila tengah lapar time hujan. Nak masak nasi, berat sangat. Nak keluar hujan pulak. Cek dalam peti ais, ada cuttlefish frozen yang dibeli hari tu. So..jadilah meehoon goreng bujang versi MCO 3.0

Meehoon Goreng Bujang

Resepi bila tengah lapar time hujan. Nak masak nasi, berat sangat. Nak keluar hujan pulak. Cek dalam peti ais, ada cuttlefish frozen yang dibeli hari tu. So..jadilah meehoon goreng bujang versi MCO 3.0

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 Min
2 sajian
  1. Meehon Kering. Ambil 1/4 sahaja
  2. Cuttlefish 2 ekor. Kalau ada sotong lagi sedap
  3. Udang kering atau udang geragau kering
  4. Bawang merah kecil 2 ulas dikisar
  5. Bawang putih 1 ulas dikisar
  6. Cili boh 1 sudu
  7. Sos ikan 1 sudu
  8. Sos cili 1 sudu
  9. Sos tomato 1 sudu
  10. Kicap 1/2 sudu
  11. Garam dan gula
  12. Tomato 1/2 biji
  13. Cili Merah 1 biji

Cara Memasak

30 Min
  1. 1

    Rendam Meehoon dalam air suam 10 min.

  2. 2

    Tumiskan bahan kisar bersama udang kering atau udang geragau.

  3. 3

    Masukkan cuttlefish atau sotong. Tambahkan sos cili, sos ikan, sos tomato dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan cili merah dan tomato yang telah didadukan

  4. 4

    Masukkan Meehon yang telah disejatkan. Masakkan sehingga kering.

  5. 5

    Setelah kering, sedia untuk dihidangkan bersama hirisan tomato dan bawang goreng

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
w. azan shahalan mahmood
pada

Komen

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
sedap nya..pagi2 nmpk bihun goreng😄😋 #love

Resipi Sepertinya