Ayam Ungkep (SELANGOR DARUL EHSAN)

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Bila di Google, Ayam Ungkep masakan orang Jawa. Yang kebanyakannya tinggal di Selangor terutama di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor.

Sedap dan ada kelainan dengan masakan ayam yang lain mungkin kerana penambahan jintan manis dan putih serta biji ketumbar.

Ayam Ungkep juga menjadi menu utama ketika hari raya. Selamat mencuba.

#merdekapassport

Ayam Ungkep (SELANGOR DARUL EHSAN)

Bila di Google, Ayam Ungkep masakan orang Jawa. Yang kebanyakannya tinggal di Selangor terutama di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor.

Sedap dan ada kelainan dengan masakan ayam yang lain mungkin kerana penambahan jintan manis dan putih serta biji ketumbar.

Ayam Ungkep juga menjadi menu utama ketika hari raya. Selamat mencuba.

#merdekapassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
5-6 orang
  1. Perapan Ayam
  2. 1ekor ayam (potong)
  3. Garam secukup rasa
  4. 1sudu besar serbuk kunyit
  5. Bahan lain
  6. 2biji bawang besar *
  7. 4 ulasbawang putih *
  8. 3inci halia *
  9. 3inci kunyit hidup *
  10. Segenggam cili api hijau * (ikut tahap kepedasan masung-masing)
  11. 1/2sudu besar jintan manis *
  12. 1/2sudu besar jintan putih *
  13. 1sudu besar biji ketumbar *
  14. Air secukupnya
  15. 1/2 cawanminyak masak
  16. 2asam keping
  17. 4 batangserai (ketuk)
  18. Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Gaul rata ayam dengan garam secukup rasa dan serbuk kunyit. Perap 30-45 minit.

  2. 2

    Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga lumat.

    Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai sehingga garing.

  3. 3

    Masukkan ayam dan asam keping. Kacau sehingga ayam hampir masak. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Biar mereneh api perlahan, kacau sekali sekala.

  4. 4

    Biar mereneh sehingga kering dan pecah minyak. Ikut citarasa mahu kering atau berkuah. Siap, tutup api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya