Tempoyak Daun Kayu

Syuhada
Syuhada @mamahadda25

Pertama kali makan ini, ketika majlis kenduri bertandang perkahwinan saya di Negeri Sembilan.. Terus jatuh cinta dengan resepi ini.. Resepi saya ini hanya ada daun ubi kayu sahaja.. Berbanding resepi asal ada beberapa jenis daun lagi di gandingkan.. Untuk yang belum cuba, boleh cuba resepi mudah ini ya

Tempoyak Daun Kayu

1 orang bercadang membuatnya

Pertama kali makan ini, ketika majlis kenduri bertandang perkahwinan saya di Negeri Sembilan.. Terus jatuh cinta dengan resepi ini.. Resepi saya ini hanya ada daun ubi kayu sahaja.. Berbanding resepi asal ada beberapa jenis daun lagi di gandingkan.. Untuk yang belum cuba, boleh cuba resepi mudah ini ya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang makan
  1. 1ikat daun ubi kayu
  2. 3 batangserai
  3. 4 helaidaun kunyit
  4. 1kilo santan
  5. 20biji cili api
  6. 4inci kunyit hidup
  7. 50 gmikan bilis kopek- di tumbuk kasar
  8. 1 cawantempoyak
  9. 5papan petai dikopek dan ambil isinya
  10. 20ekor udang
  11. 2sudu garam

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Hiris halus daun ubi kayu, serai dan daun kunyit. Setelah itu basuh dan toskan.

  2. 2

    Kisar cili dan kunyit hidup. Ketepikan terlebih dahulu.

  3. 3

    Masukkan semua bahan - bahan hiris kedalam periuk.. Campurkan bahan kisar dan santan. Hidup kan api dan kacau hingga sebati

  4. 4

    Setelah mendidih masukkan ikan bilis yang telah di tumbuk kasar. Gaul rata ke semuanya..

  5. 5

    Setelah mendidih masukkan petai yang telah dikopek.

  6. 6

    Akhir sekali bolehlah masukkan udang. Gaul sebati. Bolehlah di perasakan dengan garam dan serbuk perasan jika mahu. Tutup api setelah udang masak..Boleh la di hidang bersama nasi putih

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Syuhada
Syuhada @mamahadda25
pada

Komen

Resipi Sepertinya