Coconut Fish Curry 🇻🇺

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

23/2022/RoadtoWorldRecipes/1141
❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassport
❤️ Negara V = 2/3 : Vanuatu ❤️
The consumption of fish in Vanuatu occurs on a large scale due to its availability in abundance. It requires cooking the fish primarily with coconut and some spices for quite some time. This dish tastes fantastic with some steamed rice and also comes out as very wholesome (Source : pokpoksom.com)
.
Recipe Source : q-zine.blogspot.com
.
Resipi asal menggunakan ikan Mahi Mahi (selain itu juga boleh guna ikan yang berisi keras seperti tuna). Bagi hakak, hakak guna ikan tongkol je. Resipi kari ni tidak lah seperti kari ikan sangat tapi ia lebih macam dalca dah kerana banyak menggunakan sayur di dalamnya seperti ubi, terung, lobak merah, kacang dan labu. Tapi hakak cuma masukkan ubi keledek sahaja. Untuk ramuan hakak follow sahaja. Sebuah resipi yang patut dicuba untuk kelainan rasa dalam memasak 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45minit
2-3orang
  1. 5ketul ikan tongkol
  2. 3biji bawang merah (dihiris)
  3. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  4. 1inci halia (dihiris)
  5. 2tangkai daun kari
  6. 2sudu besar serbuk kari ikan
  7. 1 sudu tehserbuk jintan manis
  8. 1 sudu tehserbuk kunyit
  9. 1sudu besar sos cili (hakak ganti dengan serbuk cili)
  10. 1 batangserai (diketuk)
  11. 1biji buah keras
  12. 1biji tomato (dipotong kecil)
  13. 1 cawansantan pekat
  14. 1biji keledek (dipotong)
  15. 1 cawanair
  16. 1 sudu tehjus limau nipis
  17. 1sudu besar garam bukit

Cara Memasak

45minit
  1. 1

    Panaskan minyak masak. Kemudian tumis daun kari, bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. (resipi asal ikan digoreng bagi sedikit kekuningan terlebih dahulu dan angkat. Kemudian baru tumiskan bawang)

  2. 2

    Masukkan serbuk kari ikan, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk cili, serai dan buah keras. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan tomato dan air.

  3. 3

    Masukkan ikan, keledek dan santan. Masak sehingga ikan dan keledek empuk. Perasakan dengan jus limau nipis dan garam (jika ada daun ketumbar, masukkan ketika ini, hakak tak masukkan). Masak sehingga kuah pekat. Tutup api.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan.

  5. 5

    Selamat mencuba ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya