Daging Masak Hitam Berempah

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Daging Masak Hitam Berempah ni adalah antara lauk kegemaran saya. Sedap sangat di makan bersama pulut kuning, ketupat atau lemang. Sedap juga di makan bersama nasi putih panas2 atau nasi beraroma seperti nasi minyak. Rasanya berempah..ada rasa kari sikit2..ada rasa kerisik.. manis2 gitu..confirm bertambah2 makan..

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Masak Hitam Berempah ni adalah antara lauk kegemaran saya. Sedap sangat di makan bersama pulut kuning, ketupat atau lemang. Sedap juga di makan bersama nasi putih panas2 atau nasi beraroma seperti nasi minyak. Rasanya berempah..ada rasa kari sikit2..ada rasa kerisik.. manis2 gitu..confirm bertambah2 makan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 kgdaging -di rebus hingga empuk & di hiris nipis
  2. 1 sudu tehjintan manis
  3. 1 sudu tehjintan putih
  4. 6biji bawang merah
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 1inci halia
  7. 1 batangkulit kayu manis
  8. 1kuntum bunga lawang
  9. 5biji cengkih
  10. 3biji buah pelaga
  11. 2sudu besar cili kering kisar/cili boh
  12. 1/2 sudu tehserbuk lada hitam
  13. 2 batangserai -di ketuk
  14. 2sudu besar rempah kari daging
  15. 1tangkai daun kari
  16. 1/3 cawanair
  17. 1/2 cawankicap manis
  18. 3sudu besar kerisik
  19. 1/2 kepinggula melaka
  20. 1/2 sudu tehgaram halus

Cara Memasak

  1. 1

    Blend kasar jintan manis & jintan putih. Ketepikan dulu

  2. 2

    Blend basah bawang merah, bawang putih & halia. Ketepikan

  3. 3

    Tumis 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga bersama bahan2 blend, cili kering kisar, serbuk lada hitam & serai hingga pecah minyak

  4. 4

    Masukkan rempah kari, daun kari & air. Kacau lagi hingga pecah minyak & rempah kari masak

  5. 5

    Campur kicap, daging yg telah di rebus & sedikit air. Kacau sebati & tutup kuali. Biar daging masak & sebati dengan kuah selama 10 minit

  6. 6

    Masukkan kerisik, gula melaka & garam

  7. 7

    Kacau & tutup kuali semula. Biarkan daging lebih empuk & kuah agak kering

  8. 8

    Hidangkan bersama pulut kuning, ketupat atau lemang. Sesuai jgk di makan bersama nasi putih & nasi minyak

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya