Daging Kicap Berempah

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Daging yg mak mentua beli sewaktu bertandang ke rumah saya empat hari lepas saya masak daging kicap Berempah. Alhamdulillah..semua berselera makan..anak bujang cakap sedap sangat..bertambah2 makan nasi.. Lauk ni saja je pun dah cukup, tak payah lauk lain..

Daging Kicap Berempah

8 orang bercadang membuatnya

Daging yg mak mentua beli sewaktu bertandang ke rumah saya empat hari lepas saya masak daging kicap Berempah. Alhamdulillah..semua berselera makan..anak bujang cakap sedap sangat..bertambah2 makan nasi.. Lauk ni saja je pun dah cukup, tak payah lauk lain..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgdaging
  2. 1 batangkulit kayu manis
  3. 5 bijicengkih
  4. 1 kuntumbunga lawang
  5. 2 bijipelaga
  6. 5 bijibawang merah -di hiris
  7. 3 ulasbawang putih -di hiris
  8. 1 incihalia -di hiris
  9. 3 sudu besarrempah kari daging
  10. 1/2 cawankicap lemak manis
  11. 2 sudu besarsos tiram
  12. 1 sudu besarsos cili
  13. 1/2 sudu tehpes asam jawa
  14. 1 cawanair rebusan daging
  15. 1 labubawang besar -di potong bulat
  16. 1 tangkaicili api -di potong serong
  17. Sedikitdaun bawang atau daun kucai

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci daging bersih2. Potong kecik & agak nipis. Tuang air hingga sama paras daging & rebus di dlm pressure cooker selama 20-30 minit

  2. 2

    Tumis 4 sekawan iaitu, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang & pelaga bersama bawang2 & halia hingga layu. Kemudian, masukkan rempah kari daging & sedikit air. Tumis hingga pecah minyak

  3. 3

    Campur kicap, sos tiram, sos cili

  4. 4

    Dan pes asam jawa. Kacau hingga mendidih

  5. 5

    Masukkan daging & air rebusan daging, garam & gula. Biarkan masak selama 10 minit hingga kuah agak pekat

  6. 6

    Campur bawang besar, cili merah & daun bawang. Kacau 5 minit, tutup api

  7. 7

    Hidangkan bersama nasi panas2..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya